Alasan Rahman Dahlan 'memalukan', kata Guan Eng
Susan Loone 26 Mac 2017, 3:20 petang
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menempelak dakwaan yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai alasannya berhubung pembatalan debat antara mereka.
Lim mengingatkan bahawa beliau menyahut cabaran berdebat mengenai isu Taman Manggis, namun Abdul Rahman menarik diri dengan alasan mendengar nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Abdul Rahman mendakwa nasihat tersebut terbukti betul, kerana saya didakwa rasuah berhubung isu itu.
"Saya tidak pernah didakwa kerana rasuah yang berkaitan dengan Taman Manggis, jadi ia adalah satu pembohongan," katanya kepada Malaysiakini.
"Dan untuk mengatakan Ketua Polis Negara membatalkan debat itu untuk membantu saya, itu benar-benar tidak masuk akal," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.
Lim berkata demikian mengulas kenyataan bekas menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu baru-baru ini mengenai alasan terbatalnya debat antara kedua-dua pemimpin itu sebelum ini.
Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, arahan ketua polis negara agar debat antara beliau dengan Lim dibatalkan kerana kes melibatkan ketua menteri Pulau Pinang itu masih dalam siasatan.
Ia berbeza, kata Abdul Rahman, dengan pembatalan debat antara Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz.
"Apabila ketua polis negara meminta saya batalkan debat itu, pada tahap tertentu ia bagi melindungi Lim. Ini kerana terdapat siasatan yang dijalankan pada masa dakwaan rasuah dibuat terhadap Lim.
"Sekiranya debat itu diadakan, ia akan membuka peluang atau menyebabkan Lim ketika perdebatan itu dituduh sedangkan siasatan masih dilakukan," kata Abdul Rahman.
* Kalau rasa diri tak mampu dan bodoh, janganlah suka-suka mencabar orang!<

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa