Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 19, 2015

UG: Ini kata Hadi

Anwar, Nik Aziz setuju kerajaan perpaduan tetapi ditolak BN, kata Hadi 
OLEH KC NAZARI
Published: 19 May 2015 1:49 PM
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika bercakap dalam program Bicara Harakah di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau mendedahkan idea kerajaan perpaduan digagaskan meliputi penyatuan semua parti ke dalam parti tunggal yang membentuk kerajaan selepas berlaku krisis Perlembagaan di Perak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Mei, 2015.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuka ruang perbincangan baru isu kerajaan perpaduan apabila mendakwa idea tersebut pernah dipersetujui Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut Hadi, idea digagaskan sebenarnya meliputi penyatuan semua parti ke dalam parti tunggal yang membentuk kerajaan selepas berlaku krisis Perlembagaan di Perak.
"Kita tak mahu lari menyertai BN. Biasanya sejarah ini tetap berulang. Sebab itu kita kemukakan unity government ini – semua parti dalam kerajaan.
"Ini dipersetujui bersama semua dalam satu pertemuan di antara saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan arwah mursyidul am kita.
"Kita bersetuju mengetengahkan perkara ini dan kita kemukakan kepada DAP. Tetapi malangnya, perkara itu terbantut kerana Barisan Nasional tak boleh menerimanya.
"Itu ceritanya, benda itu dah hilang luput daripada sejarahnya," kata Hadi pada program Bicara Harakah di Kuala Lumpur tengah hari ini. – 19 Mei, 2015.

# Malam ni aku terbang semua ke KL

15 comments:

  1. "Kita bersetuju mengetengahkan perkara ini dan kita kemukakan kepada DAP. Tetapi malangnya, perkara itu terbantut kerana Barisan Nasional tak boleh menerimanya."

    Setahu aku UG ni berkisar kpd Melayu islam, x de kaitan dgn DAP pong. Mungkin itu sebabnya tuan Guru " terlepas dosa sengaja" marah sangat kat anwar brahim........hmmm hmmmm alif min nun wau sarkas........tak pernah jujur, namun tuang Guru jangan kencing macam sarkas juga.......gentlemen la jangan berat sebelah puak2 yg mengaku penyokong ulamak. Kenyataan tuang Guru memang macang najib 1 malaysia bila aku himbau kembali al kisah khalik Ibrahim dan kes2 pil kuda dan juga kes KD, pmtg Pauh........ini juga sejarah apakah xperlu ambil iktibar wahai tuang guru yg molier.

    ReplyDelete
  2. Bile TGNA SUDAH TIADE KAMU KATE DIA SETUJU......MASA DIA MASIH HIDUP KAMU XKATE APE APE PONG.....WAHAI TUANG GURU!

    ReplyDelete
  3. Kalau macam tu sistem UG, maka elok lah PM mesti dipertandingkan macam presiden Amarika........rupenya tuan guru ni ajen amarika ye.....ooops maap ye DSAI ajen amarika sebab tu BN tak setuju!

    ReplyDelete
  4. Klu sikaki PONTENG

    Klu dah jd siputar BELIT

    Klu dah terang2 u-Turn tikam blakang

    Klu jenis spesis halau MAKI ini

    Apb dah jd bapak sgl FITNAH mrapu2

    Klu..
    Klu yg brSUMPAH2 temberang dgn GST yg mnindas rkyat pon dia anggap "JUJUR" dan disokong nya..?

    Adakah?

    Adakah ssapa lg yg bodoooh dan buta prcaya kpd ularrrMak as-SUK itu??

    BUKANkah smakin jls dan TERANG sapa kah dia gerangan as-SUK yg sgt2 busuk itu ddepan mata kita skrg???

    TIADA lah yg kluar drp mulut as-SUK ularrrMak-FITNAH as-SUK itu mlainkan auta onar dan FITNAH yg sgt2lah jijik lg sgt2 busuk!?

    Tunggu dan SAKSIkan lah apa lg yg akan TUHAN muntahkan drp mulut as-SUK itu slps ini..

    Tunggu & SAKSIKAN lah!!!



    ReplyDelete
  5. Admin,
    Tak usah post la perkara berkaitan kenyataan TGHA, macai-macai kat sini tak boleh nak terima kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cecece....xmampu nak bela nko putar macam ni pulakkkk.....kahkahkah

      len kali bagitau HH tjgn bukak mulut. Bila tak bukak mulut dia xkena hentam. Semua dah tahu bila HH bukak mulut kalau xbohong dia putar belit. Lain yg berlaku lain dia kaler......percayalah kredibiliti HH sebagai pemimpin politik dah lebur. Baik dok diam nanti kredibiliti sebagai ulamak hebat pun jalan. Yang merosakkan kredibiliti dirinya buman merja orang tetapi perbuatan sendiri.

      Delete


  6. BN tak boleh menerima nya kerana Kerajaan Perpaduan yang di persetujui oleh Anwar dan TGNA ialah hal hal berkaitan dengan rasuah dan penyalahan guna kuasa bukan berkongsi kuasa seperti yang di usahakan oleh ug.

    ReplyDelete
  7. HADI ini Jenama GAGAL

    Tiada Kredibiliti dan Bacul

    Anwar dalam Jel , dan Nik Aziz sudah jadi Arwah

    Orsng sudah tiada mana mampu pertahan diri ; ini semua cakap cakap Kartun SAJA

    Tengok muka HADI dan banding sama Arwah Nik Aziz sangat jauh beza nya. Satu nampak serabut dan lagi satu bersih saja

    Dengan Ustaz Ahmad Awang pon nampak jauh beza seri nya.

    Moga moga Orang Orang PAS menguna AKAL dalam memilih pemimpin dan dengan emosi saja , Si Keldai boleh hidup di Malaysia.

    ReplyDelete
  8. jika pas masih dikuasai geng t'ganu lepas muktamar, tunggulah kehancuran parti itu. geng ganu tak berdaya maju, tak progresif, juara kampung

    ReplyDelete
  9. Makin cacamarba mamat ni berckp selepas xda TGNA... Lebih berani mengeluarkan kenyataan yg xpernah disebut TGNA... Yg nik aziz ckp nak ludah org yg nak bncg hal UG tu mcmana plk lebai... Jenis mulut celupar.. Bak ikan dlm mangkuk tandas...

    ReplyDelete
  10. Abe

    Akhir2 ni nampak sgt perubahan pada diri TGHH. Nampak pun uzur. Ambo tok berapa nak percaya kenyataan TGHH dalam hal ini bila kat dgn orang dah xdd yg kita tahu sgt pendiriannya. Begitu juga kait dgn DSAI yang xleh nak jawab zendiri.

    Banyak lagi sudut lain dari sudut ini dia boleh ambik nak pertahan UG dia. Tapi semua kena ingat keputusan Muktamar Ipoh 2008. Ada 2 perkara penting diputuskn:

    1. PAS akan bersama PR dan akan berusaha utk mengukuhkannya.
    2. Menolak kerjasama dgn UMNO dalam alajua bentuk.

    Ini dasar penting dan besar kerana diputuskan oleh muktamar.

    Kalau kita lihat sekarang apa yang di buat oleh TGHH ialah mengutarakan agenda puak UG seolah2 menjadi dasar rasmi PAS sekarang menggunakan jawatan presiden dan nama PAS. Ini tak betul. Ini berlawanan dgn dasar rasmi PAS yang ada. Ini adalah satu penyelewengan. Ini satu pengkhianatan kepada dasar PAS. Ini menentang MSU badan tertinggi PAS kerana tahaluf siyasi diputuskan oleh MSU dan Muktamar sebelum dilaksanakan.

    Yang lagi penting ialah MSU tidak pernah mengeluarkan secara rasmi persetujuan kepada usaha untuk mengadakan kerjasama dgn UMNO. Ini agenda segelintir kecil pemimpin PAS.

    Ahli PAS kena faham MSU adalah institusi ulamak dalam PAS. MA atau individu dalam bukan MSU. Kenyataan mereka sendiri tanpa keputusan mesyuarat MSU adalah pendapat individu. Kita sering tersentak bila MA atau SU MSU membuat kenyataan yang memberi keuntungan kepada puak UG dan cuba bermain silap mata seolah2 itu keputusan MSU. SU MSU terlerangkap dgn permainan ini dalam isu PasMa.

    Ini perlu difahami betul2 dalam menilai apa yg sedang berkaku dlm PAS sekarang. Kena faham ala dasar PAS sebenar.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  11. Tuang guru ni dah lebih dr pecacai pulak...sudah2 la nk muntah dgr mu bercakap...hadi oooi

    ReplyDelete
  12. Org bercakap ...yg situa ni pon nk bercakap.
    Org cakap ada fakta...tpi ustaz hadi ni byk auta..

    ReplyDelete
  13. Hanya Si TOLOL KENAL kawanan TOLOL

    Apakah PAS satu Parti Politik Orang Orang TOLOL ????

    Kena tanya Arwah Tok Guru Nik Aziz dan Fadhil Noor.

    Hadi boleh ONLINE dengan TOHAN boleh tanya kot.

    TOLOL jenama PAS ?

    ReplyDelete
  14. Tuang Guru Presedeng PAs dah trok...azab bila x ikhlas dlm perjuangan...knyataan bangang mcm ni pon bole....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa