Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 15, 2015

Huh.....punaah....punah!

HOT!! : APA DAH JADI DENGAN PARTI ISLAM PAS NI????
Jumaat, Mei 15, 2015

 Sekumpulan pemimpin Pemuda PAS Perak menarik diri bertanding dalam pemilihan merebut kepimpinan dewan itu di peringkat negeri.

Calon ketua Pemuda PAS Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata beliau dan dua lagi pesaing jawatan itu menarik diri selepas kepimpinan negeri didakwa menunjukkan sikap memihak kepada menantu presiden PAS Akmal Kamarudin. 

"Kami tidak mahu berlaku kekecohan dan kami lebih sayangkan parti," kata bendahari dan anggota biro politik PAS Perak itu.

Susulan penarikan diri mereka, Akmal secara tidak rasmi menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Perak.

Fakhrulrazi mendakwa mempunyai bukti rakaman audio bagi menyokong dakwaan itu.

Dakwanya, sekurang-kurang 10 lagi calon jawatan lain, dirujuk G10, untuk pemilihan Pemuda negeri telah mengikut jejak langkah beliau.

Antara calon yang didakwa Fakhrulrazi menarik diri termasuk exco Pemuda PAS Salman Salleh, Ketua Pemuda PAS Sungai Siput Yusran Fahmi, bendahari Pemuda Perak Nazri Din dan Setiausaha PAS Pasir Salak Shamsul Alauddin. 

Tunjukkan bukti, kata pesuruhjaya 

Fakhrulrazi menafikan tindakan menarik diri itu disebabkan merajuk.

"Kita utamakan kepentingan parti sebagai satu penyelesaian untuk meredakan keadaan," katanya sambil berikrar akan memberi kerjasama kepada kepimpinan terbaru yang bakal dilantik. 

Muktamar Pemuda PAS Perak akan bersidang pada 17 Mei ini di Markaz PAS Ayer Kuning, Taiping. 

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria (kiri) menafikan beliau berkempen dan memihak kepada Akmal.

"Saya tidak ada rancangan untuk campur tangan. 

"Kalau ada bukti, tunjukkan di mana saya bercakap, di mana, apa konteksnya, kepada siapa dan dalam keadaan apa saya bercakap?

“Kalau nak tuduh, semua orang boleh tuduh," katanya. - sumber

4 comments:

  1. Admin,
    Bagi aku perkara sebegini tidak pelik didalam berpolitik, yang layak akan menang tidak kira latar belakang.

    Najib Razak pun layak jadi PM sebab dia anak Tun Razak atau kerana qualification beliau? Hishamuddin Hussin layak jugak pasal beliau anak Tun Hussien siapa ayah Hussien Onn? Mukhriz anak siapa? Semua tahu.

    Lim Guan Eng bukan anak Lim Kit Siang? Nurul Izzah pun layak memimpin dan jadi naib presiden lagi, adakah kerana Anwar? Apakah mereka ni memimpin kerana keturunan atau qualification mereka?

    ReplyDelete
  2. PrU14...umno tak perlu risau walaupun nazak dgn masalah...kekal TGHH sebagai Presiden PAs..umno akan menang PRU14..

    ReplyDelete
  3. Pas tu parti kita.
    Malangnya yang atas2 tu dah tak nak mesra dengan kita. Cara jalan mereka dah macam tak sehaluan dengan kita yang kat bawah2 ni. Entah bila agaknya kita boleh jalan sehaluan balik....apapun kita tetap menunggu dengan penuh sabar. Mudah2an Allah bukakkan hati yang di atas2 tu

    ReplyDelete
  4. You're so cool! I do not think I have read through a single thing like this before.

    So great to find someone with some unique thoughts on this subject.
    Really.. thanks for starting this up. This site is something that is needed on the web, someone
    with some originality!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa