Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 27, 2017

Kenapa TUC tinggalkan PAS?

KENAPA TUC TINGGALKAN PAS DAN SERTAI AMANAH?

Kenapa TUC tinggalkan PAS

Tok sebenaqnya sgt sygkan pas malah sebelum ni tok pernah jadi walaun yg paling walaun dlm pas,seperti hampa semua sedia maklum tok pernah lakukan peperangan cyber hingga berlaku perpecahan dlm pas.

Waktu tu kepercayaan kepada pimpinan pas yg ada harini tok berikan 100%,alasan waktu tu kenapa perlu singkirkan G18 kerana kononnya depa mengganggu kepimpinan ulama dlm melaksanakan perjuangan membela islam dan rakyat...akibat itu berlakulah kempen utk menyingkirkan depa semua yg akhirnya misi berjaya 99%.

Utk makluman semua,tok tidak diupah oleh mana pimpinan tapi hampir 70% pimpinan yg ada harini terlibat dgn tok,waktu tu tok bentuk hampir 50 group cybertrooper dlm pasukan TUC dan setiap group tok akan letak seorang pimpinan pas dan setiap group tok buat baiah yg mana baiah simpan rahsia dan laknat terhadap pembocor semua perlu baiah termasuk pemimpin yg sertai TUC..istimewanya pimpinan yg sertai TUC pun xtau siapa pimpinan lain yg sertai TUC kerana berada dlm group yg berlainan...semua berikrar tidak membocorkan siapa TUC...jika nak berpandukan baiah itu sebenarnya ramai ahli pas/ctp yg telah terlaknat kerana melanggar...

Cumanya pada tok,pemimpin pas yg berlagak singa pada hari ni sebenarnya hanyalah tikus shj sewaktu berada dlm team TUC dan sebelum muktamar dulu...apakan daya kini dek kerana pas sudah ketiadaan singa rakyat yg disingkirkan,maka terpaksalah tikus berpura menjadi singa...jadinya setiap lagak dan kemampuan pemimpin yg ada hari ni tersingkap dlm diari tok...senyum sajalah.

Selesai muktamar tok meletakkan senjata setelah 99% kemenangan memihak kepada pro ULAMA,tok antara yg sgt gembira waktu tu kerana misi telah bjaya dan jemaah telah bersih sepenuhnya dgn harapan kepimpinan yg baru dpt menggandakan lg legasi pas dlm memperjuangkan nasib rakyat dan islam,namun segalanya hambar,hari demi hari perjuangan pas semakin jauh drpd agenda membela rakyat malah lebih mesra kepada umno ekoran dendamnya sang presiden terhadap rakan2 parti pembangkang yg lain..

Kini pas bukanlah lg parti yg rakyat boleh meletakkan harapan utk membela rakyat,perjuangan pas hanyalah lebih kepada retorik keegoan yg akhirnya akan memusnahkan harapan rakyat,malah pimpinan yg ada harini tiada seorang pun yg berjiwa membela rakyat.

Pas parti islam,sepatutnya dakwahnya kepada menyelamatkan ummah,bukannya kearah sebagai penghukum bila berbeza pandangan..tapi budaya taksub sudah menebal,apa saja yg keluar dari mulut pimpinan akan dihalalkan walaupun sebaliknya,seolah2 keputusan pimpinan 100% benar,malah peranan majlis syura juga tiada fungsinya skrg.

Kenapa Tok sertai Amanah?

Jika difikirkan berdasarkan logik mmg sgt sukar diterima akal tok sertai amanah kerana kesemua pimpinan amanah adalah bekas musuh tok dan tersingkirnya depa juga angkara kerja buat tok..pelik kan? Tapi itulah yg dikatakan hidayah itu milik Allah bg yg mahu berfikir...

Tok sebenaqnya tak boleh lari dari bayangan parti AMANAH kerana jika disingkap sejarah tertubuhnya AMANAH,antara sebab musababnya,pasti akan ada terkait sedikit dgn nama TUC yg menjadi puncanya,tidak dpt dinafikan...

Antara faktor lain tok sertai AMANAH kerana faktor kepimpinannya yg 100% berlatar belakangkan pembela rakyat..

Akhirnya tok mengambil keputusan menyertai parti AMANAH semalam dlm program penerangan isu semasa oleh Mejar Zaidi di pejabat Amanah Ulu Langat..

Lantaran penyertaan tok itu,telah menjadi sedikit ketengangan sesama ahli2 amanah dan juga pimpinan kerana ada yg pro dan ada yg kontra,ada yg setuju dan ada yg sgt x setuju...itu sebenarnya satu perkembangan yg positif dlm AMANAH kerana depa tidak walak membuta tuli keputusan pimpinan,bila hal itu terjadi,pimpinan tidak lgsg menghukum depa,ianya sgt berbeza dgn pas,jika perkara itu berlaku dlm pas,sudah pasti yg menentang pimpinan akan dihukum tidak wala dan pelbagai lg nista hukum dihamburkan...maknanya AMANAH bebas dari Sindrom itu dan berbeza..

Tok faham kepada ramai yg kontra/menentang penyertaan tok kedalam AMANAH kerana depa kuathir tok akan bawa kerosakan dlm AMANAH,bimbang tok kucar kacirkan AMANAH dari dlm..itu sebenarnya tanda depa sygkan AMANAH... AMANAH beruntung mempunyai ahli sebegitu sbb depa betul2 berjiwa pejuang manakala ahli yg pro,menerima tok pula adalah mereka yg berpandangan kehadapan,iaitu manfaatkan bekas musuh dan memilih pendekatan lembut dan terbuka,golongan itu pasti akan berjaya menarik lebih ramai rakyat utk menyertai AMANAH dari masa ke semasa...tahniah kelembutan adalah pemikat yg sgt berkesan..

Tok meneliti kesemua pandangan dan kerisauan rakan2 dlm parti AMANAH,sebenarnya rakan2 semua usahlah risau kerana penyertaan tok hanya lah sekadar ahli biasa dan tok juga tidak akan memegang sebarang jawatan malah tidak akan terlibat lgsg dlm unit media AMANAH mahupun PH..usah risau perkara itu tidak akan berlaku,jika tok lalukan kerja cyber juga hanya lah secara sukarela dan tiada kaitan dgn parti..penyertaan tok hanyalah untuk memberi undi kepada AMANAH dan PH shj..

Dan akhir sekali tok tlg hentikan serangan terhadap Mejar Zaidi,beliau bukanlah pengatur penyertaan tok kedalam AMANAH,sebaliknya atas faktor kebetulan shj beliau terlibat dlm program itu atas permintaan tok...

Akhir kata apa yg pasti untuk tok dan keluarga kali ini utk AMANAH dan PH,tiada lg utk PAS

Assalamualaikum

Tuc Original
26/3/2017

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa