Ahli Politik Bergelar Datuk Didakwa Kes Dadah
Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 5:42 PM
MELAKA: Seorang ahli politik di Johor yang bergelar Datuk didakwa atas pertuduhan dadah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh di sini.
Tertuduh, Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir, 57, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Bakri, Muar bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberikan dadah jenis methamphetamine kepada diri sendiri kira-kira pukul 6 petang di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, 1 Ogos 2016.
Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tertuduh juga boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1)(b) dibaca bersama Seksyen 38B akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan selama tidak lebih daripada tiga tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban, manakala tertuduh diwakili peguam, Salmi Hamdan Sabran.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. - sumber
Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 5:42 PM
Gambar dari NST

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa