Galah kita cukup untuk kait - Mohamad Sabu
26 Mac 2017 | ARIF ATAN
Mohamad Sabu sepentas dengan pimpinan Bersatu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program di Lubuk Merbau, Padang Terap kelmarin
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan gabungan kesepakatan politik antara keempat-empat parti pembangkang berupaya untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
Menggunakan galah sebagai perlambangan, beliau berpendapat tindakan untuk mana-mana parti secara bersendirian menentang rejim kleptorat atau perompak itu adalah tidak berhasil.
"Galah kita ada tapi tidak cukup. Galah merah DAP, dia jolok tak sampai. Bolehlah jatuh (menang) di Tanjong, Bukit Mertajam, Jelutong - di tempat DAP boleh menang.
"Tambah dengan galah biru muda (PKR). Tak sampai nak kait buah kelapa. Bolehlah jatuh beberapa kawasan lagi - Sungai Petani, Alor Setar, Merbok (tapi) terlepas balik, Kuala Kedah.
"Datang galah warna oren (Amanah), tak cukup juga. Kita nak lompat tak sampai. Ada dua kaki lagi untuk sampai.
"Tiba-tiba datang parti Bersatu. Kali ini galah kita cukup untuk kait buah kelapa yang cukup indah itu," ujarnya sambil berseloroh dalam ceramah di Felda Lubuk Merbau Padang Terap, Kedah kelmarin.
Walau bagaimanapun, beliau menyifatkan Pas pada masa ini sudah tidak relevan dalam usaha menumbangkan kerajaan Umno-BN ekoran kepimpinannya yang semakin mesra dengan parti pemerintah itu.
"Ada galah lain warna hijau. Galah tu reput," sindir bekas Timbalan Presiden Pas yang mesra dipanggil Mat Sabu itu dalam majlis Malam Semarak Kasih Felda yang turut dihadiri Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir.
Sehubungan itu, beliau menganggap kerjasama politik antara Bersatu, PKR, Amanah dan DAP sekaligus dapat menangkis penipuan Umno-BN yang menakutkan rakyat selama ini jika pembangkang menguasai Putrajaya.
"Bagi saya, galah itu cukup dan saya yakin tohmahan kononnya DAP ambil alih Malaysia, Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri kalau kita menang adalah bohong.
"Propaganda kalau BN jatuh, DAP perintah sekarang sudah tidak laku di Malaysia," tegasnya yang tampil berkopiah putih.
Hal tersebut diperkukuhkan lagi, jelasnya, dengan peranan Tun Mahathir yang sebelum ini dikenali sebagai ultra Melayu serta sambutan orang ramai terhadap kemunculan Bersatu.
Berhijrahlah
Sehubungan itu, Mat Sabu mengajak baki ahli dan penyokong Pas untuk menyertai Amanah bagi membolehkan hasrat rakyat melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tercapai.
"Yang kopiah putih berhijrahlah kamu bersama Abang Mat," serunya dalam majlis yang juga dihadiri Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar dan Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, Mazlan Aliman itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pelbagai usaha bagi mengembalikan hak dan keadilan kepada peneroka Felda seperti disebut Mazlan dalam slot ceramahnya sebelum itu tidak akan berhasil selagi rakyat masih belum menjatuhkan Umno-BN.
"Kita yakin seperti Mazlan sebutkan, apa yang beliau cakap tidak boleh buat. Hanya boleh buat jika berlaku perubahan pemerintahan.
"Kalau Pakatan naik dan berlaku penyelewengan, tuan-tuan boleh tukar kerajaan bila tuan-tuan mahu pada waktu itu.
"Ini berlaku di lain negara di Australia, Indonesia. Tukar parti, perdana menteri perkara biasa. Negara terus maju.
"Negara lain tukar kerajaan itu biasa. Kita? Parti tak mahu tukar, Perdana Menteri tak mahu berhenti, negara terus mundur.
"Saya yakin penuh dengan gabungan PKR, Bersatu, Amanah dan DAP - BN akan tertunduk dan Najib-BN akan undur ke belakang," tegas Mat Sabu lagi dengan aksi spontannya yang turut berundur dari rostrum diikuti tepukan gemuruh dan ketawa hadirin yang majoritinya berbaju merah dan berlogokan parti Bersatu.
Orang ramai memenuhi khemah dan kawasan sekitar untuk mendengar ceramah pimpinan Pakatan Harapan
Kaitan: Abah tidak halang saya sertai Amanah, kata anak Adun Pas Kedah

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa