Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 8, 2014

Satu Persoalan Yang Berbelit Tapi Bukannya Pelik......

Jika anda benci Umno, anda mesti sayangi orang Melayu!

SUARA LANTANG: Ramai yang tidak sedar fakta penting tentang Umno; ia mempunyai ramai penyokong bukan Melayu.
Tidak, saya tidak maksudkan kroni bukan Melayu. Saya maksudkan bukan Melayu yang tidak mengundi Umno atau Barisan Nasional, tetapi bagi setiap undi mereka menentang Umno, mereka juga menyumbang kepada sokongan terhadapnya serta Barisan Nasional.
Tak faham? Logiknya amat mudah.
Penyokong Umno: Jenis A dan Jenis B
Teras ideologi Umno: Melayu = Umno dan Umno = Melayu
Bagi penyokong biasa Umno terdiri dari orang Melayu, yang kita semua ketahui, logiknya begini: Melayu = Umno, jika sayang Melayu, anda mesti sayangkan Umno. Kita kenali mereka sebagai “Penyokong Umno Jenis A”.
Di satu pihak lagi, anda dapati bukan Melayu yang percaya ideologi Umno. Bagi mereka, Umno = Melayu, jika anda digugat Umno, maka anda digugat Melayu. Jika Umno musuh, orang Melayu merupakan musuh. Logiknya, jika bencikan Umno, maka orang Melayu juga dibenci.
Jika tidak dapat menggugat Umno, maka digugat pula orang Melayu yang lemah, atau Bahasa Melayu, atau Islam. Jika ini semua tergugat, Melayu, Bahasa Melayu atau agama Islam, kita rasa lebih gembira.
Saya fikir anda pasti terjumpa orang begini. Saya panggil mereka “Penyokong Umno Jenis B”.
Pada dasarnya, Jenis A dan Jenis B nampak berbeza, bagai langit dan bumi. Tetapi, jika dinilai perangai serta kesannya, anda akan dapati mereka menuju ke arah yang sama: mengekalkan dan meningkatkan sokongan bagi Umno.
Bezanya: Jenis A cuba membawa Melayu ke arah Umno sementara Jenis B menolak Melayu ke arah Umno. Dalam kata lain, Jenis A membantu Umno secara sedar, manakala Jenis B membantu Umno secara tidak sedar, dengan menambah bilangan Jenis A.
Bertindak, bertindakbalas dan berinteraksi
Anda keliru? Arh, kerana anda telah disemai kepercayaan bahawa setiap kumpulan etnik mempunyai sikap berlainan.
Dalam kata lain, orang Melayu bersikap seperti yang anda nampak kerana mereka Melayu, dan tidak kerana mereka bertindakbalas terhadap bukan Melayu. Atau orang bukan Melayu bersikap seperti yang anda nampak kerana mereka bukan Melayu, dan bukan kerana tindakbalas mereka terhadap orang Melayu.
Secara genetik, jika “mereka” jahat, ianya kerana itu perangai atau sikap “mereka”; dan jika “kita” baik, ianya kerana perangai atau sikap “kita”.
Ini sebenarnya tidak betul. Kita tidak hanya bertindak. Kita bertindakbalas dan berinteraksi.
Apa jua prasangka dan stereotaip kita ada tentang orang lain sebenarnya terhasil dari cara kita melihat dunia agar kita dapat hidup dengan lebih baik.
Jika anda ahli kumpulan X dan anda ditipu berkali-kali oleh kumpulan Y, anda akan menyimpulkan berdasarkan pengalaman: ahli kumpulan Y seterusnya akan menipu serta mengancam anda. Anda akan mempercayai: “Semua ahli kumpulan Y membenci ahli kumpulan X, jadi ahli kumpulan X mesti bersatu menentang ahli kumpulan Y.”
Tahukah anda, jika semua ahli kumpulan X membenci kumpulan Y, ahli kumpulan Y juga akan membenci  kumpulan X. Kepercayaan anda tepat. Ini dipanggil “ramalan yang dibuktikan sendiri”.
Robohkan atau kukuhkan penjara?
Siapa mulakan proses ini? Ramai yang menyalahkan Umno, namun ada yang menyalahkan kepelbagaian kaum. Saya rasa soalan itu tidak penting dan releven.
Sifat perkauman merupakan penjara yang membendung kita semua, siapa pula tahu pihak mana yang mencipta perasaan itu pada asalnya? Kita semua membina penjara agar melindungi diri kita. Dengan sikap saling tidak percaya, penjara tersebut menjadi semakin kukuh.
Kita mengamalkan sikap perkauman kerana berasa selamat, tanpa menyedari kita terpenjara olehnya. Kita bazirkan hidup tanpa mengenali sesama sendiri. Apa yang wajar dilakukan menjadi tidak wajar kerana keputusan kolektif.
Soalan terpenting dan releven: Bagaimana kita membongkar penjara tersebut? Adakah kita membenci penjara itu dan mahu meruntuhkannya? Mungkin tidak jika kita meraih untung darinya, sedangkan orang lain tidak mendapat apa-apa untung.
Ini masalah sebenar Umno. Ada kumpulan yang lebih rasis darinya, tetapi Umno merupakan yang paling berpengaruh di dalam sistem politik kita dan meraih untung kerana memenjarakan kita semua.
Keuntungannya bergantung kepada dua perkara. Pertama, Melayu mundur dan bergantung kepadanya bagi perlindungan. Kedua, semua yang lain, terutama golongan minoriti, menjadi paranoid tentang ancaman rusuhan kaum dan keganasan politik.
Selagi faktor ini ada, Umno dan BN bakal berkuasa sambil memainkan peranan pejuang bangsa serta pendamai konflik di antara etnik.
Sekiranya pemburu hantu dapat memburu semua hantu, ia bakal hilang pekerjaan. Mahukah ia hilang pekerjaannya?
Kegilaan
Macam mana?
Semua kaum bukan Melayu perlu sayangi orang Melayu, dengan menghalang kebencian terhadap Umno disasarkan kepada orang Melayu, bahasa Melayu atau Islam. Fahami masalah mereka, kerana sebagai rakyat Malaysia, kita susah dan senang bersama.
Percayalah saya, saya tahu ramai bukan Melayu yang marah dengan saranan saya. “Kita telah diabaikan kerajaan yang melebihkan orang Melayu, anda mahu kita melebihkan mereka juga? Mengapa mereka tidak mengasihi kita dulu?”
Dan anda jangka akan dikritik dari pelbagai sudut.
Penyokong Umno Jenis A yang tegar akan berkata: “Lihat, bukan Melayu tidak mengasihi kita. Jika tidak, mereka akan menerima Ketuanan Melayu, dan tidak perlu mengharapkan layanan sama rata.”
Para idealis pula akan berkata: “Mengapa kita mengulangi dan mengukuhkan kerangka yang diletakkan rejim ini? Kita perlu lupakan terus label etnik dan agama. Orang asal dan masyarakat India di estet lebih perlu kasih sayang kita.”
Di dunia yang ideal, ketiga-tiga kumpulan ini betul. Melayu perlu mengasihi orang bukan Melayu. Bukan Melayu perlu mengasihi orang Melayu tanpa bermotifkan politik. Dan jika itu tercapai, kita akan jadi anak-anak Malaysia tanpa mengira bangsa.
Tetapi ini bukan dunia ideal, dan kita hanya ada dua pilihan. Pertama, teruskan kehidupan seperti biasa, biarkan Umno mendakwa “hanya Melayu tolong Melayu”, dan kekal berkuasa. Kedua, tidak kira bagaimana, kasihi Melayu dan jadikan mereka kurang bergantung dengan Umno, supaya para pemburu hantu hilang pekerjaan mereka.
Albert Einstein berkata: “Kegilaan ialah pekerjaan yang dibuat berulang-ulang, tetapi mengharapkan keputusan berbeza.”
Wajarkah kita menentang Umno dengan kasih-sayang (kepada Melayu)? Anda tentukan.
Dr Wong Chin Huat merupakan pakar sains politik di Institut Pulau Pinang. Beliau percaya soalan paling releven bagi politik Malaysia ialah “macam mana?”

1 comment:

  1. yang penting diketahui pastikan melayu yang tidak hina Hukum Allah dan Nabi tidak bersama dengan melayu yang hina Hukum Allah dan Nabi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa