Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 22, 2014

MH370: Setelah Mulanya Disyaki, Dituduh Dan Disiasat, Akhirnya Inilah Hasil Diperolehi!

Sebenar aku dah muak dengan teori dan spekulasi
Kalau aku yang tidak ada kene mengena dengan mangsa pun dah muak dan menyampah inikan pula waris dan keluarga mangsa.....

Pakar forensik tidak temui bukti mencurigakan dalam simulator juruterbang, menurut laporan
MI - MARCH 22, 2014
Kapten Zaharie bersama simulator penerbangan yang disiasat penyiasat bagi mencari sebarang maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370.

Ketika pencarian pesawat MH370 memasuki minggu ketiga, para pakar forensik yang memeriksa simulator penerbangan yang diambil dari kediaman juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Zaharie Ahmad Shah, tidak menjumpai sebarang bukti mencurigakan, The Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan.
Simulator itu menjadi salah satu fokus utama para penyiasat bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat berkenaan.
Penyiasat curiga apabila mendapati Zaharie, 53, memadam log pada komputer yang dihubungkan dengan simulator pada 3 Februari, hampir lima minggu sebelum Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang daripada radar semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Dilaporkan bahawa pemacu keras komputer itu dihantar kepada pakar FBI di Amerika Syarikat bagi kajian lanjut memandangkan penyiasat mengambil kemungkinan pesawat itu dirampas.
Zaharie dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27, menjadi tumpuan utama siasatan selepas pihak berkuasa Malaysia berkata mereka percaya terdapat "tindakan yang disengajakan" oleh seseorang di atas pesawat yang menyebabkan ia kehilangan komunikasi dan kemudian beralih daripada laluan penerbangan yang dijadualkan. – 22 Mac, 2014.

1 comment:

  1. Tindakan disengajakan adalah hanya drp individu2 terpilih semasa memeriksa dan menyelenggara pesawat sebelum tarikh penerbangan. Algorithm arahan komputer dlm pesawat diubahsuai supaya melaksanakan module tertentu (seumpama virus komputer) sebaik shj juruterbang menukar kendalian pesawat kpd autopilot, tanpa disedari oleh juruterbang. Sebarang usaha untuk menukar kembali kpd manual akan dibatasi oleh protokol sistem komputer. Semuanya berkaitan dgn mempercepatkan perbicaraan rayuan pendakwa terhadap Anwar pd 7.3.2014. Ini bagi membolehkan nama Anwar dilibatkan dlm peristiwa ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa