Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 27, 2014

MH370 - Objek Terapung: Macam Ditabur Jer Kat Situ......

Satelit Thailand kesan 300 objek terapung
Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.

Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.

Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia.

Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand.
 
Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth.

Imej-imej tersebut diambil pada 24 Mac, laporan The Wall Street Journal.
 
Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan satelit Perancis mengesan 122 imej dalam kawasan carian, yang berkeluasan lebih besar sedikit daripada Sabah.
 
Operasi mencari yang membabitkan pelbagai negara yang disambung pagi ini, dibatalkan selepas kira-kira empat jam kerana cuaca buruk di kawasan tersebut. Kapal-kapal, bagaimanapun, kekal berada di lautan itu.
 
The Nation melaporkan bahawa Thaichote adalah satelit 'remote sensing' untuk pemantauan sumber asli. - sumber

3 comments:

  1. Mungkin buah manggis yang 4 tons tu yang berterabur dan terapung hu hu hu

    ReplyDelete
  2. Salam Mountdweller

    Yong yakin memang saja baru tabur kat situ. Kalau tidak apesei sejak dari 8 Mac tak nampak?

    Lagipun, kalau pesawat jatuh di situ pada 8 mac, jangan harap benda terapung boleh kekal di situ. Tentu dah hanyut entah ke mana...

    ReplyDelete
  3. Raja Bomoh kan dah kata, pesawat berada antara 3 benua. Baru2 ni dipuja minta supaya ditimbulkan. Entah2 jin dia yg punya kerja ni. Usahkan manggis, kelapa muda pun tak ada nampaknya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa