Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 13, 2015

Kumpulan Wang Persaraan pulak beli tanah TRX

KWAP dilapor beli tanah milik 1MDB di Tun Razak Exchange
Astro Awani |Kemas kini: Mei 11, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 11, 2015 12:50 MYT)

KWAP dilapor beli tanah milik 1MDB di Tun Razak Exchange
KWAP dilapor beli tanah milik 1MDB di Tun Razak Exchange
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dikatakan sudah membuat perjanjian pembelian sebidang tanah dan bangunan yang akan dijadikan ibu pejabat barunya di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga 15 peratus lebih rendah berbanding apa yang telah dibayar oleh Lembaga Tabung haji (TH) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), laporThe Starhari ini.

Dengan memetik sumber, akhbar itu melaporkan KWAP telah bersetuju membayar diantara RM1 bilion hingga RM1.2 bilion untuk bangunan 40 tingkat manakala untuk sebidang tanah itu pula dibayar dengan harga RM2,300 bagi setiap kaki persegi.

TH sebelum ini membayar kepada 1MDB RM2,774 sekaki persegi atau RM188.5 juta, untuk 0.64 hektar tanah miliknya di TRX.

"Perjanjian utama adalah permulaan kepada perjanjian jual beli (S&P). Syarat-syarat perjanjian juga ketat di mana KWAP hanya akan membayar 10 peratus terlebih dahulu dan selebihnya apabila bangunan itu siap,"The Starmemetik sumber yang tidak didedahkan sebagai berkata.

BACA: Tabung Haji kena cukai 30 peratus daripada untung jual TRX - Peguam hartanah

Dalam laporannya, akhbar tersebut menyatakan rasional KWAP membeli bangunan tersebut ialah kerana ibu pejabatnya sekarang disewa d Menara Yayasan Tun Razak yang dimiliki oleh Yayasan Tun Razak dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"KWAP mahu berada di kawasan di mana wujudnya pasaran, terutamanya ia akan menjadi pusat kewangan Islam," kata sumber itu lagi.

Sumber itu memberitahu, perjanjian S&P masih belum ditandatangani, syarat-syarat perjanjian untuk membeli bangunan dan tanah itu akan menjadi lebih baik berbanding perjanjian yang dilakukan di antara 1MDB dan TH.

"KWAP akan membayar deposit sebanyak 10 peratus dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun eskrow," kata satu sumber.

Sumber itu juga berkata, bangunan KWAP baharu itu akan bertentangan dengan stesen Mass Rapid Transit (MRT) bawah tanah yang akan dibina di TRX.

Stesen itu dikatakan terbesar sepanjang laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang sedang dalam pembinaan.

Minggu lepas, keputusan TH membeli sebidang tanah dari 1MDB di TRX telah menggemparkan banyak pihak antaranya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pemuda UMNO.

Ada pihak yang mendakwa tindakan TH membeli tanah seluas 0.64 hektar itu kerana mahu menyelamatkan 1MDB yang terbeban dengan hutang yang banyak.

Namun, Sabtu lalu, Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan TH akan menjual tanah yang dibeli pada harga RM188.5 juta itu.

BACA: Tabung Haji sahkan pembelian hartanah di Tun Razak Exchange

BACA: 
TH putuskan jual tanah TRX - Pengerusi TH

2 comments:

  1. saya yakin dan percaya,
    semua kemelut yang berlaku
    kerana anwar ibrahim tidak
    mendapat keadilan sewajarnya.
    kalau nak penjarakan pun,
    dan memang betul ada kes liwat,
    adililah seadil-adilnya.
    ini tidak banyak sangat
    flipflop dan koner baringnya.
    sekarang rasakan...

    ReplyDelete
  2. Kalau aku berkuasa sesudah aku balun duit TH, KWAP, PNB, LTAT dan yg sekapal dgnnya, aku balun duit SOCSO pula. Bukan apa SOCSO ni banyak duit bermilion milion x terpakai. Lagi lah mudah rembat sebab sapa nak komplen? Pencarum Socso kebanyakannya dari golongan pendapatan rendah. Senang nak kawtim. Bijak jugak aku kan, takat jadi ahli lembaga hitam
    Socso aku boleh sangat lah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa