Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 22, 2017

Dr. MAZA bidas Raja Bomoh dan Siti Kassim

'Wanita' itu dangkal mindanya, bidas Mufti Perlis
mk     Hari ini, 12:45 tengahari
Mufti Perlis hari ini meneruskan kritikannya terhadap seorang bomoh sambil turut menempelak seorang wanita yang disifatkan sebagai mempunyai keupayaan akal yang dangkal.

Datuk Dr Asri Zainul Abidin pernah menyasarkan kritikan kepada 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin sebelum ini manakala wanita yang dimaksudkan beliau dipercayai adalah peguam yang juga aktivis liberal, Siti Kassim.


"Dukacita apabila media mengutip berita 'bomoh' yang penuh khurafat dan memalukan masyarakat bertamadun, dan seorang wanita dangkal minda yang entah apa latarnya.

"Seorang membuat 'kerja' yang melambang masalah akal yang serius. Seorang pula membuat kenyataan tentang agama, tuhan dan pelbagai lagi yang juga melambangkan kedangkalan pengetahuan dan ketandusan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan," katanya dalam catatan di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Asri mengkritik keras aksi terbaru Ibrahim yang 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing, hususnya Korea Utara dengan menyifatkannya sebagai khurafat dan memalukan akal.

“Padahal perbuatannya itu merupakan kebodohan yang tiada bertebing,” katanya.

Di tengah-tengah ketegangan hubungan Malaysia-Korea Utara, Ibrahim mengadakan upacara untuk “melindungi” Malaysia di tepi pantai dengan beliau dan pengikutnya menggunakan buluh kecil yang dijadikan teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh untuk upacara itu.

Siti Kassim pula dipetik beberapa media sebagai berkata, tuhan dihasilkan menerusi getaran selain membantah secara konsisten pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Mengulas lanjut, Asri yang popular dengan gelaran Dr Maza menambah, kedua-dua individu tersebut telah menarik perhatian pihak media di negara ini dan membuang masa pembaca.

"Kedua-duanya telah dijadikan bahan berita yang menghabiskan masa masyarakat mengetahui dan membacanya," jelasnya.

1 comment:

  1. BANI MELAYU

    SAYA ADA SATU NUKILAN YANG RELEVAN UNTUK
    TATAPAN ANDA -

    BACA DI
    tokmans.blogspot.com

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa