Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 9, 2014

Misteri Bertambah: Lokasi Pesawat Belum Tahu, Waris Nak Diterbangkan Ke Mana?

Tidakkah pelik?
Adakah kehilangan pesawat MH370 berkaitan dengan dua hantu ini?
Semua maklumat menyatakan pesawat yang hilang belum ditemui dan lokasinya pun masih menjadi tanda tanya

Tetiba waris diminta bersedia untuk diterbangkan ke lokasi belum diketahui
Ada apa-apa perkara yang dirahsiakan ke?
'Waris dijadual diterbang jam 9 pagi ini'
Waris dan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kini ditempatkan di Everly Hotel, Putrajaya dan akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke satu lokasi yang masih belum dimaklumkan 9 pagi ini.
    
Menurut seorang waris penumpang yang enggan dikenali, mereka juga dimaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menemui semua keluarga selepas subuh nanti.
    
Pihak pengurusan Malaysia Airlines bersama Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Angkatan Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia dijadual mengadakan sidang media di sebuah hotel di KLIA pagi ini berhubung perkembangan terkini mengenai pesawat yang dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam.
    
Sementara itu, tinjauan Bernama di KLIA awal pagi ini mendapati keadaan di lapangan terbang itu kembali tenang dan beberapa wartawan tempatan dan luar negara masih menunggu untuk mendapatkan maklumat terkini.
    
Semalam, MAS melaporkan pesawatnya, MH370 hilang daripada radar, kira-kira dua jam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi menuju ke Beijing, China.
    
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi semalam. - sumber

8 comments:

  1. INI KEJA BODOH .INILAH AKIBAT NYA JATUH HUKUMAN KAPADA ORANG YANG TAK BERSALAH BALA BALA BALA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kaitan kes pesawat hilang ni dgn jatuh hukuman pada orang yang tak bersalah? kau berckp mcm kau suka je pesawat tu hilang sdg org lain tak putus2 #PrayforMH370. Mungkin sbb takde org tersayang kau dlm flight tu kan. Jangan la singkat sgt otak tu.. btw kalau kalau kau yakin benar2 org yg tak bersalah itu mmg tidak bersalah, yakinlah Allah pasti akan tolong dia. Allah pasti akan jaga dia. berdoa pada Allah. bukan harap org lain ditimpa bala..

      Delete
  2. Apabila para hakim dan pemimpin menggunakan fitnah utk menjatuhkn org lain...maka tunggulah...bala drp tuhan.

    ReplyDelete
  3. Apa kata buat penerbangan ke Mongolia? Mana tahu keturunan Kublai Khan rasa terhina dengan kehakiman Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Macam manalah mereka tangani kes kecemasan? Semua hancus dari pm, menteri, pengarah D*A, MAS semua tak boleh pakai.

    Lepas ni MAS silap2 boleh bangkrup dahlah rugi setiap tahun kini imej semakin merudum.

    Bala turun bila kezaliman melampau sebagai peringatan kpd mereka agar diambil pengajaran.

    Apa pula bala akan datang? Semoga Allah lindungi kita dari bala yg menimpa puak yg zalim ini. Nauzubillah minzaliq.

    ReplyDelete
  5. Astagfirullah...sedih bila tengok manusia yg dikurniakan akal tidak menggunakan akal utk berfikir secara logik...mh370 masih hilang, sanak saudara penumpang masih resah dan berharap ahli keluarga mereka ditemui tapi ada segelintir manusia yg madih nk mempolitikkan tragedi ni? Al- Fatihah utk anda...semoga ALLAH membersihkan hati anda daripada menjadi orang yg berhati busuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju sgt dgn saudara. ini semua akibat terlalu taksub sgt. sampai hal2 tragis sebegini pun dipolitikkan.

      Delete
  6. Masa saya baca kenyataan tu pun terfikir gak, xjumpa tapi nak terbangkan waris (ade yg disembunyikan). Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusan kami, Amin

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa