Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 16, 2015

Kerja pelik dengan kerjasama sape ni?

Betul ke Facebook anak Fadzil Noor disekat?

 | May 16, 2015
Akaun Facebook Muhammad Faiz dipercayai disekat atas arahan kumpulan penyokong Presiden Pas yang tidak puas hati dengan kritikan yang dibuat oleh anak arwah Fadzil Noor.
faiz-fadzil_hadi-awang_600
PETALING JAYA: Akaun sosial Facebook milik anak lelaki bekas Presiden Pas, Datuk Fadzi Noor dipercayai telah disekat gara-gara kritikan terbukanya terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Muhammad Faiz Fadzil diketahui ramai tidak menyokong kepemimpinan Abdul Hadi yang dilabel kumpulan ulama dalam Pas dan sering mengkritik Presiden Pas itu.
Dia yang juga seorang peguam dilihat lebih cenderung kepada kumpulan liberal dan sering mengkritik golongan ulama dalam Pas.
Penyokong kumpulan liberal yang menghubungi FMT percaya kumpulan ulama telah membuat aduan kepada syarikat pengendali Facebook supaya menyekat akaun Muhammad Faiz.
“Kami tidak lagi boleh akses akauan Facebook Muhammad Faiz. Mungkin telah disekat kerana aduan pihak sebelah sana (penyokong kumpulan ulama),” kata seorang penyokong kumpulan liberal kepada FMT.
Kumpulan penyokong Liberal percaya kritikan pedas Muhammad Faiz terhadap Presiden Pas telah menimbulkan kurang senang kepada sesetengah lalu membuat aduan kepada Facebook.
Muhammad Faiz dalam sebuah forum di pejabat Malaysiakini pada April lalu dilaporkan menyeru supaya ahli Pas memilih Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu sekiranya mahu parti itu kekal berada dalam arus politik perdana.
“Ini pemimpin dalam Pas yang patut kita julang. Kenapa nak lihat beberapa pemimpin dalam Pas yang mengapi-apikan isu hudud ini, sedangkan mungkin mereka tidak ada kredibiliti di mata masyarakat,” kata Muhammad Faiz.
Muktamar Tahunan Pas pada Jun ini bakal menyaksikan pertembungan antara kumpulan ulamak dan liberal untuk merebut jawatan tertinggi parti itu.
Setakat ini, Abdul Hadi sah akan dicabar bekas Naib Presiden, Ahmad Awang bagi jawatan Presiden manakala Husam belum menyatakan pendiriannya.
Sementara bagi jawatan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dijangka ditentang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

1 comment:

  1. Kita xsoal hukum hudud.. Tp pembawa hudud tu xikhlas sbb ada agenda tersendiri yg dpsengaja utk memenangkan amno.. Dan tertipu dek amno... Nil le kumpulan membawa pas kebelakang dr arus perdana politik...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa