Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 12, 2015

Hadi, Mat Sabu bukannya sependapat!

Hadi, Mat Sabu berbeza pendapat kedudukan Najib
 | May 12, 2015
Hadi mahu Najib terus kekal sehingga PRU14 manakala Mat Sabu mendesak Najib membubarkan Parlimen dengan segera untuk rakyat membuat pilihan.
Mat-Sabu_abdul-hadi-awang_600PETALING JAYA: Presiden dan Timbalan Presiden Pas berbeza pendapat berhubung desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri dan tidak tunduk kepada desakan agar meletak jawatan.
Beliau berkata, Najib yang dipilih secara demokrasi perlu diberi peluang meneruskan tugas sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Manakala, Timbalannya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu menggesa Najib segera membubarkan Parlimen bagi memberi pulang rakyat membuat pilihan.
Mat Sabu berkata, Najib yang didakwa berbelanja mewah, boros dan berlaku kebocoran yang dahsyat telah menyebabkan ekonomi Malaysia parah.
“Najib seharusnya bertanggungjawab ke atas kecelaruan ekonomi yang sedang berlaku di dalam negara. Hutang negara telah melebihi RM750 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kegawatan ekonomi negara bertambah buruk dengan skandal berterusan dalam menyelamatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Terbaru penyelewengan Tabung Haji telah memburukkan lagi keadaan,” katanya lagi.
Mat Sabu juga mendakwa kewibawaan institusi penyiasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis juga berada pada tahap paling rendah.
Katanya, kegagalan pihak berkuasa menyiasat kes-kes seperti Teoh Beng Hock dan bekas Ketua Menteri Sarawak (sekarang Yang Dipertua Negeri Sarawak) Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi bukti kegagalan institusi itu mempertahankan kepentingan rakyat terbanyak.

4 comments:

  1. Mat Sabu orang Rakyat

    Hadi orang UMNO

    Tu sebab Hadi ada sifat LAHANAT

    ReplyDelete
  2. Tuan guru lim kit siamg dh keluar fatwa di kota bahru...smpi bila2.dap xkan.benarkan.hudud dilaksankan di msia...lagi mau tggu pru14?

    ReplyDelete
  3. Woiiii ug2 sume..ape lagi,wala je cadangan tghh tu..jgn bantah2..tghh nk bwk sume geng wala menuju ke sorga..

    ReplyDelete
  4. TGHH....mmg terbaek !
    Jasad dgn PAs..Jiwa dgn Umno
    Wala...wala jgn x wala...TGHH nak bawa pengikut semua masuk syurga

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa