Hadi kurang karisma punca Pas tiada pendirian
WARTAWAN SINAR HARIAN - 24 MAC 2017
Mahathir (empat, kiri) bersama pimpinan Pakatan Harapan Kedah. Mahathir (empat, kiri) bersama pimpinan Pakatan Harapan Kedah.
ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa kurang berkarisma menyebabkan parti itu tidak tetap pendirian.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pas bawah pimpinan Abdul Hadi amat berbeza berbanding ketika era pentadbiran Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya lihat begitulah, Abdul Hadi kurang karisma berbanding dua tokoh Pas itu. Macam-macam tuduhan dibuat terhadapnya yang tidak dapat dijawab olehnya,” katanya.
Menurutnya, Pas didakwa masih keliru tentang pendirian parti itu, seolah-olah tiada koordinasi dalam Pas.
“Kadang-kadang nampak Pas mahu bersama kita, kadang tidak. Apabila kita mahu adakan mesyuarat, katanya bukan dia yang minta,” katanya.
Mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang tidak menolak kemungkinan beberapa tindakan dan keputusan oleh Mahathir antara punca kerjasama Pas-Bersatu putus, katanya, itu sekadar alasan.
“Pas yang suka hentam, saya tak kisah. Yang memburukkan keadaan adalah Pas, memang lah dia tak nampak (perbuatan) dia sebab tak tengok cermin,” katanya.
Mahathir berkata, parti pembangkang kini menerima sokongan rakyat terutama selepas menjadi gabungan lebih besar, selepas penyertaan Bersatu.
“Namun kami sedia terima parti lain jika mereka ingin sertai gabungan ini, kerana parti lawan tidak pernah menang PRU dan menjadi kerajaan disebabkan tiada kerjasama yang rapat,” katanya.
Menurutnya, prestasi parti pembangkang semakin menyerlah selepas pakatan ini bergabung untuk mencapai matlamat yang sama.
“Setiap parti miliki perjuangan namun satu matlamat mahu tubuhkan kerajaan baharu. Saya yakin boleh capai kerana persefahaman kini lebih erat, malah kami bersetuju hanya letak satu calon berlawan dengan BN,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa