Sunday, 19 March 2017
KENAPALAH MCA TAK FAHAM2 LAGI?
MCA hari ini mengingatkan UMNO bahawa tindakannya secara sepihak berhubung hasrat meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355, hanya akan mengundang padah.
Ketua Biro Keharmonian Agama MCA, Ti Lian Ker berkata, pihaknya memang tidak akan membuat spekulasi berhubung usul berkenaan sehingga mendapat maklumat lanjut mengenainya, selain mengingatkan UMNO bahawa tindakan sepihak bakal mengundang padah.
Kata Ti, sebarang perbezaan pandangan mesti ditangani mengikut semangat kesepakatan BN, kecuali jika ada pihak atau UMNO tidak lagi berpegang kepadanya.
Jika begitu keadaannya, ia hanya akan mengundang bencana kepada keharmonian negara, ujarnya lagi.
Ti berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid Hamidi pada 17 Mac lalu yang menyebut kerajaan telah memutuskan untuk mengambil alih pembentangan pindaan kepada Akta 355 dan ia akan dilakukan dalam sidang Parlimen kali ini.
MCA bersama MIC, Gerakan dan parti komponen BN di Sarawak adalah antara yang lantang dan terbuka menentang pindaan Akta 355 itu, sambil menyifatkannya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta melihatnya sebagai laluan awal kepada perlaksanaan undang-undang hudud.
Menyokong atau membantah Akta 355 adalah hak sesiapa saja, termasuk juga MCA. Jika kerajaan meneruskan juga pembentangannya, MCA sebenarnya tidak perlu sangat mengingatkan UMNO tentang padah yang bakal menimpa kepada BN atau negara, sebaliknya apa yang penting bagi parti itu ialah kotakan saja janji pemimpinnya mahu meletakkan jawatan sebagai menteri yang pernah dilafazkan sebelum ini.
Tidak perlu sama-sekali bagi MCA mengingatkan UMNO tentang padah, tentang semangat kesepakatan BN atau apa saja kerana UMNO kini sudah pun ada "kawan baharu" bersama mereka.
Cuba ingat kembali kata-kata Zahid, "Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang-orang Melayu, biarlah kita kehilangan segelintir 'kawan' kita tapi kita akan dapat 'kawan baharu' yang kumpulannya lebih besar akan bersama-sama kita.
"'Kawan baharu' kita ini mungkin dulu musuh politik kita tapi mereka telah faham untuk sama-sama tangani masalah bersama (berkaitan agama Islam) dengan tidak mengenepikan agama lain."
Jelas dan nyata bahawa demi 'kawan baharu' yang kumpulannya lebih besar, UMNO tidak peduli pun hilang kawan lama yang sedia ada, lebih-lebih lagi seperti MCA yang semakin mengecil dan ditolak oleh kaum Cina sendiri.
Berdasarkan lafaz kata Zahid itu, apakah terlalu sukar untuk MCA memahami apakah pendirian UMNO serta tinggal berapa sen nilai mereka sekarang ini?(ShahbudinHusin 19/03/2017).
Posted by Shahbudin Husin at 23:45

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa