Salam buat semua. Saya teringatkan permintaan saudara cyber saya Puan empunya blog melayuangkat untuk saya uploadkan gambar-gambar di permulaan penglibatan Along dan Adik di dalam rekreasi semasa kecil.
Adik 5 tahun dan Along 7 tahun di puncak Gunung Tebu.
Ini adalah pendakian pertama mereka. Bergambar waktu pagi baru
bangun dari tidur.
Di kiri hadapan : Adik, Along.
Di kiri belakang : Musakinah sepupu mereka dan Mamanya.
Along di kiri barisan belakang, saya dan Tuan Saharizam
di Wall Climbing site semasa pertandingan mendaki
semasa umur 15 tahun
Adik dan Along di atas boat ke Taman Negara Kuala Tahan
14 dan 16 tahun
Papa di Gua Lahad, Gunung Stong. Baju putih berdiri Cikgu Nazri
dan duduk Dr. Freeda Woon
Tuan : seronok betul tgk gambar2 tu.teringat masa Pelancaran Rakan Muda kat Cherakah tahun bila.....macam tulah.aktiviti begini jadi aktiviti keluarga.Kalau Alang Sedayu. Hujung minggu ada yg angkut nenek sekali.duduk khemah.masak ( sardin ).unggun api.....sekarang.nostalgia betul....
ReplyDeleteSdr. jinggo,
ReplyDeletePelancaran Rakan Muda tu kalau tak silap tahun 1995.
Semasa itu saya ada di sana. Pada masa itu saya adalah Ketua Kontinjen Negeri Kelantan dan salah seorang yang mengiringi Tun Dr. Mahathir dan Dr. Hasmah di bukit teatre dan selepas itu mengiringi pula beliau berbasikal.
Salam saudaraku Fakharuddin,
ReplyDelete.... anak Papa.. Jiwa pengembara dan peneroka yang penuh cabaran.
Tapi Papanya sexylah.... ha ha.
Salam persaudaraan.
salam uncle..jue tak hilang,cuma sibuk..nak dekat buka sekolah,semua nak disediakan...best gak aktiviti mcm nie..jue memang suka..nnti kalau jue dh berkeluarga,teringin nak pi berkhemah dan buat aktiviti mcm uncle...tak sabar rasanyer.he..he..
ReplyDeletesalaams uncle, seronok kan tengok foto lama..esp tengok anak2 yang masih kecil...rasa begitu cepat masa berlalu dan begitu pantas mereka dewasa...
ReplyDeleteOoohh..dah lama dah aktiviti Rock Climbing tu kat Malaysia.
ReplyDeleteIngatkan baru lagi.
W'salam sdr.ku Mohd. Sofi.
ReplyDeleteOoh, saya baru buka baju nak keringkan peluh, nak pergi mandi. Baru sampailah tu.
W'salam Jue,
ReplyDeleteUncle ingatkan Jue pergi makan angin lagi, kan musim cuti. Uncle pun lepas krismas nak round. Penang, Ipoh, Lumut, KL. Agak seminggu.
Kalau Jue tunggu kahwin baru nak berekriasi, nanti dah dapat anak lagi susah nak bergerak. Kalau suami yang suka outdoor macam azza tu oklah.
W'salam erisya,
ReplyDeleteMemang uncle suka tengok gambar mereka masa kecil. Rasa kalau boleh nak mereka kecil balik, seronok masa tu.
Rasanya baru sangat lagi, tup.. tup.. dah pun meningkat dewasa. Maknanya Papa dan Mamanya sudah tualah!
Tok Rimau,
ReplyDeleteMemang aktiviti Wall climbing ni memang sudah lama. Masa anak-anak saya masih kecil lagi. Cuma bila dah besar sikit baru saya inzinkan mereka memanjat sebab handhold wall ni telah disetkan untuk orang dewasa. Standard setting.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMempunyai hobi yang dikongsi bersama keluarga memang seronok. Tahniah.
Hai, banyak negeri yang nak pergi apasal Melaka tak masukkan dalam senarai? Kalau singgah boleh hubungi saya.
Wsalaikumussalam Demang,
ReplyDeleteSaya sebenarnya tidak pujuk atau apa-apa. Saja budak-budak dan anak saudara nak ikut. Boleh dikatakan semua anak saudara ikut sekiranya mereka cuti.
Dulu memang anak juga terlajak ke Melaka terutama kompleks Belia Ayer Kroh dan Gunung Ledang. Biras dan ipar pun ada di Melaka tetapi mereka sudah pindah ke KL.
Adik beradik saya pun ramai di KL termasuk Ipar dan anak-anak saudara.
Tuan moundtweller,
ReplyDeleteSeronoknyer dapat bawak satu keluarga buat hobi yang sama.nie yang tak sabar nak bekerluarga nie..erkk
Uncle,
ReplyDeleteseronoknya kalau dpt join...
saya sempat berkayak kat laut jer dan mendaki bukit jer..
teringin nak ke gunung ..:)
Sdr. mogen,
ReplyDeleteMemang seronok. Tapi bila anak-anak dah besar, mamanya tidak ikut sebab badan dah tembam. Jadi saya dengan anak-anak jerlah.
ann,
ReplyDeleteKalau ada uncle buat program, bila-bila masa saja ann boleh ikut. ann kan KB juga.
Bab berkayak ni uncle buat juga tapi tidak berapa suka sebab panas. Uncle ada migrane tidak boleh berpanas
assalamualaikum warahmatullahi wb,
ReplyDeletesalam kenal,
zr
Wa alaikumussalam wbt sdr. Zul.
ReplyDeleteTerima kasih di atas kunjungan sdr.