Admin cuba berkungsikan pandangan seorang insan yang punya pandangan yang berlainan dari biasa
Bukan tahyul bukan juga bomoh yang berusaha dengan cara pelik
Saya suka memberikan harapan kepada keluarga mangsa daripada mencari keburukan crew yang telah lama berlalu
Di samping berdoa dan solat hajat, kita juga perlu positif dan mengharapkan sesuatu yang baik dari taqdirNya
Ilmu Allah tidak ada had dan sempadan.....
MH370 : BERSEDIA UNTUK MENERIMA KETAKJUBAN
1. Penat saya membuat pelbagai teori dan spekulasi dari pelbagai sudut ilmu, sejarah dan kes-kes berkaitan dengan penerbangan dan ketenteraan apabila apa yang saya terima benar-benar mencabar minda logikal saya.
2. Saya merupakan antara orang pertama yang membuat status bahawa pesawat tersebut sudah musnah akibat satu letupan yang saya syaki bom di muncung pesawat (saya update status saya di Facebook bahawa pesawat sudah berada di dalam lautan/musnah bertentangan dengan idea majoriti orang lain yang percaya pesawat sedang ditawan)
3. Saya juga antara orang pertama dari segelintir orang yang melihat bahawa pesawat sudah pun berada di dalam lautan.
4. Saya antara orang yang menolak pendapat bahawa pesawat sudah dirampas dan kononnya di bawa ke lokasi rahsia, saya juga menolak teori kemungkinan juruterbang telah membuat satu tindakan yang membahayakan orang.
5. Yang saya tidak tolak ialah pesawat mungkin dibom dari dalam dan saya juga tidak mengambil ringan hipotesis kemungkinan pesawat sebenarnya ditembak oleh peluru berpandu dari udara ke bumi kerana kemampuan seperti itu dimiliki oleh Vietnam melalui S300 buatan Russia.
6. Senjata misil jarak jauh seperti ini sehingga boleh memintas peluru berpandu balistik juga dimiliki oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat (AS).
7. Semua itu rupa-rupanya tidak ada kaitan langsung.
HILANG MENJADI MISTERI, TIMBUL MENAMBAHKAN MISTERI
8. Akhirnya dengan peluang yang ada, saya dilaporkan bahawa kapal terbang malang tersebut berada di dalam lautan yang gelap, lebih kurang 300 meter.
9. Pesawat berada di dalam keadaan baik, 100 peratus atau 90 peratus dalam bentuk asal tanpa kecacatan yang ketara.
10.Semua penumpang berada di dalam pesawat, terikat di tempat duduk masing-masing dan berada dalam keadaan yang baik walaupun sudah berhari-hari di dalam laut.
KEJADIAN TIMBUL
11.Pesawat akan timbul menurut kiraan saya di antara Jumaat/malam Sabtu atau hari Ahad ini, genap tujuh atau lapan hari ia hilang.
12.Ia akan timbul dalam perairan di sebelah Vietnam
13.Timbulnya akan mengkagumkan dunia…sebuah pesawat besar yang berada di tengah lautan.
14.Pihak berkuasa boleh mengambil barang-barang dan tubuh-tubuh mangsa yang saya rasa berada dalam keadaan yang masih elok.
15.Timbulnya pesawat ini akan menimbulkan persepsi baru dan keajaiban dalam sejarah penerbangan atau perubahan pada sikap manusia itu sendiri.
16.Tentang wujudnya dimensi yang kita boleh sifatkan tanda-tanda kekuasaan Allah.
17.Saya juga menjadi orang pertama yang mengumumkan berita ini “pelik tapi benar”, tak payah tuduh kerajaan atau TUDM, TLDM, ATM, LLN, TNB tahu kisah ini kerana semua orang hatta teknologi tercanggih milih kuasa besar pun pening…
NOTA PENULIS : SAYA TIDAK PAKSA ANDA PERCAYA, TUNGGU AJELAH, TAK LAMA PUN, TINGGAL 3-4 HARI SAHAJA LAGI/KALAU TIDAK BETUL, ANGGAP JELAH SEBAGAI ANGIN LALU - militaryofmalaysia
Selepas disekat semua isyarat, pesawat dihimpit turun dan ditembak mungkin juga tidak. Sepasukan kapal yg tersedia di laut terus pungut semua yg boleh dipungut mungkin secara pukat dan lain2 kaedah. Kemudian dibawa keluar menjauhi tempat kejadian. Pasukan yg datang dan tiba beberapa jam selepas itu untuk mula mencari, pasti tidak akan menemui mana2 bahagianpun dari pesawat tersebut. Semasa proses pencarian itupun mereka juga masih boleh mengumpulkan sisa2 yg ditemui. Selepas itu buat macam tidak tahu apa2 pun. Ala2 yg seperti baling daging khinzir dekat masjid di PP itulah modus operandinya.
ReplyDeletemcm bangang je entry nie
ReplyDelete