Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 9, 2017

Hilang lagi: Apa kena dengan negaraku Malaysia ni?

Peter Chong pembantu Ahli Parlimen Subang pula hilang
 
SEBELUM ini heboh dengan cerita dan laporan tentang kehilangan beberapa individu. Kali ini difahamkan pembantu kepada Ahli Parlimen Subang bernama Peter Chong pula dikatakan hilang sejak dua hari lalu.

Keluarga beliau dikatakan telah cuba untuk menghubunginya sejak dua hari lalu namun tidak berjaya. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang di mana Peter Chong berada diminta untuk menghubungi anaknya yang bernama Darryl Chong di nombor telefon 0128500526.
Apa yang menjadi persoalan ialah, sebuah tulisan di facebook miliknya sebelum ini membayangkan seolah-olah memberi petanda bahawa dia memang bakal dihilangkan. 

Dalam tulisan yang bertarikh 31 Mac 2017 itu Peter Chong mendakwa mengalami satu pengalaman pelik pada hari itu, sehingga membuatkan dirinya berasa pelik dan bimbang.

Berikut tulisan tersebut.

"Pengalaman ganjil pagi ini

Saya sedang berjalan untuk bersarapan pagi ke sebuah warung yang selalu saya kunjungi. Seorang pemuda menunggang motosikal menghampiri saya lalu bertanya jika saya tinggal di kawasan tersebut. Saya tanya semula kepadanya kenapa?

Dia kata dia kenal saya dan dia tahu saya nak pergi ke himpunan protes dan nyalaan lilin. Saya tanya dia dari mana? Saya rasa bimbang apabila saya memerhatikan sekeliling tiada sesiapa.

Katanya dia sokong  apa yang saya lakukan, katanya tapi "perlu hati-hati..." sekarang banyak orang tiba-tiba hilang. Mereka semua tahu di mana orang tinggal.

Saya tanya, mereka itu siapa? Dia cuma kata pandai-pandailah, jaga diri dan terus berlalu pergi.

Pelik tak?" tulis Peter Chong melalui akaun facbook miliknya.
Semoga tidak ada sebarang perkara buruk berlaku kepada beliau. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa