Takkan tertuduh tidak kenal dan tidak tahu rakan subahatnya?
Satu lagi.....walau pun tertuduh pertama yang dikenal pasti berada di negeri lain
Bukankah pihak polis ada kuasa untuk dibawa ke Perak untuk kawat cam?
Bapa mangsa pukul tuntut keadilan
3 Mac 2014
Ghazali menunjukkan salinan laporan polis berhubung kejadian anaknya dipukul tiga lelaki di Perhentian Bas Jalan Taiping, Kuala Kangsar 19 Ogos 2011
KUALA KANGSAR - Seorang bapa mendakwa tidak berpuas hati terhadap siasatan dijalankan pihak polis berhubung kes anaknya dipukul tiga lelaki di Perhentian Bas Jalan Taiping, di sini, tiga tahun lalu.
Ghazali Osman, 53, berkata, dia berharap dua lagi lelaki yang memukul anaknya di perhentian bas pada 19 Ogos 2011 turut dihadapkan ke mahkamah bagi kesalahan tersebut.
Dakwanya, hanya seorang lelaki didakwa di mahkamah bagi kejadian tersebut manakala dua lagi terlepas.
“Saya berharap ketiga-tiga lelaki itu dihadapkan ke mahkamah dan bukan hanya seorang kerana dua yang lain turut memukul anak saya.
“Memang saya rasa kecewa dengan perkembangan kes ini. Malah, kawad cam juga dijalankan lambat. Bila kawad cam lambat, mana mungkin anak saya dapat cam ketiga-tiga lelaki yang memukulnya,” katanya.
Ghazali berkata, anaknya mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat dipukul lelaki berkenaan dan ketika kejadian, anaknya tidak mampu berjalan dan terpaksa dipapah seorang rakannya.
“Pada hari kejadian., saya lihat baju anak saya penuh dengan kesan tapak kasut. Bila saya tanya kepada rakan anak saya, mereka kata yang anak saya dipukul tiga lelaki ketika berada di pondok bas depan sekolah.
“Saya harap kes ini diadili dengan sebaik-baiknya kerana saya rasakan yang anak saya adalah mangsa dan dia teraniaya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Ghazali, sumber polis menjelaskan, kawad cam berhubung kes tersebut lewat diadakan disebabkan beberapa isu teknikal dan seorang daripada suspek tinggal di luar Perak
Katanya, bagaimanapun ketika kawad cam, anak lelaki Ghazali hanya dapat mengecam seorang suspek dan kertas pertuduhan dibuka terhadap lelaki berkenaan.
“Masa kawad cam dijalankan, bukan anak lelaki Ghazali saja dipanggil malah seorang saksi kejadian yang juga rakan anaknya dipanggil bagi membantu proses tersebut.
“Rakan mangsa juga hanya dapat mengecam seorang suspek. Jadi, tidak wajar jika dia mempersoalkan prosedur kawad cam yang dijalankan,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar berkata, orang awam dinasihatkan supaya tidak mempertikaikan siasatan dijalankan anggota polis kerana tugas itu sentiasa dijalankan dengan adil tanpa mengira status dan kedudukan.
Katanya, pihaknya sentiasa bersikap telus dalam menjalankan siasatan dan menjaga integriti ketika bertugas.
Jika seorang tertuduh telah dikenalpasti dan 2 lagi rakan subahatnya tidak dapat dikaitkan, ini menunjukkan kelemahan amat nyata dlm penyiasatan polis. Jika polis tidak cekap menjalankan tugas, buang saja perkataan cekap dlm slogannya. Seruan pd polis, jangan cuba menipu rakyat lebih2 lagi mangsa.
ReplyDeletekalau kena org PR cekap jer polis nih...
ReplyDelete