Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 3, 2014

Kenapa Mereka Diperlakukan Begini?

Kalau PATI mendapat kerakyatan dan diberikan keistimewaan kenapa Bajau Laut dipiggirkan begitu?
Kalau nak dikirakan mereka lebih berhak dari PATI yang diberikan kerakyatan oleh Mahathir
Mereka turun temurun belegar di laut Sabah dan sekarang mereka ke darat pula
Kenapa hak mereka dinafikan?

Pelauh: Bajau Laut yang terkandas

 | March 2, 2014
Kejayaan mereka hidup di laut dan merupakan pembekal ikan utama tetapi kini dipandang rendah dan jijik
Bajau laut
KOTA KINABALU: Sampan-sampan berlabuh di sepanjang pantai kelihatan seakan akan satu gambaran yang indah dari poskad tetapi tidak ramai mengetahui bahawa kedatangan mereka tidak dialu-alukan oleh kebanyakan penduduk.
Mereka yang dimaksudkan adalah dari sekumpulan Pelauh, Bajau Laut yang terkandas sekian lama di perairan pantai sepanjang pekan Lahad Datu, di pantai timur Sabah.
Bajau Laut atau lebih dikenali sebagai pelauh merupakan kumpulan etnik Bajau di pantai timur Sabah yang masih lagi mengamalkan kehidupuan bercorak nomad dan cukup sinonim dengan senibina lepa lepa iaitu jenis perahu yang menjadi tempat kediaman mereka, menurut kertas kerja ‘Bogoo: Warisan Perahu Komuniti Bajau Laut di Sabah, Malaysia’ oleh Ismail Ali.
Masyarakat ini yang sebelumnya dihormati kerana kejayaan mereka hidup di laut dan merupakan pembekal ikan utama tetapi kini dipandang rendah dan jijik oleh kebanyakan orang kerana mereka dianggap sebagai bangkai sampah dan pencuri kerana tidak mempunyai dokumen sah di negara ini.
Namun, tanggapan ini disangkal oleh Sitolonina, penduduk pelauh yang ditemui dan beliau mengeluarkan nota wang Borneo Utara British (British North Borneo) dan bertegas apa yang diberikan oleh neneknya sebagai bukti mereka bukan orang asing dan telah lama bertapak diSabah.
Kini, kebanyakan mereka hidup dalam keadaan daif kerana mereka tidak dibenarkan untuk berkerja ataupun melakukan apa apa aktiviti penangkapan ikan dan terpaksa berlabuh di sepanjang pantai di pekan Lahad Datu tidak berani berjauhan kerana takut ditangkap oleh pihak bekuasa.
Oleh itu, mereka hanya berkeliaran berdekatan sampan mereka untuk mencari bahan bahan kitar semula seperti tin aluminium, besi buruk dan buangan barangan elektronik untuk dijual semula kepada pembeli bahan logam pada kadar RM50 satu kilo.
Kebanyakan masyarakat pelauh tidak dapat berlayar jauh di laut untuk menangkap ikan kerana sampan mereka semakin uzur dan mereka tidak mampu untuk membeli kayu dan juga tidak dibenarkan untuk memotong pokok dari hutan berdekatan untuk memperbaiki sampan mereka, menurut beliau.
Sampan tersebut juga merupakan rumah bagi mereka dan setiap malam terpaksa tidur berhimpit di antara satu dengan yang lain dan pada waktu hujan dan ribut, mereka pergi ke darat terpaksa berteduh di tepi kedai.
Mereka juga tidak mempunyai bekalan air bersih untuk memasak dan mandi walaupun berada disekitar pekan dan satu caranya mereka mendapatkan bekalan air adalah dari kebajikan dan belas kasihan orang ramai dan pemilik kedai yang berdekatan.
Keperitan hidup bertambah apabila mereka tidak dapat mendapatkan perkerjaan untuk menyara hidup dan kebanyakan perniaga tidak berani mengambil mereka kerana kerana tidak mempunyak dokumen penempatan yang sah.
Sitolonina berkata, beliau telah memohon untuk mendapatkan dokumen penenpatan dan berharap pihak penguasa dapat memberikan mereka dokumen dalam masa terdekat supaya kehidupan mereka akan berubah lebih baik daripada sekarang.
Namun, keadaan ini dijangkakan akan berterusan kerana kesulitan masyarakat pelauh untuk membuktikan mereka berasal dari Sabah tambahan pula kejadi konflik di Kampung Tanduo tahun lalu juga menyebabkan mereka semakin sukar untuk mendapatkan kebenaran.
Oleh itu, Ini telah menyebabkan kebanyakan masyarakat pelauh hidup dalam keadaan terumbang ambing dan terperangkap dalam kehidupan daif walaupun mereka sanggup berkerja apa apa untuk mendapatkan suap nasi untuk diri dan keluarga sendiri.
Keadaan yang daif ini menyebabkan anak anak masyarakat pelauh mejadi mangsa terbiar dan tidak berpelajaran dan ini amat merisaukan masyarakat pelauh akan masa depan mereka terkandas di perairan pekan Lahad Datu ini.
Kebanyakan anak anak menghabiskan masa lapang mereka dengan meminta duit daripada orang ramai dan menghidu gam kasut. Menurut seorang penduduk pekan yang enggan dikenali, kanak kanak tersebut menghidu gam kasut supaya mereka tidak berasa lapar.
Sitolonina berkata, anak anak pelauh tersebut tidak berani mencuri seperti yang diperkatakan kerana risau akan kesan masalah yang mereka akan hadapi sekiranya kejadian tersebut berlaku. Ini adalah kerana, mereka sangat risau dihalau ketempat yang lain yang akan menyulitkan lagi keadaan.
Sekali sekala, Persatuan Kebajikan Pendidikan Kanak Kanak Miskin (PKPKM) ada menganjurkan kelas pembelajaran untuk anak anak tersebut dengan membawa mereka ke pusat pembelajaran disamping itu, memberikan mereka makanan dan kemudahan mandi.
PKPKM adalah badan bukan kerajaan ditubuhkan pada tahun 2009, bertujuan untuk membantu kanak kanak yang tidak bernegara (stateless children) terutamanya seperti masyarakat Pelauh yang terkandas,.kemudahan pembelajaran dan pendidikan.
Berdikari
Namun bantuan ini bukan apa yang diinginkan oleh masyarakat Pelauh yang terkandas di pekan Lahad Datu. Apa yang mereka inginkan adalah peluang untuk hidup berdikari dengan adalah dokumen pengenalan supaya mereka dapat bergerak bebas untuk mencari perkerjaan.
Masyarakat Pelauh yang terkandas ini mendapat liputan dalam media apabila mereka mendakwa bantuan yang diberikan oleh segolongan pihak adalah untuk lakonan semata mata.
Sitolonina mendakwa, ‘orang tengah’ yang menjanjikan bantuan kepada mereka telah membawa mereka berjumpa seorang wakil rakyat untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM500 ketika mereka dipindahkan ke penempatan tetap di Kunak.
Selepas berjumpa dengan wakil rakyat tersebut, mereka diminta untuk mengembalikan slip bayaran yang diberikan dan diberitahu bahawa pertemuan tersebut adalah untuk lakonan semata-mata. Mereka kesal akan kejadian tersebut dan kembali ke perairan di sepanjang pekan Lahad Datu.
Sitolonina berkata, mereka tidak dapat menetap di kawasan penempatan baru kerana tidak dibekalkan kemudahan asas seperti rumah, masjid dan sekolah serta bantuan perkerjaan yang mereka harapkan dan dijanjikan.
Sebalik dakwaan tersebut, tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubungan penempatan semula tetapi bekas Pegawai Daerah, Zulkifli Nasir dipetik dari laporan laman web Borneo Insider Jun 14 tahun lalu, menolak dakwaan bahawa bantuan diberikan kepada masyarakat Pelauh.
Beliau menjelaskan bantuan kewangan seperti BR1M hanya diberikan kepada penduduk warganegara Malaysia dan tidak mungkin mereka (masyarakat Pelauh) mendapat bantuan wang tersebut.
Nasir juga menolak dakwaaan penempatan semula masyarakat Pelauh tersebut ke Kunak dan sebaliknya menyeru mereka balik ke kawasan asal mereka

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa