Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 27, 2015

'Tutup mulut kamu' - Biar kami yang uruskan sendiri!

DAP tutup mulut jika mahu pro-Pakatan menang pemilihan, kata PAS 
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Published: 26 May 2015 4:12 PM
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata tindakan pemimpin DAP yang menyerang PAS dianggap sokongan membawa rebah dan menjadi justifikasi mengapa PAS perlu menjauhi PR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mei, 2015.

DAP diminta menutup mulut atau berhenti bercakap dan menyerang PAS jika mereka benar-benar mahukan kumpulan yang pro-Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pemilihan parti itu minggu depan.
Pemimpin PAS yang pro-PR berkata, serangan yang dibuat pemimpin DAP terhadap beberapa pemimpin PAS tidak membantu, malah menyusahkan mereka dalam pemilihan pada muktamar kali ini.
"Biar kami yang uruskan sendiri," kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kepada The Malaysian Insider.
Bahkan, tindakan pemimpin DAP itu boleh dianggap 'sokongan membawa rebah' kerana ia dianggap justifikasi kenapa PAS perlu menjauhi PR, khasnya DAP, sebagaimana dibawa pendokong kumpulan pro-ulama sekarang.
"Serangan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, tambah menyusahkan kami dan menjadikan masalah lebih rumit," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu.
Baginya, DAP dilihat seperti berkempen supaya sesetengah pihak dalam PAS menang, padahal mereka sepatutnya tidak campur tangan.
"DAP sepatutnya tunggu pemilihan selesai, baru buat apa-apa komen," kata Mujahid.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu antara pemimpin PAS yang mahu PR dipertahankan dan parti Islam itu kekal di dalamnya selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 dari 4 hingga 6 Jun nanti.
Beliau keras menentang pendekatan pemimpin utama PAS sekarang, khasnya presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dilihat cuba menjauhkan diri dari PR.
Mujahid menolak pencalonan untuk naib presiden PAS, tetapi akan mempertahankan jawatannya sebagai AJK PAS Pusat dalam pemilihan itu nanti.
Seorang lagi pemimpin PAS yang pro-PR, Suhaizan Kaiat, juga tidak senang dengan kenyataan pemimpin DAP sekarang yang dianggapnya tidak kena dengan persepakatan dalam gabungan itu.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda PAS itu berkata anak muda Malaysia memerhati dengan penuh minat pengurusan konflik dalam politik di negara ini.
Beliau sangat tidak senang dengan kenyataan Guan Eng, selaku setiausaha agung DAP, yang menuduh Hadi condong kepada Umno.
"Tuduhan ini memberi gambaran buruk kepada anak muda Malaysia.
"Bagaimana dua pemimpin yang duduk sepentas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, dan duduk sebaris dalam Parlimen, boleh bertembung antara satu sama lain?
"Apakah sudah tiada jalan yang bijaksana mengurus masalah?" kata Suhaizan dalam kenyataannya.
Jika konflik ini berteruskan, katanya, anak muda akan menganggap pemimpin PR hipokrit.
Lebih malang lagi, mereka akan menganggap tiada beza antara PR dan Barisan Nasional yang jelas penuh dengan pelbagai masalah.
Baginya, pemimpin PR wajar memahami, setiap pemimpin ada pendokong dan penyokongnya.
"Kami Pemuda PAS membesar bersama tarbiyah daripada Hadi. Kami pendokong presiden PAS.
"Walau presiden tidak maksum, kami tidak dapat menerima tuduhan liar Guan Eng kepada batang tubuh presiden kami," katanya.
Suhaizan berkata, jika pun ada kelemahan pada Hadi, tidak bijak menuduh beliau condong kepada musuh PR, iaitu Umno.
Masih banyak lagi saluran yang boleh digunakan untuk menyelesaikan konflik, katanya.
Mengulas kenyataan Guan Eng yang hanya badan Hadi bersama PAS, tetapi hatinya sudah bersama Umno, Suhaizan berkata ia akan mengundang tindak balas daripada daripada semua bahagian dalam PAS, termasuk sayap utama parti dan semua peringkat pusat dan negeri.
"Kawasan dan cawangan, semua akan marah dengan kenyataan tersebut. Mereka ada hak untuk berasa marah dan menzahirkan kemarahan dengan kenyataan seumpama itu.
"Mungkin ada pihak akan bertindak luar kawalan. Ini akan menyebabkan Pemuda DAP pula bertindak balas. Maka berlakulah pertembungan yang bertali arus. Dan ini akan mengurangkan keyakinan rakyat kepada PR," katanya.
Sehubungan itu, beliau mewakili Pemuda PAS mendesak Guan Eng serta pimpinan DAP dan PR agar menggunakan kebijaksanaan masing-masing menguruskan konflik yang berlaku.
"Jangan hancurkan harapan rakyat khususnya anak muda yang mahu melihat Malaysia yang lebih unggul dan sejahtera di bawah PR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," katanya.
Guan Eng membuat kenyataan itu semalam, susulan tindakan Hadi yang tidak menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh awal bulan ini.
“Bukan sahaja tidak hadir ke kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, beliau malah tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Dr Wan Azizah.
“Ini menunjukkan walaupun tubuh badan beliau masih bersama PR, hatinya sudah bersama Umno,” kata Guan Eng di lobi Parlimen.
Pada Ahad, Kit Siang yang merupakan ketua Parlimen DAP menulis di blognya, PR mungkin tidak wujud lagi 2 minggu akan datang susulan kenyataan Hadi yang dilihat condong ke arah membina kerajaan perpaduan dengan Umno-BN. – 26 Mei, 2015.

14 comments:

  1. Syabas....Dr Mujahid. Tanda2 puak UG sedang senak perut sudah pun nampak tanda2 jelas.

    Perhatikan tindakan tanduk HH dan geng dalam seminggu ni kita boleh nampak kearah mana keputusan pemilihan nanti

    ReplyDelete
  2. Insha-Allah, Mujahid dan Suhaizan dah nampak serba sedikit siapa sebenar DAP dan akan lebih terserlah lagi selepas muktamar nanti.

    ReplyDelete
  3. Aku pun tolak pas sejak ada team UG. Pas dan umno bersaudara. Tinggal kan Pakatan Rakyat kami anak muda muak dgn politikus pak lebai!

    ReplyDelete
  4. Semua kemelut dan kecelaruan yg terjadi adalah berpunca daripada tindakan Hadi dan puak UG dlm PAS. Kita kenalah berpihak kpd siapa yg memberikan kenyataan yg benar. Sehingga kini tidak nampak pun sebarang usaha Hadi memberi pencerahan mengenai tindakannya itu. Sementelahan itu pula, PAS dilihat suka menyerang DAP dan bersikap mesra UMNO. Dlm situasi akhir2 ini, seperti tiada langsung tentangan dari PAS terhadap 'kekasihnya' itu, sama ada isu GST, 1MDB, pembelian tanah oleh TH dan banyak lagi isu yg membebankan rakyat dipelopori oleh kekasihnya yakni UMNO.

    ReplyDelete
  5. ramai orang tak maksum tapi banyak maksam

    ReplyDelete
  6. DAP se memang nya tidak memerlu kan PAS untuk memenangi PRU kerana PAS hanya lah parti pilitik GAGAL tiada kualiti dan tiada kekuatan ekonomi tuk tambah nilai bagi kemajuan negara

    Tanpa PAS , Pakatan DAP dan PKR akan mendapat sokongan ahli yang matang bijak ber fikir dan ber kualiti

    Ini negara perlu kan sekarqng untuk maju ke hadapan

    PAS hanya lah parti politik EMOSI Melayu sama seperti UMNO yang hanya menghancurkan bangsa sendiri bagai Ketam Dalam Bakul atau pun AL-TOLOL jenama Arab Melayu

    Jangan di persalah kan DAP

    Realiti nya PAS tak mampu untuk mengawal Otak dan Emosi mendidik ahli ahli nya sendiri

    DAP sudah membukti kan bahawa ianya mempunyai ahli ahli dan pemimpin yang Ber Fikir dan tahu menjadi Orang atau Manusia yang Ber Tanggung jawab.

    Ber tanggung jawab adalah ajaran NABI SAW yang gagal di fahami oleh orang orang Melayu Islam dalam PAS mahu pun UMNO.

    Bukan kah begitu bapak Mujahid ?

    ReplyDelete
  7. cheyyyy....nak tunjuk kt ahli2...kita org jer yg boleh lembutkan dap...lain2 xbleh nk control dap...cayalah...berbuih2 mulut ahli2 terkedu dgn ucapan korg....pls la...siap dgn gambar posing maut....buat lah apa kau org nak buat utk jatuhkan ulamak....

    ReplyDelete
  8. geng er dong gong dan macai sedang bersandiwara tetapi pada masa sama macai pkr terus menyerang Pas.............lakonan terbaik ! Buatlah apa yg kamu suka wahai macai dan er dong gong kerana Tuan guru LKS dan LGE bukan sahaja hebat dalam menguasai ekonomi yg tak tentu halal haramnya utk menyara hidup hidup puak2 kamu tetapi juga kamu juga dijanjikan jaln pintas ke syurga melalui konsep penyucian dosa !

    ReplyDelete
  9. geng er dong gong dan macai sedang bersandiwara tetapi pada masa sama macai pkr terus menyerang Pas.............lakonan terbaik ! Buatlah apa yg kamu suka wahai macai dan er dong gong kerana Tuan guru LKS dan LGE bukan sahaja hebat dalam menguasai ekonomi yg tak tentu halal haramnya utk menyara hidup hidup puak2 kamu tetapi juga kamu juga dijanjikan jaln pintas ke syurga melalui konsep penyucian dosa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan geng pkr dok serang PAS......tak tahu ke amerika, israel, republik congo, vanutu, korea utara semua dok serang PAS.


      6ang dok sok9ng PAS hanya 7MNO.MCA, MIC, GERAKAN, PBS, PBRS dan laij g3ng kapir dalam BN.....adusss....otak selipar jepun terpijak taik lembu camni pun ade dok sokong PAS.......

      Delete
  10. Bru nmpak tembelang haji hadi yg sebenar..selama ni berlindung d sebalik arwah tgfn & arwah tgna...rindu Pas waktu2 tgfn & tgna...selagi haji hadi yg jd preseden....PAs bole blah la...

    ReplyDelete
  11. Style hj hadi..bila dah dekat nk mngundi...mesti dia pusing blik fakta..menyebelahi umno.
    Tungu pru14...kalo maseh hj hadi presideng...jgn mimpi PR @ PAs nk menang.
    Yg bole rakyat pandang PAs...bila mula kes dsai...gerakan yg dbwah arwah tgfn
    Nak harap hj hadi...yg dia tau ialah..sya tak tau pun..tungulah..pil kuda.

    ReplyDelete
  12. Masih ramai orang-orang PR yang termakan dakyah umno-bn melalui cybertroopers mereka ... cuba perhati betul-betul: pertama - siapa yang sebenarnya bercakap; kedua - siapa yang menulis apa yang telah dicakapkan; ketiga - siapa yang mengulas dan memberi komen serta pendapat; dan keempat: siapa yang termakan dan telan apa yang telah ditulis; ...... adakah yang bercakap itu yang menulis, mengulas dan memberi komen...??? orang lain .... siapa orang lain itu ......????????????????

    ReplyDelete
  13. Anom 11:46,
    Kamu rindu waktu TGFN dan TGNA? Kamu tahu kenapa waktu TGFN dulu kuat dan bersemangat? Kamu kena tengok siapa pembantu TGFN masa tu. Timbalan Presiden masa tu adalah TGHA yang bekerja keras mempertahankan Presiden dan parti. TGHA adalah timbalan presiden yang terbaik masa tu. Tapi bila TGHA jadi presiden, timbalan presiden adalah Mat Sabu. Hampehhhh....Mat Sabu bukan jadi pembantu TGHA tapi Mat Sabu lebih berminat membantu LKS dan LGE. Pasal itulah kekuatan PAS sekarang hanya pada TGHA seorang.

    Mujahid dan Suhaizan tengah bermain drama sekarang ni, mengapa baru sekarang nak tegur DAP? Begitu lama DAP menghina dan mencaci TGHA baru sekarang nak muncul mempertahankan parti. Almaklum lah muktamar dah dekat harap-harap akar umbi termakan jugak dengan lakonan ni.

    Lepas "PIT STOP" nanti tiada lagi kelasi-kelasi yang mabuk. Semoga Bahtera PAS akan belayar dengan tenang tanpa ada kerosakan. Insha-Allah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa