'Kalaulah saya jadi Najib'
mk Hari ini, 3:32 petang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah individu paling layak untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamed bagi menjawab skandal 1MDB dan bukan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata presiden Umno itu perlu mengambil peluang tersebut bagi membuktikan dirinya tidak bersalah dalam dakwaan skandal berkaitan.
"Kalau saya berada di tempat Najib, sayalah yang akan berdebat dengan Tun Mahathir bukan Nazri,” kata Salahuddin dalam sidang media di ibu pejabat AMANAH, di ibu negara hari ini.
"Kerana kalau dia menganggap isu 1MDB ini tidak bagi masalah kepada Najib, negara, tak menjadi satu isu yang menghantui Umno-BN, sepatutnya Najiblah yang berdepan dengan Tun Mahathir, bukan Nazri.”
Salahuddin berkata demikian ketika mengulas debat antara Mahathir dan Nazri pada 25 Mac depan di Kuala Kangsar, Perak.
Ia akan menyentuh isu 1MDB, kemasukan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib dan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF), yang berlaku ketika Mahathir sebagai perdana menteri keempat.
Nazri jantan, kata Salahuddin
Salahuddin bagaimanapun memuji sifat "jantan" Nazri yang dilihat begitu berani menyahut cabaran Mahathir itu.
"Dalam banyak-banyak menteri Umno, Nazri yang bersifat jantan bagi saya.
“Yang betul-betul berani untuk bersemuka, dulu pun dia pernah berdebat dengan saya pada 2003 berhubung (isu) sekolah agama rakyat," kata Salahuddin.
Kata Salahuddin, beliau juga kesal dengan sikap pemimpin Umno yang enggan mendukung perdebatan itu, khususnya Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
“Contohnya Salleh Said Keruak, dia sendiri sebagai menteri penerangan tidak sokong debat itu.
"Sepatutnya RTM boleh mempelopori siaran langsung untuk lebih 13 juta rakyat Malaysia menyaksikan perdebatan itu kerana ia isu 1MDB," kata Salahuddin.
Cadangan debat itu bermula selepas cabar mencabar Nazri dan Mahathir untuk bertembung dalam pilihan raya umum akan datang.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa