Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 21, 2017

Antara sebab mengapa PH tidak dapat menerima PAS

ZAID: BAIK DR M, MAHUPUN ANWAR TAK BERKUASA PENUH
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menolak kemungkinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa mutlak dalam pakatan pembangkang.

Ini, katanya, adalah kerana tidak ada individu yang boleh menentukan segala-galanya dalam gabungan itu.

“Tiada siapa, termasuk Mahathir boleh berkuasa mutlak. Tidak juga (bekas ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar (Ibrahim),” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Zaid, ini juga adalah antara sebab mengapa Pakatan Harapan tidak dapat menerima PAS dalam gabungan itu kerana parti itu mempunyai idea berbeza berhubung perkongsian.

“Mereka mahu menentukan segala-galanya, bagi mereka ia hanya mengenai Islam.

“Kini, tanpa PAS, adalah lebih mudah untuk mencapai kata sepakat atau konsensus,” kata bekas ahli Umno dan PKR itu yang menyertai DAP bulan lalu.

Sambil menegaskan kesepakatan akan memastikan pembangkang berdaya maju, Zaid mengulangi bahawa tidak ada mana-mana individu, termasuk Mahathir, boleh melakukan sesuka hati mereka.

Minggu lalu, Mahathir mengumumkan rancangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyertai Pakatan Harapan, tetapi mencadangkan bahawa gabungan itu menukar namanya.

Pengerusi BERSATU juga mencadangkan pembentukan sebuah logo dan simbol sama serta manifesto pilihan raya.

Semalam, Majlis Presiden Harapan menerima BERSATU sebagai anggotanya dan bersetuju untuk mendaftarkan gabungan pembangkang itu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tidak lama selepas pengumuman Mahathir, sebuah portal yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa bekas perdana menteri itu cuba untuk merampas HARAPAN.

Walau bagaimanapun, Zaid tidak bersetuju, sebaliknya, katanya, beliau yakin cadangan Mahathir akan membantu meningkatkan peluang pakatan pembangkang.

“Saya tidak boleh bercakap bagi pihak parti-parti lain tetapi secara peribadi, ia adalah idea yang baik.

“Ini kerana idea bertanding menentang BN di bawah satu nama adalah penting, ia menunjukkan perpaduan (dan) komitmen.

“Masalahnya, nama itu perlu didaftarkan dan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya. – sumber

MESTI BACA: Sanusi: Tun Mahathir cuba tegur tapi seperti mencurah air di daun keladi

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa