Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 17, 2015

Awas!: Iblis dah cuba menggoda Ahli PAS

Pada aku soal menang atau kalah bukannya penting
Tetapi cukup untuk menyampaikan signal dan mesej

Apa maknanya bila musuh berganding bahu menyokong?
Baca juga: Selepas Serang LKS, Pro-UMNO Dalam PAS Serang Ust. Ahmad Awang

Ada kuasa besar sokong pencalonan Ahmad Awang, kata Utusan 
Published: 17 May 2015 10:32 AM
Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang disokong pihak yang mahu melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama dicabar, kata Mingguan Malaysia. – Gambar ihsan Ahmad Awang, 17 Mei, 2015.

Peluang Ahmad Awang menjadi presiden PAS menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS bulan depan dilihat tipis, tetapi beliau masih ada harapan menang kerana ada kuasa besar di belakangnya yang menyokongnya, lapor Mingguan Malaysia hari ini.
Melalui ruangan analisis Awang Selamat, akhbar milik Umno itu berpendapat, bekas naib presiden PAS itu tidak bersendirian tetapi disokong pihak yang mahu melihat Hadi dan ulama dicabar, terutamanya mereka yang dilabelkan sebagai golongan Anwarinas.
Selain itu, anggota Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) yang menurut Utusan, bersifat pro-DAP, juga menyokong bekas pesuruhjaya PAS Perak itu.
"Awang tidak melihat keputusan Ahmad untuk bertanding akan memberi impak, beliau sudah dianggap pemimpin lesu dan tiada pengaruh. Atas kertas, peluangnya untuk menang tipis.
"Namun dengan munculnya Ahmad, golongan Anwarinas dan PasMa yang pro-DAP mendapat harapan baru untuk memberi tamparan kepada Hadi dan golongan ulama.
"Ahmad boleh mendakwa beliau membawa suara akar umbi, tetapi majoriti ahli PAS boleh membaca apa yang tersirat," katanya.
Awang berpendapat, antara pihak paling suka Hadi dicabar tentunya DAP yang sudah memutuskan hubungan dengan ahli Parlimen Marang itu ekoran isu hudud di Kelantan yang dianggap menjadi penghalang agenda DAP dan Anwarinas.
"Jadi, dari dalam parti, Ahmad tidak bersendirian. Kuasa di belakangnya juga bukan sebarangan.
"Ia bukan sekadar kisah cacing mahu menjadi naga, tetapi lebih daripada itu. Ahmad tahu... Hadi juga tahu," katanya.
Pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun ini menyaksikan Hadi pertama kali dicabar sejak 13 tahun menerajui PAS, selepas mengambil alih jawatan presiden daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada tahun 2002.
Sementara itu, pengarang akhbar itu, Zulkiflee Bakar dalam kolumnya berkata, lapan pencalonan yang diterima Ahmad, berbanding Hadi yang mendapat lebih 90 pencalonan, tidak dianggap satu halangan.
Katanya, situasi sama pernah terjadi apabila Nasharuddin Mat Isa pernah menewaskan Hassan Shukri bagi jawatan timbalan presiden PAS walaupun ketika itu beliau hanya mendapat dua pencalonan.
"Walaupun peluang beliau dilihat tipis, namun ada pihak menganggap penyertaan Ahmad sekadar untuk menjejaskan imej Hadi. 
"Jika Ahmad berjaya memperolehi undi yang besar, biarpun tewas, ia sudah cukup dijadikan 'peluru' pihak tertentu bagi mendakwa pengaruh Hadi semakin terjejas dalam PAS," kata Zulkiflee. – 17 Mei, 2015.sumber

38 comments:

  1. Kuasa besar itulah yang mengikat UAA dengan tali perjanjian Pangkor 2. Walaupun PAS menjadi MB Perak suatu ketika dulu tetapi dah diikat dengan perjanjian tersebut. MB Perak ketika itu hanyalah dijadikan boneka, nasib baik tak lama PAS memegang jawatan MB kalau tidak kerana ada 3 adun 2 dari PKR dan 1 dari DAP yang begitu mudah dibeli oleh BN maka kita akan menyaksikan bagaimana MB Perak akan dijadikan keldai tunggangan oleh DAP. Akan terserlah wajah sebenar DAP.

    ReplyDelete
  2. Terasa pedih kan.. mcm tu lah rasanya presiden kami dihina cerca oleh puak2 pkr.. mmg sy setuju AA bertanding lwn TGHH.. sbb kalau x lawan nanti pasma masih merasakn mereka ada pengikut dr akar umbi.. sedangkn kami ingin atau x sabar2 tgk pasma cepat2 dikuburkan..

    ReplyDelete
  3. Teruskab Wan Rosli memuja Paresuden kau tu ,sebab bahalulnya kau ,wala yang tak bertempat menjadikan kau makin bodoh dan bangang. dan setreusnya menjadikan presiden yang makin celaru,tak tahu yang mana kawan yangmana lawan,mata dah kelabu,hati dah beku.ada ramai orang seperti kau ni lah yang menjadikan Hj Hadi makin bongkak,terusdkan memjua sehingga Pas sampai ke akhir waktu.

    ReplyDelete
  4. Kalau komentar dari akhbar yang berkali-kali tewas dalam saman fitnah dijadikan sandaran untuk mematahkan hujah lawan, Nampak sangatlah kefasikan UG yang wajar dijauhi oleh para pejuang Islam yang sejati di dalam PAS.

    Ahli PAS terutama perwakilan muktamar nanti wajar bertindak sebagai pejuang untuk Allah SWT, Rasullullah SAW dan Islam, bukan berjuang untuk ketaksuban dan kedewaan kepada pemimpin yang kebelakangan ini cenderung berbaik dengan musuh malah mengkhianati hasrat sebenar rakyat memberi undi kepada PAS atas kerjasama di dalam Pakatan Rakyat.

    Wahai perwakilan PAS, anda adalah hakim pada hari pemilihan, maka jadilah hakim yang adil, dengar hujah dari dua-dua pihak dan hakimilah atas dasar kebenaran. Jangan kamu jadi 2 dari 3, kelak binasa kamu di Akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli PAS terutama perwakilan muktamar nanti wajar bertindak sebagai pejuang untuk Allah SWT, Rasullullah SAW dan Islam, bukan berjuang utk LKS dan LGE...

      Delete
  5. Kalau dah percya cakap iblis,kita senua akan musnah,sudah lama di ingatkan bahawa sekiranya suara musuh menyokong kita pasti ada yang tak kena,sekarang Utusan Malysia terang dan nyata telah meneyebelahi Hj Hadi.Apakah maknaya ini wahai pengikut Pas semua,kalau kita tak berhati2 kita akan Pas akan hanyut jauh ke tengah keseesatan.Ingatlah pesanan Arwah ustaz Fadil Nor dan Arwah Tok Guru Nik Aziz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya umno sedang masuk perangkap kita..

      Delete
  6. BAI 3.02...LU ISLAM KA..SEPARUH ISLAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya Allah yg menentukan. jgn terlalu bongkak menyangkakan andalah yg paling islam

      Delete
  7. BAI 3.02..LU ISLAM KA, SEPARUH ISLAM, ATAU BKN ISLAM...

    ReplyDelete
  8. KAH ! KAH ! KAH !
    Kena MAKI sikit jer...terus tanya ISLAMkah atau BUKAN ISLAM !
    Belum kena FITNAH mcm Anwar lagi !
    Belum kena FITNAH mcm GENG PROFESIONAL dalam PAS kena !
    Baru kena MAKI sikit jer !
    Aku SETUJU 100 % dengan komen Anon 3:02 !
    WALA tidak bertempat dan membabi buta hanya akan merugikan kumpulan itu sendiri !
    Satu GENG la naaim zainol dgn Wan Rosli !!!!
    GENG CELARU !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sebut babi buta, ug kalau cakap BABI dia tak faham, kena sebut KHIDZIR BUTA mungkin ug faham.

      Delete
    2. Setuju.. wala kena bertempat iaitu kod TGHH.. bukan LKS...

      Delete
    3. Wala pertama ahli PAS adalah kepada jamaah. Ini tuntutan utama. Wala tanpa syarat kepada jamaah selagi jamaah berada diatas landasan syariat yang bersumber 4 sumber utama dan mengikut perlembagaan PAS.

      Wala kepada pemimpin bukan bermakna hanya wala kepada sesetengah individu sahaja disemua peringkat parti selagi pemimpin itu berada dalam batas syariat dan bertindak mengikut perlembagaan PAS termasuk dasar2 parti semasa. Bila seseorang pemimpin itu sudah terkeluar dari syariat atau melanggar perlembagaan parti termasuk menentang dasar PAS semasa dengan membawa agenda bertentangan, maka syarat wala kepada pemimpin itu gugur.

      Wala yang ditakrifkan oleh wan rosly hanya wala kepada TGHH sorang itu tidak betul. Ahli cawangan kena wala kepada pemimpin cawa gannya kemudian kepada pemimpin kawasan ke.udian kepada pemimpin negeri dan seterusnya kepada pemimpin pusat.

      Kedua, wala kepada pemimpin itu bukan hanya kepada sesetengah yang kita suka sahaja. Contihnya, wala hanya dituntut oleh satu puak kepada batang tubuh TGHH sahaja dan tak wajib wala kepada Mat Sabu, TITM dll. Ini mengarut. Wala dalam dimaksudkan xbegitu.

      Tanggungjawab wala kepada pemimpin itu wajib dalam PAS selagi pemimpin itu masih berpegang kepada syariat, bertindak mengikut perlembagaan dan berpegang serta berusaha melaksanakan dasar2 PAS semasa.

      Meh kita check cerita sekarang. Dasar PAS yang dibuat oleh muktamar Ipoh 2008 ialah bersama dengan dengan Pakatan dan menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk. 2 perkara disini yang menjadi dasar PAS hari ini: 1. Bersama PR dan mengukuhkannya. 2. Menolak sebarang kerjasama dgn UMNO dalam apa jua bentuk.

      1. Jadi kalau ada pemimlin PAS secara jelas duduk hendak bawa PAS bekekrjasama dgn UMNO dalam apa jua bentuk - pertama, langgar tak dasar PAS yang ada? Ni kena jawab dulu. Kalau langgar dasar PAS yang ada, kewajipan wala itu gugur.

      Apa lagi jika ada pemimpin PAS yang secara terang-terangan menggunakan kedudukan, pengaruh salam parti dan segala aparatus parti untuk menyebarkan agenda sendiri yang bercanggah dengan Dasar semasa - tindakan bukan sahaja melanggar dasar parti semasa malah boleh dianggap mengkhianati amanah jawatan dan jamaah. Wajib lagi ke wala.

      Dimana dan apa syaratnya wala kepada p3mimpin itu gugur kita kena faham. Bila berlaku perkara, tak kira pemimlin itu ulamak sehebat mana, atau bukan ulamak, beliau t3lah melanggar dasar semasa parti. Ulamak tak ulamak bukan tiket untuk melanggar dasar parti.

      Satu lagi pe4kara penting yg perlu difahami ialah apabila melanggar dasar parti, ia bukan sekadar melanggar dasar parti sahaja. Ia melanggar keputusan ulamak dalam PAS yang duduk dalam MSU. U lamak2 ini yang menentukan sesuatu dasar parti itu menepati syariat atau tidak. Beliau juga menghina institusi ulamak dalam PAS juga.

      Harap penjelasan ini membantu kita memahami apa yang berlaku dalam PAS sekarang.

      Delete
  9. Mana yg utusan sokong tu le yg akan jd kaldai kepada BN... Lst last presideng pas bakal jd mcm asri dan juga nakhaei... Eprjuangan bukan utk rakyat tetapi utk menantu dan teringin nak jd menteri bn.. Makan pas akan serupa dgn amno... Dah nampak mana yg amno sokong tu le yg bakal si tunggangi... Pak ustaz bakal jd ahli tong taik amno...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. utusan buat fitnah dia kata x boleh.. tp pkr fitnah TGHH.. boleh pulak.. serupa lah tu utusan dan pkr..tong taik dan bekas tong taik yg akhirnya akan kembali ke tong taik jgk..

      Delete
  10. BUKAN kah Najib dah sggup brSUMPAH?

    BUKAN kah trio Dato'K pon brSUMPAH?

    BUKAN kah Saifool pon dah brSUMPAH??

    Klu disuruh SUMPAH kenapa hutang negara dah hampir 800 Billlon pon Najib pasti akan brSUMPAH yg dia takde terlibat dgn ketirisan & RASUAH....SUMPAH!!!!?

    HERAN heran..

    Inilah jenis spesis "SUMPAH"

    Inilah jenis "SUMPAH" yg sgt2 disukai lg diIMANI oleh ularrrrMak2 as-SUK yg terang2 tlh mmbuat onar-&-FITNAH!?

    HERAN heran..

    Inilah jenis "SUMPAH" yg sgt2 JUJUR yg mnjdkan ularrrMak as-SUK itu akan bkerjasama HUDUD yg jujur lg IKHLAS dgn seSUMPAH!?

    HERAN heran..

    Inilah juga jenis "SUMPAH" yg sama nilai & TARAFnya dgn "FITNAH"..iaitu FITNAH2 broka BARUA pilkuda yg dgn SENGAJA dijaja utk mngeliru serta MENIPU & mnjahannamkan AKIDAH walaq ddlm ummah!!!!

    UlarrrMak2 as-SUK itu tiada bezanya dgn seSUMPAH2 bahkan lebih jijik & lebih HINA lg krn sggup mnipu gara2 bangkai umpan RASUAH serta sggup meLACUR dgn mmbuat FITNAH!!!!?

    Bro, Mountdweler..

    Sapakah?

    Sapakah lg peLACUR yg lebih hebat & lebih DAHSYAT slain drp ularrrMak2 as-SUK itu yg sggup bkrjasama dgn seSUMPAH gara2 mnelan RASUAH???

    Noktah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ke adun pkr yg langgan pelacur dulu sampai tergadai kerajaan negeri perak..

      Delete
  11. Orang Orang PAS perlu bijak menguna akal dan tidak emosi dalam politik

    Orang Orang PAS perlu ikut Ajaran NABI SAW se penuh nya dan bukan membuta tuli wala pada pemimpin walau tidak cerdik.

    UMNO hidup kerana RASUAH dan selagi Orang Orang PAS tidak tunduk kepada RASUAH , Haji HADI tetap HADI BARUA.


    Ustad Ahmad Awang ada kredibiliti bijak dan professional

    Tak banyak Orang Orang PAS yang ada akal setanding Ustad Ahmad Awang , rata rata ikut kualiti Haji HADI saja.


    Tengok MUKA pun tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tgk perjanjian pangkor ke.. ke tgk perjanjian pungkok jer..

      Delete
  12. Utusan adalah lidah iblis umno, Ahmad Awang pula menjadi lidah kepada syaitan DAP, dua2 ni sama je tarafnya tiada beza.

    ReplyDelete
  13. Perwakilan yang yang hadir ke muktamar nanti hanya menjadi wakil kepada suara akar umbi....walau dihina, dicaci dan difitnah yang dilemparkan terhadap DSTGHAHA akan tetapi suara akar umbi masih memilih beliau, tiada apa yang boleh merubah pendirian suara akar umbi PAS. Mereka lebih tahu siapa DSTGHAHA.

    PAS akan kekal bersama DSTGHAHA sebagai PRESIDEN PAS. In-ShaAllah.

    ReplyDelete
  14. Anom 4:19 jangan mencarut, jangan mengata orang nanti Lim Kit Siang marah. Lim Guan Eng pun tak suka mencarut. Akhlak kena jaga walaupun tuan kita kafir.

    ReplyDelete
  15. Kau org smee boddoo

    ReplyDelete
  16. Macai Kapla Bananana akan jemput tuan guru depa LKS , LGE serta orientalis utk berkhutbah jumaat di masjid2 jika UAA menang ............. hebatkan islam puak2 err dong gong ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah saja hujah gila tak masuk akal yg diulang2 oleh penyokong ustaz. betul2 obses. agaknya tiap malam mimpikan LKS dan LGE!

      Delete
  17. Kekal TGHH sebagai Presiden PAs adalah sebagai alat perkakas utk UMNO/BN menang PRU14.
    TGHH dan golongan ulamak pro UG akan d jadi kan barua ytk menakutkan org melayu ttg DAp didlm PR.
    Sokong TGHH utk selamatkn UMNo, DS Najib & Dt Rosmah...Hidup TGHH & UG

    ReplyDelete
  18. najib sdg diasak teruk. hampir lemas. siapa yg akan selamatkan beliau? hadi dan harun din serta semua penyokong mrk yg wala'. bila najib atau sesiapa yg ganti beliau pulih semula dan makin kuat, pas akan ditendang keluar.....

    ReplyDelete
  19. Hadi Awang telah hilang kewibawaannya sebagai pemimpin, walaupun dikatakan dia itu adalah seorang ulama spt senarai berikut:

    1. Ulama penjaja fitnah pil kuda
    2. Ulama yg melabelkan pemimpin bawahannya sebagai barua, broker dan jebon
    3. Ulama yg suka membuat air turn back atau u-turn
    4. Ulama yg sifatnya suka berdolak-dalik atau kluk-klek
    5. Ulama yg berkerjasama dgn parti musuh yg nyata
    6. Ulama yg boleh menggunakan kuasa veto jika dia tak hadir mesyuarat
    7. Ulama yg pernah mengeluarkan amanat lalu dia sendiri pula melanggarnya
    8. Ulama yg mementingkan melayu sama spt pentingnya Islam
    9. Ulama yg terlalu lembab membuat keputusan
    10. Ulama yg gagal mengawal perilaku anak buahnya

    Demikianlah betapa hebatnya taraf ulama Hadi Awang ini berbanding Ahmad Awang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11. Ulamak yg tidak ditarik hidung ke sana sini oleh DAP..

      Delete
  20. Tak sabar nak kuburkan PASMA... ya beda beduuuuuuuu..

    ReplyDelete
  21. Ulamak yang ditarik hidung oleh DAP???? Biaq betul. Ini dikatakan fitnah dan tuduhan tanpa bukti. Samalah jika ada orang tuduh - " TGHH ADALAH AGEN " YANG DILATIH OLEH CIA SEMASA DI MESIR".

    Agaknya adilkah membuat tuduhan sedemikian berat kepada TGHH tanpa mwmbuktikannya. Bayang macam mana reaksi walaun2 kalau tuduhan tersebut dibuat?

    Begitu juga dgn tuduhan " ULAMAK YANG DICUCUK HIDUNG OLEH DAP" tanpa bukti. Sepatutnya ia dibuat oleh musuh Islam tetapi ia dibuat oleh orang yang mengaku Islam dan berjuang mempertahankan ulamak gertentu. Cuba fikir....ini adalah penghinaan kepada institusi ulamak itu sendiri dan juga ulamak pujaannya semata2 kerana politik bodoh dan sempit. M3ngapa saya kata bodoh dan sempit. Bila melibatkan ulamak ia melibatkan ugama itu sendiri. Ugama bukan benda yang boleh diperdagangkan secara murahan untuk kepentingan sempit dunia semata2.

    Menggunakan ugama untuk mencari advantage politik adalah kerja orang bacul dan muflis idea. Bila kita menggunakan Islam dengan cara yang salah semata-mata helah politik, kita bukan sebenarnya bertarung dengan lawan politik semata-mata. Kita sudah ajak Allah bertarung dengan kita.

    Ingat tu Wan Rosli dan sahabat lain sekalian....belah mana tuan2 duduk ingat jangan ajak Allah bertarung dengan kita atas maslahah dunia.

    ReplyDelete
  22. Wan Rosli.

    Pemikiran kamu ini terlalu dangkal dan terlalu taksub kepada PAS.

    Supaya kamu tak jadi gila, tolonglah banyak membuat rujukan dan banyakkan membaca darihal politik termasuk perihal parti lawan.

    Satu yang kamu perlu ingat, Hadi Awang bukanlah Rasulullah SAW (ingat tu!).

    Keduanya, PAS adalah parti politik yang meminjam dasar Islam dan bukannya Agama Islam itu sendiri.

    Tak guna kamu mencelah dan menulis menggangu blog orang lain dengan pendapat konservatif yang sesuai dipakai di tahun 50-an. Usia kamu ni tua nak mampus sangat kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1Crony

      Tak munasabah orang PAS perangai macam ni. Kena ingat Islam bukan barang dagangan murahan untuk kepentingan politik dunia. Kalau diguna, bersedia berhadapan dgn pemilek Islam itu sendiri iaitu Allah Azzawajalla.

      Delete
  23. boleh bagi detail tak isi perjanjian pangkor tu wan rosli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun berminat nak tahu ttg perjanjian pangkor yang wan rosly sebut.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa