Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 28, 2017

'ibrah & perjuangan: Iman yang tak diwarisi

[ 'ibrah & perjuangan ]
Iman yang tak diwarisi
Satu ketika kita bangga Tok Guru jadi rujukan artists, sampai yg nak pulang ke pangkal jalan pun jumpa Tok Guru utk mohon nasihat.
Satu ketika kita bangga Tok Guru jadi rujukan bukan Islam, sampai yg nak kenal Islam pun panggil Tok Guru bertanya tentang agama.
Satu ketika kita bangga Tok Guru jadi rujukan ummah. Sampai Mufti Umno pun gerun nama Tok Guru.
Satu ketika kita semua berbangga Tok Guru itu hak semua. Sampai anak sulung laki Tok Guru itu sebut, kami berasa jauh dgn ayah kami itu, sebab Tok Guru utamakan kerja dakwahnya lebih dari kami anak-anak, sampai "Tok Guru tatang Pakatan Rakyat lebih dari keluarga sendiri". Anak-anak redho sebab kami tahu dia bukan hak kami dlm keluarga semata.
Sebab Tok Guru itu hak ummah!
Dialah murabbi Ummah!
Tapi itu dulu,
Dunia politik bertukar pantas....
1. Dua tahun Tok Guru tinggalkan ummah. Tak disangka perginya Tok Guru turut membawa jauh politik dakwah yg diasaskan itu.
2. Perjuangan itu dirobohkan oleh Presiden mereka bersama chai nya yg dipilih. Dirobohkan hanya tatkala Umno hulurkan tangan demi jejak perangkap hudud..., kononnya.
3. Hari itu, tak disangka ironi seorang si anak Tok Guru yg seorang lagi yg baru rasa naiki politik kata, dia tak kisah pun party itu terus ditipu Umno.
4. Hari lain, si anak sama berkata pemikiran Tok Guru itu sudah ketinggalan, sudah lama, sudah tak sesuai dteruskan party berlabel Islam itu. Katanya pengganti Tok Guru lebih benar acuannya.
5. Dan hari ini, si anak sama yg hidung mesra dicucuk Umno itu berkata Tok Guru itu hak dia dan hak keluarga nikmatullah itu sahaja.
6. Mungkin bakal dipattern nya nama Tok Guru itu hak tertentu mereka. Tok Guru itu bukan lagi hak ummah!
Ya. Kita tak sangka...
Kita sedang terus saksikan kejahilan dan bebalnya manusia atas kaffarah yg terus berlengkar dlm kepala si anak tanpa pedoman Tok Guru itu.
Benar.
Selain diraikan, kata itu disambut riang oleh penyokong yg sungguh ta'asub ketuanya sekarang..., Umno lah paling bangga akan perangkap yg terus-menerus mengenai mangsa itu.
Sebab politik mereka dah ditukar. Bukan lagi sandarannya dakwah bawaan Tok Guru. Tapi pilihannya adalah kebencian dan 'asobiyyah.
Kita terpaksa akui.
Iman itu bukanlah lagi utk diwariskan walau oleh lebai mana sekalipun.
W'alam....

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa