Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 22, 2017

Perkara yang aku terlepas pandang: Cerita sekotak tisu 2015 - ada juga yang masih ingat

SEKOTAK TISU BUAT HANIPA MAIDEN DARI NIK ABDUH 2015

Nostalgia Nik Abduh bingkas memberikan sekotak tisu buat Hanipa Maiden sebagai sindiran mengejek kononnya turut bersimpati ketika beliau sebak hingga menitiskan air mata semasa menyampaikan ucapan Muktamar 2015 kembali tersorot.

Hanipa ketika itu Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika bercerita mengenai seorang petugas PAS, Syed Mohamad Syed Hasan yang sudah meninggal dunia.

Dunia bisa berputar. Ejekan Nik Abduh yang di sambut dengan laungan takbir oleh para perwakilan ketika itu kini bertukar menjadi mimpi ngeri 2017 apabila Nik Abduh di tolak perwakilan Kawasan Pengkalan Chepa dengan undi tercorot hanya 37 (15%) berbanding Dr Izani yang mendapat 207 (85%) jauh meninggalkan beliau.

Paling jelas gaya penampilan Nik Abduh di persada politik tanah air langsung tidak di senangi oleh para pendokong Pas. Maka tidak hairanlah beliau di tolak menyungkur begitu rupa meskipun menggalas harapan sebagai penyambung legasi Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Pendokong Pas tidak senang dengan watak Nik Abduh pada ketika ini yang dilihat amat mesra Umno di samping tegar menghentam pakatan pembangkang. Jika sekiranya Nik Abduh gagal untuk mencari platform di halamannya sendiri ini membawa maksud kerjaya politiknya bakal berakhir.

Tidak selamanya faktor anak Tok Guru akan menaungi perjalanan politik kamu. Masyarakat kini lebih terbuka dan bijak menilai hala tuju politik seorang berasaskan dunia tanpa sempadan (internet) yang mana maklumat cepat di proses. Jangan anda sangka segalanya terbentang luas di hadapan.

Kami rakyat Kelantan juga ada cita rasa. Pemimpin sampah yang enggan mempedulikan rakyat wajib di tolak. Rakyat ada mata melihat, ada telinga untuk mendengar dan ada otak untuk berfikir tentang pemimpin.

~#Anak_Klate
PENGKALAN CHEPA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa