Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 4, 2008

n3 Seseorang Insan Tanpa Nama

Assalamu alaikum saudara dan saudari semua,

Saya telah diperkenalkan link di bawah oleh sdr. T.O.S yang tuan punya blog berkenaan telah mempersoalkan Selawat Syifah dan Salawat Tafrijiah adalah membawa syirik kepada Allah di atas maknanya dan selawat berkenaan juga bukan di ajar oleh Rasulallah bahkan adalah rekaan orang yang terdahulu.

Yang meragukan saya ialah:

Pertama : Kenapa si tuan blog tidak memperkenalkan dirinya, sedangkan blognya dikhaskan untuk menerangkan bab syirik dan menghalangnya dari dilakukan oleh ummah dengan sedaya mungkin. Bagi saya perkara ini adalah besar, sepatutnya beliau bertanggung jawab di atas pandangannya. Perkara-perkara begini adalah berkaitan dengan aqidah yang semangnya teras kepada individu itu Islam atau tidak.

Kedua: Berapa ramai dari kalangan Alim Ulamak sebelum kita yang mengamalkannya telah syirik termasuk Dr. Harun Din Alhafiz. Adakah semua ulamak tersebut tidak tahu atau tidak sedar yang ianya telah melakukan syirik? Adakah seorang Ulamak yang hafiz seperti Dr. Harun Din tidak faham bahasa Alqur'an dan Arab sehingga beliau sendiri mengamalkannya dan mengesyurkan kepada orang lain juga?

Saya mohon saudara-saudari yang lebih tahu supaya pergi ke link di bawah dan sila berikan komen. Saya juga sangat-sangat ingin tahu dan inginkan pandangan dan pendapat anda sekelian. Atau kalau perlu kita rujuk kepada Majlis Agama Islam/Pejabat Mufti.

Wassalam dan terima kasih saya ucapkan kepada semua.


http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html

Alhamdulillah, selepas saya google berkenaan selawat ini saya jumpa jawapannya di link di bawah. Nak tahu lanjut silalah ke situ. Di situ ada penerangan oleh Dr. Harun Din Alhafiz.

http://www.darussyifa.org/PenjelasanSelawatSyifa.php

16 comments:

  1. Pak Din,

    Tertarik juga dengan respons blogger tanpa nama tu.

    Seingat saya, arwah mak memang ajar kami hafal Selawat Syifa. Setakat ini, saya tak rasa ia bertentangan dengan syariah.

    Berhati-hati, dalam dunia tanpa sempadan, ramai yang cuba memperlekehkan ayat suci, sehingga Quran pun cuba dipinda.

    Pada saya, selagi Selawat Syifa digunakan untuk mengEsakan Allah, tiada salahnya.

    Yang mungkin salah ialah apabila selawat itu ditulis dalam kain kuning, dilipat dan diikat di pinggang. Konon untuk jadi kuat dan kebal.. Memang salah lah tu.

    Tapi kalau takat mengamalkannya dengan membaca dan dijadikan zikir, mana pulak syiriknya?

    ReplyDelete
  2. salam malam uncle..
    tkaseh tempek kad raya tu..


    azza dah masuk baca kat blog tu..
    beratnya topik ni..tak tahu nak ckp sb takut tersalah ckp..nak tggu baca komen2 seterusnya..

    ReplyDelete
  3. Salam sdr. Brahim.

    Pada pandangan saya sebagai manusia yang buta arab ni, saya berpendapat hanya selawat yang ditujukan kepada Muhammad dan apa yang disebut sebagai penyembuh dan selagalanya itu ditujukankan kepada Allah subhanahuwa taala.

    Sebab bahasa arab, bila diterjemahkan mungkin akan tidak sama dengan apa yang dimaksudkan sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. azza,

    Sepatutnya unclelah yang berterima kasih kerana hadiah dari azza. Uncle terima dengan besar hati.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Saudara,

    Dia orang dan kuncu kuncu memang macam tu. Kalau tak nak hafal sudahlah, kata pulak syirik. Semua tak boleh, itu lah modal mereka.

    Kalau nak diperjelaskan pada mereka secara detail atau terperinci satu satu pun tentu mereka tak terima, pening mereka.

    Satu lagi kerja mereka mereka ini ialah menjatuhkan HUKUM.

    ReplyDelete
  6. wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Mula saya baca ulasannya tadi, saya dah mula tertanya-tanya dan was-was.

    Lepas sembahyang maghrib tadi saya mohon Allah bukakan minda dan lapangkan dada. Apa yang saya dihidayahkan sebagaimana jawapan saya terhadap komen Sdr. Brahimnyior.

    Lepas itu saya mencari di mana-mana laman web yang berkaitan, dan saya menemui laman web darussifa.... alhamdulillah kekusutan terurai.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Saudaraku Fakhruddin dan semua pembaca Muslim blog Mountdweller,

    Pertamanya saya sendiri belum pernah terbaca atau ditegur tentang keraguan terhadap Salawat Syifah begitu juga dengan Salawat Tafrijiah. Maka itu saya turut mengamalkannya.

    Kedua, saya lebih ragu dan bimbang terhadap komen atau pandangan yang menjurus kepada kesucian Agama Islam jika ia diberikan oleh 'Guru Tak Bernama' a.k.a. 'Blog Tanpa Pengenalan Tuan Punya'.

    Mana bisa kita berguru dengan seseorang yang menyembunyikan identitinya?. Kalau dirinya sendiri tidak mahu dikenali, maka mana mungkin ilmunya bolih dipercayai..!!!

    Saudaraku Fakhruddin, saya membaca hampir kesemua penulisan saudara dalam blog 'MOUNTDWELLER', nasihat, teruskan dengan penulisan ikhlas seperti apa yang telah saudara titipkan selama ini.

    Saya juga telah membaca pautan blog tanpa nama yang saudara berikan itu, dan saya harap tuan punya blog tersebut dapat mengenalkan diri agar kita dapat bermuzakarah dalam hal yang beliau ragui.

    Melemparkan sesuatu dengan tuduhan syirik tanpa penjelasan dan alasan yang kukuh adalah amalan syaitan.

    Wallahu’alam

    Salam persaudaraan.

    ReplyDelete
  8. mountdweller....saya , saya , saya malas nak fikirlah, malas nak bertekak.... demiNya yang menguasai diri saya....

    ReplyDelete
  9. Wa alaikumussalam sdr.ku Mohd. Sofi.

    Terima kasih saudaraku. Komen dan rangsangan saudara membuat saya terharu. Apa tidaknya saudara adalah saudara seperguruan yang kenal hanya di alam siber.

    Sdr. Maklum Selawat tafrijiyah dan Selawat Syifah adalah dua selawat yang telah ajar oleh guru kepada guru kita dan seterusnya kepada kita.

    Dua selawat ini juga telah diajar oleh guru AlQur'an saya semasa saya kanak-kanak lagi dan saya terus berdamping dengan guru AlQur'an saya sehinggalah saya bekerja dan berhijrah keluar dari kampung. Guru AlQur'an saya ini pula sebelum pulang ke Malaysia, telah menghabiskan masa mudanya belajar dan mengajar di kota Makkah.

    Dan Guru saya, iaitu murid kepada Guru kepada Guru saudara adalah juga seorang yang bertaraf Tok Guru. Saya fikir tidak munasabah semua Guru-Guru kita ini tidak faham atau tidak tahu yang dua salawat tadi membawa kita syirik.

    Jadi itulah, untuk menguatkan apa yang saya percaya, saya minta pendapat dari teman-teman bloggers yang lebih tahu dari saya. Saya insaf yang saya ni memang buta arab.

    ReplyDelete
  10. Mak Su,

    Sebenarnya apa yang saya mahukan adalah pandangan ikhlas yang boleh mneguatkan lagi pegangan kita.

    Seperti mana yang saya katakan, kerana saya buta bahasa AlQur,anlah yang menjadikan kita mamai.

    Apa pun saya ucapkan terima kasih. Walau pun setitik dakwat yang Mak Su titipkan, saya amat menghargainya.

    ReplyDelete
  11. uncle,

    bagi erisya, kita buat jer apa yang kita yakini. Jika salah, Allah akan beri petunjuk kepada kita...lagipun, bahaya percayakan org yang sembunyikan diri....org yahudi pun boleh menyamar!

    ReplyDelete
  12. Betul erisya. Kita buat apa yang kita yakin. Tapi apa pun uncle sudah puas hati bila tengok dan baca ulasan di darussifa.

    Uncle pun pada awalnya tak nak layan sebab blog tanpa tuan, tetapi memandangkan apa yang dikatakan tu di dalam blog, maknanya ramai orang baca.

    ReplyDelete
  13. salam...

    pertama2 saya buka web tersebut saya sudah ragu2 akan kebenarannya.namun atas dasar ilmu saya cuba untuk terus meneroka apa isi kandungannya.manalah tahu apa yang saya pelajari selama ini mungkin bukan dari ajaran sebenar Islam..

    Namun setelah mendalaminya, memang ada perkara yang tidak kena seperti apa yang diperkatakan oleh tuan Mountdweller..

    ReplyDelete
  14. W'salam sdr T.O.S,

    Benar saudara. Saya pun bila dapat link dari saudara itu, saya pun kelam kabut juga. Maklumlah saya dah amalkan dari saya tingkatan 1 lagi.

    Tapi bila saya gali lagi, barulah saya rasa tenteram.

    Terima kasih kerana prihatin sdr. itu.

    ReplyDelete
  15. salam....?uncle..saya ni antara salah seorang dari ribuan peminat uncle...dan saya masih baru....saya berminat utk mendaki gunung tebu,dan ade kawan2 saye yag cakap dlm perjalann utk mendaki, ade satu tempt cari batu permata , saya amat berharap dapat dapat petunjuk dari uncle yg memang byk pegalaman tentang gunung dan jungle trek,, uncle memang best...

    ReplyDelete
  16. w'salam gorgon.

    Gorgon pernah naik Gunung Tebu? Sebenarnya di pertengahan jalan untuk ke puncak tidak ada tempat yang ada permata. Tempat permata adalah di anak sungai yang ada di puncaknya. Tapi kalau gorgon pernah ke sana uncle boleh nyatakan arah ke sungai tersebut. Tapi kalau tidak pernah ke sana, susah juga nak sebutkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa