Patutkah kita menuding jari pada masa dan ketika semua orang mengharap dan berduka?
Insiden MH370 hasil standard dunia ke-3?
mk - 10 Mar 2014
Ketika menunggu jawapan mengenai nasib penerbangan MH370, kita harus mengakui bahawa kawalan keselamatan di lapangan terbang Malaysia cukup longgar dan “santai”, kata A Kadir Jasin.
Tanpa mengecualikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tokoh wartawan itu berkata, ia berbeza jika dibandingkan dengan kawalan keselamatan di negara lain seperti Eropah, malah lapangan terbang raksasa seperti di Dubai.“Apakah kita telah membayar harga yang sangat mahal kerana sikap dan standard dunia ketiga kita terhadap keselamatan dan pengurusan aset?
“Atau apakah ini bala mutakhir akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan keabaian yang berulang kali dilaporkan berlaku di KLIA?” soal Kadir, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times.
Menulis di blognya hari ini, Kadir juga berkata, kita terpaksa mengakui bahawa kehilangan pesawat Boeing 777 di Laut China Selatan itu adalah misteri luar biasa.
Malah, katanya, lebih “mengacau fikiran” apabila ia hilang di “kawasan yang semakin hari semakin tegang konfrontasi bersenjatanya.”
“Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana sebuah pesawat yang begitu besar, begitu canggih, dengan rekod keselamatan yang amat baik dan di tangan seorang juruterbang yang sangat berpengalaman boleh hilang tanpa kesan, tanpa pesanan SOS (isyarat kecemasan), tanpa signal dalam apa-apa bentuk pun,” katanya.
Kawasan itu menurut Kadir, lagi kini menjadi tempat latihan di darat, laut dan udara oleh angkatan tentera Amerika Syarikat, China, Taiwan, Vietnam dan Filipina.
Article berkaitan: Yang tersurat dari kehilangan MH370
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa