Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 4, 2014

Rupanya Spetsnaz Yang Menceroboh Crimea/Ukraine

Kumpulan Bersenjata Yang Kuasai Semenanjung Crimea Ukraine Adalah Askar Elit Rusia - Pakar
LONDON: Kumpulan bersenjata yang kini sedang menguasai bangunan-bangunan strategik di bandar-bandar utama semenanjung Crimea di Ukraine adalah unit elit komando Rusia, demikian menurut para pakar ketenteraan.
Mereka memasuki dan menguasai kawasan-kawasan ini secara tersusun dan senyap tanpa melepaskan sedas tembakan pun.
Igor Sutyagin, seorang pakar Rusia di sebuah institut kajian dasar ketenteraan di Royal United Services Institute berkata, kumpulan bersenjata yang memakai pakaian seragam tentera tanpa lencana atau insignia tentera itu adalah dari unit khas, unit payung terjun dan unit elit komando yang dikenali dengan nama Spetsnaz - sama seperti skuad elit SAS di Britain.
Sutyagin menambah, pakaian seragam kumpulan bersenjata itu amat jelas sekali memperlihatkan ciri-ciri pasukan elit ketenteraan.
"Sebahagian besar daripada mereka adalah dari unit elit komando Spetsnaz," kata Sutyagin kepada agensi berita AFP.
Berdasarkan pemerhatiannya mereka adalah dari Briged Ke-3 Unit Elit Komando Spetsnaz dari Tolyatti," sebuah bandar yang menempatkan pangkalan pasukan itu di Rusia.
Kumpulan ini katanya adalah pakar gerakan sabotaj dan mereka disokong oleh sekurang-kurangnya dua briged pasukan marin dari pangkalan tentera laut Rusia di Laut Hitam dan Laut Baltic.
Sementara itu, Matthew Clements dari Jane Intelligence Review juga bersetuju bahawa unit yang menceroboh masuk ke Crimea itu adalah skuad elit tentera Rusia.
"Mereka tidak mahu dikenali sebab itulah mereka memakai seragam tanpa insignia tentera tetapi kita semua tahu siapa mereka sebenarnya. Tidak ada kuasa militia yang mampu bergerak dalam ketumbukan yang besar lengkap dengan peralatan dan kelengkapan perang," ujarnya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa