MI - MARCH 07, 2014
Bekas penyiasat, P Balasubramaniam membuat dua akuan berkanun dalam kes membabitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Gambar fail.
Peguam korporat terkenal Tan Sri Cecil Abraham disiasat oleh tiga anggota Jawatankuasa Lembaga Disiplin Peguam dan Peguamcara (JDPP) atas dakwaan salah laku profesional menyediakan akuan berkanun (SD) bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang bukannya pelanggan beliau.
SD itu dibuat untuk mengenepikan SD pertama Balasubramaniam yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan beberapa personaliti lagi dalam pembunuhan seorang penterjemah Monggolia pada 2006, Altantuya Shaariibuu.
Sumber memberitahu, JDPP membuat keputusan untuk mengadakan prosiding itu selepas mempunyai kes prima facie yang cukup terhadap peguam itu atas salah laku profesional.
"Dakwaan salah laku ini berkaitan dengan tindakan Cecil yang menyediakan draf SD untuk Balasubramaniam sedangkan bekas penyiasat itu bukan pelanggannya.Jawatankuasa itu yang terdiri daripada dua peguam dan seorang orang awam menyiasat dakwaan salah laku itu mengikut Seksyen 94 Akta Profesion Guaman (LPA) 1976 kerana "kelakuan atau kegagalan dalam tindakan seorang peguam dalam tindakan profesional yang membawa kepada ketidaksopanan yang mendalam."
"Pada semua masa, Americk Singh Sidhu direkodkan sebagai peguam kepada Balasubramaniam," kata sumber itu.
Majlis Peguam membuat laporan kepada JDPP terhadap Cecil tahun lalu dan minggu lepas, bekas pengerusi majlis, Christopher Leong dipanggil untuk memberikan keterangan di depan jawatankuasa secara tertutup.
The Malaysian Insider difahamkan Americk akan menjadi saksi seterusnya yang akan memberikan keterangan di depan jawatankuasa itu sementara peniaga karpet Deepak Jaikishan juga dijangka memberikan keterangan.
JDPP, sebuah badan bebas di bawah Majlis Peguam, adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyiasat salah laku profesional.
Deepak sebelum ini mendakwa dia terlibat membantu Balasubramaniam menukar SD pertamanya dengan mendapatkan dua peguam untuk membuat kenyataan baru.
Americk mendedahkan kes SD ini apabila beliau membaca kenyataan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam ke-67 tahun lalu di mana dia berkata, "Tan Sri Cecil Abraham mengaku kepada saya dia yang menyediakan draf akuan berkanun yang kedua."
Americk kemudiannya memberitahu wartawan selepas AGM itu, bahawa arahan kepada Cecil datangnya daripada Najib, yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.
"Saya tidak berminat untuk membuat laporan kepada lembaga. Ia bukan agenda saya. Agenda saya adalah untuk mengetahui siapa yang mengarahkan beliau untuk membuatnya," kata Americk.
Leong, ketika bercakap kepada media semasa AGM itu mencadangkan Jabatan Peguam Negara mempertimbangkan semula kes Altantuya berdasarkan bukti daripada pendedahan Americk dan pengakuan penglibatan Deepak dalam kes itu.
"Terlalu banyak diperkatakan tentang tiadanya motif untuk dua anggota polis itu dalam tindakan jenayah mereka. Ia kekal menjadi soalan tanpa jawapan," kata Leong.
Dua bekas komando polis, Korporal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri, yang didakwa membunuh Altantuya, didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Bagaimanapun, hukuman itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan tahun lalu.
Putrajaya membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.
Bekas pengalisis politik, Abdul Razak Baginda, yang didakwa bersubahat bersama mereka, juga dibebaskan pada 2008.
Balasubramaniam atau PI Bala mendakwa, beberapa pemimpin kanan kerajaan persekutuan terlibat dalam pembunuhan Altantuya dalam SD pertamanya pada 2008, dua tahun selepas wanita malang itu dibunuh.
Tetapi dia menukar SD sehari selepas itu dan menandatangani SD yang baru, di mana nama-nama personaliti itu termasuk Najib dibersihkan.
Balasubramaniam meninggal dunia selepas serangan jantung pada 15 Mac tahun lalu, seminggu selepas kembali ke negara ini.
Peguam yang biasa dengan prosiding disiplin berkata, jawatankuasa akan membuat laporan perolehan dan cadangan mereka kepada lembaga, termasuk hukuman yang perlu dikenakan kerana salah laku.
"Lembaga akan menimbangkan laporan jawatankuasa itu dan membuat keputusan menerima atau menolaknya," kata pensyarah undang-undang, Sukdev Singh.
Di bawah LPA, seorang peguam yang didapati bersalah kerana salah laku boleh diberi amaran, denda atau digantung lesen guaman sehingga lima tahun atau dipecat terus daripada senarai peguam berlesen. - 7 Mac 2014.
Ingat lagikah kes arsenik? Mungkin Bala mati disebabkan kesan terdapatnya arsenik dlm air minumannya, yg diletakkan dgn terancang oleh seseorang.
ReplyDeleteYou really make it seem so easy with your presentation however I find this matter to be actually something which I think I would never understand.
ReplyDeleteIt sort of feels too complex and extremely broad for me. I am taking a
look forward for your subsequent post, I will attempt
to get the grasp of it!
My website ... knights And dragons cheats