Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 30, 2017

"Dikencing" lagi: Setelah bergaduh dengan semua orang, ke mana PAS selepas ini?

Thursday, 30 March 2017
PAS "DIKENCING" LAGI, MAKA BUATLAH PULA PERHIMPUNAN BAJU HITAM TANDA SEDIH DAN DUKA LARA

Akhirnya Pas basah lenjun kena "kencing" dengan UMNO dan BN apabila Najib Razak sendiri mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul Akta 355 di Parlimen kerana ketiadaan konsensus sesama mereka.

Berikutan itu, kata Najib, usul tersebut akan kekal sebagai usul persendirian yang akan dibentangkan sendiri oleh Hadi Awang dan terserah kepada Speaker untuk mempertimbangkan atau memberi ruang kepada pembentangannya.

Setelah dua kali Hadi menangguhkan pembentangannya sebelum ini, besar kemungkinan usul itu kini langsung tidak diberi ruang oleh Speaker untuk dibentangkan kerana ia seolah-olah tidak lagi mendapat sokongan daripada kerajaan. Ketiadaan masa dan memberi keutamaan kepada usul kerajaan tentulah akan dijadikan alasan.
Malah, jika pun ia diberi ruang untuk dibentangkan, ia tentu mustahil untuk diluluskan. Jika dalam mesyuarat BN pun, Najib gagal meyakinkan parti-parti komponen untuk memberi sokongan secara konsensus, sedangkan ia hanya melibatkan kepentingan Islam, sudah pasti Ahli-Ahli Parlimen UMNO juga tidak berani memberikan undi mereka kepada usul Pas tersebut kiranya ia diberi ruang untuk dibentangkan.

Akhirnya, Akta 355 mencipta sejarah sebagai satu-satunya usul yang hanya dapat dibentangkan di Padang Merbok, bukan di Parlimen.

Najib dan UMNO kini ternyata lebih sayangkan kawan lama berbanding Pas sebagai "kawan baharu"  mereka yang kononnya sangat diperlukan untuk sama-sama menegakkan hukum Islam.

Ternyata juga, janji Najib dan Zahid Hamidi yang mengatakan kerajaan akan mengambil alih dan membentangkan sendiri usul Akta 355 sebagai tanda komited kerajaan untuk memperkukuh perundangan Islam dengan kerjasama "rakan baharu" dan bersedia dengan kehilangan segelintir kawan lama, tidak ubah seperti janji bulan madu pasangan yang sedang asyik bercanda di taman bunga.

Begitu juga dengan ungkapan manis Jamil Khir yang hadir dalam Perhimpunan Ungu di Padang Merbok dan sebelum  itu membawa dua Ahli Palimen Pas minum teh tarik di London untuk memberi penerangan berkaitan Akta 355, tidak lebih seperti program jalan-jalan cari makan saja layaknya.
Telahan banyak pihak bahawa usul Akta 355 hanyalah sebagai permainan UMNO untuk memerangkap Pas supaya mendekatkan diri dengan mereka dan dalam masa yang sama untuk memecah-belahkan pembangkang, terbukti benar 100 peratus. 

Jika benar Najib dan UMNO mahu mempertingkat syiar Islam melalui usaha memperkasa Mahkamah Syariah, mereka sepatutnya boleh membawa dan mencadangkannya sendiri ke Parlimen tanpa meminta Pas mengusulkannya melalui usul persendirian. 

Sebagai kerajaan, seperti mana semua pindaan rang undang-undang yang lain, ia adalah tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakannya, bukan melalui usul oleh pihak ketiga.

Tetapi, oleh kerana niatnya tidak ikhlas iaitu untuk memerangkap Pas dan menunjukkan Najib seolah-olah cintakan Islam di sebalik skandal 1MDB, dana RM2,600 juta yang diterimanya, hubungan dengan Jho Low, kekayaan mengejut anak tirinya, Riza Aziz serta pembaziran Rosmah Mansor, maka digunakanlah Akta 355 itu sebagai alatnya.

Pas seharusnya sedar bahawa kerajaan yang ada sekarang lebih dikenali di seluruh dunia sebagai kerajaan kleptokrasi yang sarat dengan skandal yang memalukan. Maka, mana mungkin, malah amat menghairankan,  jika ia tiba-tiba tampil seolah-olah begitu cintakan agama dan Tuhan.

Sekarang, dengan kerajaan sendiri menolak untuk mengambil alih usul tersebut, Pas bukan saja "dikencing" dan dimalukan, bahkan ramai pemimpinnya juga terpaksa menanggung dosa kering di sisi Tuhan. 

Disebabkan ghairah dengan percaya dengan janji manis UMNO berhubung Akta 355, bukan sedikit yang dituduh oleh Pas sebagai anti Islam, munafik, jahil, layak dikebumi di jirat Cina dan ada mufti turut mahu disekeh kepalanya.
Kini Tuhan sendiri menunjukkan siapa yang anti Islam dan siapa yang tidak sanggup meninggi serta memuliakan hukum Islam sedangkan kuasa sedang berada di tangan mereka. 

Hanya kerana tekanan parti-parti bukan Islam, walhal sebelum ini berdegar-degar bercakap pindaan Akta 355 hanya berkait dengan orang Islam dan tidak melibatkan sama-sekali bukan Islam, Najib dan UMNO terkulai dek kepuraan-puraan sendiri.

Pas tentunya sedang berduka lara dengan keputusan kerajaan itu. Punahlah harapan mereka untuk terus gebang di sana sini tentang Akta 355. Tetapi ia jelas menggambarkan ketidakcerdikan, tidak bijaksana dan gagalnya Pas yang diterajui oleh Hadi.

Oleh itu, jika sebelum ini Pas mengadakan Perhimpunan Ungu di Padang Merbok untuk mengajak rakyat menyokong Akta 355, mereka kini bolehlah mengadakan Perhimpunan Baju Hitam pula sebagai tanda protes, sedih dan duka lara kerana dipermainkan dan "dikencing" oleh Najib dan UMNO. (ShahbudinHusin 30/03/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 06:05 

1 comment:

  1. Padan Muka kat UlarMak UlarMak yang Bongkak.maka Terserabai lah Serban 5 kg kebawah.lepas ni menjadi jadi lah memaki hamun DAP dan AMANAH sebab tidak menyokong.hee Malunye Depaaa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa