Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 19, 2015

Dah nyanyok ker apa orang tua ni?

Tiba-tiba mahu kuasa PM di kurangkan
Dia lupakah siapa dia dulu semasa jadi PM?
Ada sesiapa boleh dan berani tegur dia?
Adakah dia dulu bersih bagaikan 'Wali'?
Selagi situasi politik Malaysia begini, maka beginilah adanya
Ada berani Parlimen (MP kerajaan) mengubahnya?

Sekarang Dr Mahathir mahu kuasa PM dikurangkan
Published: 18 May 2015 5:12 PM
Selepas mentadbir Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar kuasa perdana menteri dikurangkan. 

Dr Mahathir berkata, perdana menteri yang mentadbir hari ini mempunyai "terlalu banyak kuasa" sehingga berupaya menyalahgunakannya. 

"Kita beri terlalu banyak kuasa kepada perdana menteri, apabila beliau menyalahgunakan kuasa, kita tidak boleh kata apa-apa," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan selepas melancarkan buku bertajuk "Dr Mahathir selected letters to World Leaders" bahagian 2, di Putrajaya, hari ini. 

Ketika diminta menamakan individu yang sesuai dan layak untuk menjadi perdana menteri hari ini, Dr Mahathir hanya berkata: "Tiada sesiapa pun."

Beliau turut mencadangkan, pentadbiran kerajaan membentuk jawatankuasa seperti Kabinet yang bukan dilantik perdana menteri untuk menasihati beliau dalam pentadbirannya. 

"Saya rasa kita perlu ada Kabinet luaran, mengandungi mereka yang tidak dilantik perdana menteri, dan mempunyai kuasa untuk bersuara, contohnya perdana menteri ingin meminjam duit, mereka ini yang akan menyoal siasat beliau," katanya. – 18 Mei, 2015.

2 comments:

  1. Tun Mahathir bukan maksom

    Hanya Tun Mahathir se orang pemimpin yang masih memikirkan akan Rakyat

    Hanya se orang Manak saja berusaha untuk menjaga kehidupan Rakyat

    Yang lain hanya nak kaya jaga perut masing masing saja

    Tun Badawi ke , Tengku Razaliegh ke , semua nak hidup senang tengok Rakyat makin papa kedana

    Apa apa yang di lakukan untuk jaga kepentingan Rakyat oleh Tun Mahathir sebaik nya di sokong Rakyat

    Biarlah 10% keuntungan di kecapi Tun jika gilakan harta dunia , dan 90% kepada Rakyat

    Yang ada lahanat masa kini hanya mengaut 90% keuntungan untuk diri nya saja dan10% untuk pembodek nya

    Melayu Perlu UBAH !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I do agree with your comment..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa