Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 28, 2014

MH370 - Lagi-Lagi Petunjuk Baru: Jumpanya Tidak, Ker Kena Kencing Nii?

Petunjuk baru operasi cari MH370, kata Abbot
mk - 2:34PM - 28 Mar 2014
Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata  terdapat satu petunjuk baru yang boleh dipercayai dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines  penerbangan MH370 yang hilang hampir tiga minggu lepas.
    
Laporan media Australia berkata Abbott telah diberi taklimat mengenai analisis data terbaru radar yang membuatkan pihak berkuasa memindahkan kawasan carian 1,100 km ke timur laut, berikutan makluman terbaru daripada pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.
    
Zon pencarian kini seluas kira-kira 319,000 km persegi dan 1,850 km ke barat Perth.
    
Analisis itu datang dari data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum perhubungan dengan MH370 terputus.
    
"Ini adalah petunjuk baru yang boleh dipercayai dan akan diperiksa dengan teliti," Abbott berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
    
Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, ia menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju daripada anggaran sebelumnya, menyebabkan peningkatan penggunaan bahan api dan mengurangkan kemungkinan jarak perjalanannya ke selatan Lautan Hindi.
    
"Kemungkinan laluan penerbangan itu boleh menjadi subjek untuk dihalusi lagi sementara pasukan penyiasat antarabangsa yang membantu pencarian itu meneruskan analisis mereka," kata AMSA dalam satu kenyataan.
    
Australian Geospatial-Intelligence Organisation pula sedang menyusun semula tugas satelit-satelit bagi mendapatkan imej di kawasan baru itu.
    
Pencarian pesawat itu ditangguhkan dua kali dalam minggu ini kerana cuaca buruk tetapi keadaan cuaca bertambah baik pagi Jumaat dengan pesawat-pesawat mula berlepas dari Pangkalan Pearce Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dekat Perth, selepas pukul 6 pagi.
    
Operasi pada hari ini disertai sembilan pesawat tentera, termasuk dua P3 Orion RAAF, sebuah jet Pengawal Pantai Jepun, sebuah P3 Orion Jepun, sebuah P3 Orion dan sebuah C130 Hercules Korea Selatan, sebuah P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 China dan sebuah P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat.
    
Enam kapal sedang menuju ke kawasan pencarian baru itu, terdiri daripada HMAS Success dan lima kapal Cina.

3 comments:

  1. Pesawat Msia tak ikut cari sama ker?

    ReplyDelete
  2. masa hilang, lepas pkul 1.30 pkul 2.30 last2 pkul 8 pagi,lepas repot pemuda new zealand kat plantar minyak nmpak psawat trjunam,lg repot bunyi psawat terjunam dlm laut cina selatan oleh pemuda marang. lepas petunjuk baru, petunjuk baru lg,lpas laut cina selatan,lautan hindi pulak dah,lepas srpihan ,byak lg srpihan yg jumpa, lepas dah pegi tengok apa srpihan yg jumpa, belum jumpa2 lg.mana satu crita yg betul

    ReplyDelete
  3. Msia xleh hantar pesawat,Msia dh hntar nelayan pegi cari

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa