Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 26, 2015

Kerana belit Shafee Peguam lain pun ragu-ragu!

Peguam: Ada kemungkinan PM langgar undang-undang
mk - 10:21AM - 26 May 2015

Beberapa pengamal undang-undang jenayah bersetuju dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jawapan yang bercanggah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengenai 1MDB, mungkin merupakan satu jenayah.

Dr Mahathir mendakwa Najib berbohong tentang di mana AS$1.103 bilion (RM3.97 bilion) dana 1MDB, dan oleh itu, telah berkata bahawa ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 218 Kanun Keseksaan.

Peguam kes jenayah, Amer Hamzah Arshad percaya apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir itu "mempunyai beberapa asas" tetapi menegaskan ia boleh dihujah sama ada Najib, sebagai perdana menteri, adalah seorang penjawat awam atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, Najib, atas kapasitinya sebagai pengerusi (lembaga penasihat) 1MDB boleh disiasat di bawah Seksyen 218 Kanun Keseksaan," kata Amer (foto) kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk kes bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, yang menurut Ameer, telah disabitkan atas kesalahan rasuah kerana Khir juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) semasa tempoh perkhidmatannya.

Bagaimanapun, peguam Khir itu, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, berhujah dalam rayuan Khir di Mahkamah Persekutuan pada tahun lepas bahawa tuduhan rasuah terhadap Khir adalah cacat kerana beliau bukan seorang penjawat awam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Kanun Keseksaan.

Khir Toyo didakwa atas kapasitinya sebagai menteri besar. Menteri besar bukan seorang penjawat awam, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 21 Kanun Keseksaan, Shafee dilaporkan berkata.

Seksyen 21 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa penjawat awam ditakrifkan sebagai sama ada seorang pegawai yang ditauliahkan dalam Angkatan Tentera, hakim, pegawai mahkamah, juri, penimbang tara, seseorang yang memegang apa-apa jawatan dan seorang pegawai kerajaan.

Amer berkata kedudukan perdana menteri, menteri-menteri kabinet dan ketua menteri nampaknya tidak termasuk di bawah Seksyen 21 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersetuju bahawa dari segi istilah orang biasa, perdana menteri dan anggota kabinet adalah penjawat awam kerana mereka sepatutnya berkhidmat kepada rakyat.

5 comments:

  1. Kalau bukan penjawat awam, janganlah ambil gaji dan makan elaun kerajaan Malaysia. Kalau Yang DiPertuan Agong bolehlah dikatakan bukan penjawat awam kerana dia adalah raja.

    ReplyDelete
  2. Macam ini apa lagi angkut lah selagi boleh angkut. Sapu lah selagi boleh sapu. Negara jiran seperti Thailand Indonesia dan Filipina sedang dan telah menghukum ahli politik yang taraf pemimpin.

    Bila kena GST je Malaysia bertaraf negara maju.

    ReplyDelete
  3. Selagi BOLIH KONAR .. KONAR .. SATU PERSOALAN BAGI AMBO RAKYAT MARHAEN .. ADAKAH .. TIPU ITU SUNAT & BELAWOK TU WAJIB .. BAGI ORE POLITIK ..

    ReplyDelete
  4. ,

    .

    .

    Sharir Si Mat Pantat merupakan satu barua lama dalam politik UMNO.

    Dia tak ingat apa yang pernah dicakap dek Musa Hitam semasa beliau
    menjawat jawatan TPM dolu dolu. Sistem Wesminster tak bolih ditiru
    sepenuhnya di Malaysia . Olih itu Doktrin Collective responsiblity tak bolih di
    pakai.

    Doktrin Ministerial Resposnsiblity [DMR] meletakkan tanggungjawab

    keatas Najib untuk meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri

    Kewangan kerana kegagalan 1Mdb.... Ini jelas. Jadi kalau Si Mat

    Pantat Shahrir berani suruh Muhyiddin

    letak jawatan DMR kena beroperasi dulu. jadi mat Najib kenalah

    letak jawatan!


    Bagus idea si Mat Pantat Sharir- suruh boss bunuh diri



    .
    khong khek khuat
    .

    .


    .

    ReplyDelete
  5. sepatutnya jangan keluarkan apa2 kenyataan.
    siasat dulu.
    lepas siasat baru dakwa.
    sementara tengah siasat, sepatutnya gantung tugas.
    kalau terus bertugas, ditakuti akan mempengaruhi siasatan.
    atau pun setidak2nya tukarkan ke jawatan lain lebih rendah.
    tak pun bagi satu meja dan satu kerusi kat mana2 kementerian.
    duduk situ sambil tangkap lalat hingga siasatan selesai.
    (itu yang selalu diaorang buat kpd kakitangan awam yang sedang disiasat - contohnya LPM)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa