Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 21, 2015

Kenapa Pemuda PAS tunjuk peduli hal dalaman UMNO?

Hal dalaman rumah tangga sendiri dah tenang dan selesai ker belum?
Bahtera PAS yang senget dah diimbang atau belum?
Dahkah Nakhodanya hilang mabuk?

Kenapa hanya berani mencabar keberanian orang Johor saja?
Bukankah ada tiga pilihan kalau tidak setuju dengan boss?
Iaitu melawan, letak jawatan atau dipecat
Bukankah melawan dengan menggunakan fakta dan otak sehingga menang atau dipecat itu lebih bermaruah?
Hanya yang bacul saja mengalah dan meletak jawatan dengan membiarkan kebobrokan berterusan!

PAS minta Muhyiddin contohi Musa Hitam, letak jawatan 
Published: 21 May 2015 6:25 PM
Sebagai orang Johor, Tan Sri Muhyiddin kena berani ambil tanggungjawab letak jawatan sebagai timbalan perdana menteri seperti Tun Musa Hitam dahulu, kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2015.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mencadangkan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin mencontohi bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam yang berani meletakkan jawatan apabila tidak bersetuju dengan perdana menteri.
"Sebagai orang Johor, Muhyiddin kena berani ambil tanggungjawab letak jawatan sebagai TPM seperti Musa Hitam dahulu.
"Apa guna duduk dalam kerajaan jika tidak sehaluan?" kata Suhaizan Kaiat kepada The Malaysian Insider.
Bagi beliau, Najib pun tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berundur.
"Bagaimana Muhyiddin mahu buat perubahan jika Najib tidak rasa bersalah dan mahu berubah?
"Najib sudah jadi liabliti kepada Umno," kata ketua pemuda PAS itu ketika mengulas kenyataan Muhyiddin melalui video yang kini menjadi viral di media sosial.
Dalam video itu, Muhyiddin berkata, ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya dipecat dengan segera.
“Saya beritahu perdana menteri, pecat semua mereka, lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka! Mereka yang menjadi beban kepada perdana menteri ,” katanya dalam satu majlis taklimat tertutup yang turut dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – 21 Mei, 2015. - sumber

20 comments:

  1. Berani ke lebai tu nak letak jawatan..........sheikh puad dok mula taji lebai muhyidin dah tu!

    ReplyDelete
  2. Lebih baik lagi buang Perdana Menteri yang metalitinya menggangap wang rakyat dan negera seperti hak milik peribadi sahaja.

    Perdana Menteri di Malaysia ini seperti Kapal Titanic yang hampir mustahil untuk dimusnahkan............
    Itulah hasil dari kuasa pemikir Sir William Reid (berbangsa Yahudi) dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Sekarang apa dah jadi?

    ReplyDelete
  3. Bahtera PAS masih lagi kukuh tegak dari dulu hingga kini, Hanya kelasi saja yang mabuk bukan Nakhoda, kalau Nakhoda mabuk tak pulak dilantik jadi Nakhoda.

    PAS masih lagi kukuh dan tegak bersama Presiden dan hampir 88% kelasinya yang masih lagi gah memacu bahtera menuju ke Muktamar.

    Pembersihan sepenuhnya harus dilakukan, kelasi2 yang mabuk harus ditukar kepada kelasi yang "fresh" supaya Bahtera yang dipacu nanti tiadalah yang "malfunction". Muktamar adalah satu "Pit Stop" untuk Bahtera PAS memperbaiki kerosakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nahkoda masih steady? Kapai mana ni? Nahkoda mana? Kalau Nahkoda PAS dah mabuk laut lebih dari kelasi. Heran.....baru je tunjuk dia mabuk....ade yg tak nampak. Agaknya mabuk bersama nahkoda kot.....maklumlah kalau kita tanya orang mabuk samda dia mabuk, sahih dia kata xmabuk!

      Delete
    2. Begitu la perangai orang yg tak tahan menahan telior dan gian nak join belah sana. Macam2 halusinasi datang sampai tahap apa yg berlaku dalam UMNO tusukannya sama dengan yang berlaku dala PAS. Gian nak berdakap dengan UMNO dah jadi macam ketagih dadah....ibarat macam lenagih tegar dah....

      Delete
    3. Nakhoda dah mabuk pil kuda

      Delete
  4. Sebab dok gian,dok telior sudah lama nak join .... tu pasai la. Benda yg berlaku dalam UMNO macam berlaku dalam PAS..

    Siap lah kalau Nik Abduh menang KP PAS.Pemuda PAS akan jadi pemuda UMNO dalam PAS..

    Tak boleh pakai dah, baik pemuda PAS atau yang dewasa kalau dah tersampuk dgn penyakit UG. Kena je....otak jadi jem. Lalu pikiran jadi beku macam macai UMNO.Cakap pun merapu. Maki orang jadi tabiat...sebijik cam cai umno

    ReplyDelete
  5. Nakhoda mabuk pil kuda

    ReplyDelete
  6. Lepas ni kita balik jadi parti pak lebai

    ReplyDelete
  7. Sedih bila membaca PAS cuba melibat dalam masalah UMNO

    PAS sekarang ini bagai Sampah , GAGAL menjaga periuk nasi ahli ahli PAS juga Rakyat mahu tunjuk bijak pulak


    Mohiddeen jauh lebih bijak ber kualiti dari jutaan PAS yang di kira tidak cerdik hidup ber harap Rasuah UMNO BR1M.

    Cukup lah jika sendiri tidak cerdik jsngan pulak meminta orang lain ikut tidak cerdik dengan Otak Gred 3 PAS.


    Maaf lah , nsmpak BODOH SANGAT kepimpinan PAS ini.


    Macam mana bangsa lain nak hormat , langsung tiada kualiti macam Kancil.

    ReplyDelete
  8. Terimalah kenyataan sedara-sedara, PAS masih kukuh dibawah Nakhoda TGHA, sedara-sedara hanya dua tiga kerat je tak sampai pun 2%, akar umbi mempunyai kuasa yang lebih besar, tak mampu sedara-sedara melawan...sudah-sudah lah tu, terima la kenyataan. Masuk lah sekali dalam Bahtera tu selepas muktamar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. harap2 TGHH predideng...TITM TimPres.....NikAmar...Idris...Iskandar Naib......NikBedoh KPP....
      melangkah gagah menuju Putra...errr...PENAMA DAH IBUNEGERI REPSBLIK RAKYAT CONGO TUH??

      Delete
  9. Sekarang bukan zaman emak ayah kita. Nak meminang berbunga-bunga dan bermadah-madah. Zaman sekarang go straight to the point.

    Macam Muhyiddin dengan Najib. Main silat pulut pengantin, bunganya je lebih lebih.

    Sorang buat taklimat tertutup, sorang lagi buat rundingan tertutup. Tutup, tutup lepas tu dedahkan pulak. Dalam masa itu masalah negara semakin parah. Kasi checkmate lah !

    Najib ada kuasa pecat TPM. Dan TPM boleh letak jawatan sekarang sebagai protes. Ini dah sampai sekarang Lembaga Pengarah 1MDB tak di pecat.



    ReplyDelete
  10. Pengalaman jadi tekong bot nelayan,cuma mampu jadi pemimpin nelayan,.bila dilantik jadi nahkoda kapal kargo dengan pelbagai muatan berbeza memerlukan pelbagai petugas yang profesional dalam bidang masing- masing,boleh kah orang yang menarik pukat nak kendali kontena,tapi apa -apa pun kita bagi peluang, kita tengok karam tak karam kapalnya agar menjadi pengajaran dimasa depan...

    ReplyDelete
  11. Dei admin thamby ............ apa ulasan kau pasal Dap ganggu urusan dalaman Pas ? apakah admin dah tertelan pil kuda yg tercemar khinzir dpd tuan guru LKS dan LGE ? mmg sah kapla admin dah jadi kapla banananana ! Dok asyik nampak salah orang je tapi salah sendiri tak nampak ! Moga2 tuan guru hang pa akan uruskan jenazah hang pa bila meninggal donia nanti serta bimbing hang pa masuk syurga .

    ReplyDelete
  12. pecat najib bukannya pegawai. cukup2lah mengkambing hitamkan pegawai yg x bersalah.

    ReplyDelete
  13. Sepatut presdent pas yg dibuang.bukan dok sibuk hal umno.

    ReplyDelete
  14. Sepatut presdent pas yg dibuang.bukan dok sibuk hal umno.

    ReplyDelete
  15. Anom 10:18,
    Admin dan kuncu-kuncunya tak boleh nak terima kenyataan bahawa PAS masih kukuh dibawah TGHA, mereka tak boleh terima dan mereka semacam berada didunia khayalan yang hanya mempercayai kata-kata pengganas kufar. Berpijaklah didunia yang nyata wahai sdr-sdr ku.

    ReplyDelete
  16. 10 18

    PAS salah-satu kompenan BN ke? Belum lagi lah. Tunggu lah lepas Muktamar kalau pro Ulamak menang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa