Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 13, 2009

Kedekut Dan Penakut

Kenapa dua sifat ini melekat kedap di dalam diri kebanyakan orang? Kita akan menemui dan mengakui kedua-dua sifat ini memang melekat pada jiwa kita bila kita merenung jauh ke dalam sanubari kita dengan jujur.

Bila memperkatakan sifat-sifat ini saya terimbas kembali pada satu sesi di dalam satu kursus motivasi yang yang pernah saya hadiri dulu. Seorang perserta yang berpangkat Pengurus Syarikat keturunan Cina yang masih bujang telah ditanya oleh Motivator. Labih kurang beginilah dialognya:

Motivator: " Pernah tak kamu makan di Restoran besar?"
Peserta: "Ya"
Motivator: "Bila makanan dihidangkan, adakah kamu mengucapkan terima kasih kepada Pelayan itu?"
Peserta:"Ya"
Motivator:"Adakah kamu tinggalkan Tips?"
Peserta:"Selalu"
Motivator: "Siapa yang masak untuk kamu di rumah?"
Peserta:"Ibu"
Motivator:"Siapa yang uruskan pakaian kamu?"
Peserta:"Ibu"
Motivator: "Selepas ibu kamu hidangkan makanan kamu adakah kamu mengucapkan terima kasih?"
Peserta:"Kadang-kadang"
Motovator: "Selalukah kamu memuji ibu kamu?"
Peserta:"Tidak"
Motivator:"Adakah ibu kamu memuji kamu sekiranya apa yang kamu buat adalah baik dan memuaskan?"
Peserta:"Ya"
Motivator:"Bilakah Harijadi Ibu kamu?"
Peserta:"Aar...ar... lupa (tergagap-gagap)"
Motivator:"Ah... rupanya kamu lebih teruk daripada anjing walau pun kamu adalah manusia, anjing pun tahu berterima kasih kepada tuannya dengan menggoyangkan ekor bila tuanya berikan makanan!"

Itulah antara dialog yang memberikan kesan kepada saya sehingga ke hari ini.

Kita terlalu kedekut walau pun pada tempatnya untuk hanya berterima kasih dan memuji kepada manusia yang berbudi dan membuat kebaikan kepada kita. Kita kedekut untuk bersyukur dan memuji kepada Allah yang memberikan segala-galanya kepada kita di dalam hidup ini. Kalau pun kita bersyukur hanya pada tempat yang paling jelas. Kalau tidak, kita memang terlupa pada setiap kebaikan.

Penakut kita pula yang paling ketara ialah mengakui kesalahan dan meminta maaf. Manusia sanggup bertegang leher menegakkan benang basah hanyalah semata-mata takut untuk memohon maaf walau di dalam hatinya mengakui kesilapannya. Manusia cukup pengecut untuk mengakui kesilapan dan kesalahannya terutama kepada orang yang rendah darinya seperti anak buahnya di pejabat dan anak isterinya di rumah. Kenapa? Adakah perkataan "Maafkan saya" itu membawa kejatuhan darjat?" Pada saya darjat manusia terletak kepada keberaniannya mengakui kesilapan dan memperbetulkannya di masa akan datang.

Kepada Tuhan juga kita bersikap yang sama. Jarang kita mengakui kesilapan dan dosa kepadaNya dengan memohon ampun dan bertaubat serta merta bila kita sedar akan kesalahan yang kita lakukan kecuali pada masa-masa tertentu yang lazim seperti semasa berdoa selepas solat itu pun kalau sempat, sedangkan kita sentiasa lakukan kesalahan.

Kita sebagai suami dan bapa, kita jarang sekali meminta maaf kepada anak dan isteri dan begitu jugalah sebaliknya. Kita sememangnya penakut dan kedekut!

Adakah kita sebenarnya ego atau memang bersikap acuh tak acuh kepada perkara sememangnya besar bagi kita sebagai manusia?.

18 comments:

  1. Salam Pakdin.
    Semoga dirahmati Allah.
    Kemanakah gerangan diri menghilang tidak menulis di blog.
    Adakah bertapa di Gunung Ledang?
    Tulisan Pakdin memang sentiasa dinanti-nanti oleh peminat Pakdin termasuklah saya.
    Tulisan kali ini amat menusuk hati qalbu saya.Terima kasih Pakdin.

    ReplyDelete
  2. Salam MountDweller,
    Saya pernah balik kampung dan semasa nak balik rumah sendiri bagi duit pada ibu. Niat mula 4 helai RM50. Tapi bila nak bersalaman, hanya 3 helai sahaja.
    Bila dalam perjalanan, saya tergesel kereta orang. Kena bayar RM1,230.00
    Tapi saya sempat mohon maaf dari ibu. Dia senyum saja.

    ReplyDelete
  3. W'salam PG.

    Terima kasih di atas doa sdr.

    Sebenarnya Pakdin agak sibuk akhir-akhir ni selalu balik lambat dan disesakkan lagi dengan memenuhi undangan kenduri kahwin.

    Bila balik dah letih tu, nak menaip pun malas setakat baca blog teman-teman bloggers ajerlah.

    ReplyDelete
  4. W'salam Dr.

    Itu sikap buruk kita. Kita agak kedekut dan berkira dengan orang-orang yang rapat dengan kita tetapi dengan kawan-kawan dan kat kedai kopi tidak pula berkira.

    Macam Dr.lah, dengan emak tak semena-mena kurangkan pemberian tapi terpaksa pula bayar kerosakan kereta orang.

    Tapi walau pun kita alpa pada awalnya tetapi tersedar kemudian dan mohon maaf, itu juga adalah kemuliaan.

    ReplyDelete
  5. Salam Ayahanda,

    Satu nasihat yang amat berguna. Yang sebenarnya itulah salah satu rahsia yang membuatkan orang lain memandang hormat pada kita, termasuklah anak-anak kita sendiri.

    Tak perlulah saya khususkan di sini, cukuplah mengkaji yang tersirat disebalik ucapan MAAF dan TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  6. W'salam anakanda Isa.

    "Maaf" dan "terima kasih" adalah kunci hati budi kita. Ayahanda salute kepada orang yang berhemah dan mempunyai nilai-nilai ini.

    ReplyDelete
  7. Betullah Pakdin..Terima kasih dan maaf tu `miracle` words..

    ReplyDelete
  8. Tesentuh jiwa..memang kena batang hidung saya.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Saudara,

    Semoga Saudara Sekeluarga sihat walafiat dan sentiasa dalam Rahmat Allah swt.

    Bagaimana di Kota Bahru? Di sini cuaca panas dan berjerebu, kurang hujan. Musim orang kahwin. Alhamdulillah, baguslah banyak kenduri kahwin siang dan malam. Saya Cuti masak!! Ha ha..tanda kemakmuran kita semua dengan limpahan rezeki untuk buat kenduri kendara.

    Berbalik pada sifat manusia sebegini, mungkin inilah ujian Ilahi pada setiap kita. Memang benar apa yang Saudara sarankan. Kita insan biasa sentiasa digoda Iblis untuk tidak bersifat baik.

    Namun kita juga disarankan supaya menuntut Ilmu yang betul mengenai ajaran suci Agama kita supaya dapat menangkas segala tipu daya Syaitan dan berupaya menjadi Insan seperti yang dikehendaki Allah swt.

    Memang terlalu banyak ujian dan faktor tetapi jika kita terus berusaha untuk kikis sifat penakut dan kedekut dalam aspek apa pun, InsyaAllah. Asalkan kita tidak berputus asa.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  10. Ya sdr. PG.

    Dua perkataan yang berhikmah

    ReplyDelete
  11. Salam sdr. Zam.

    Bukan hanya saudara saja. Apa yang saya katakan termsuklah juga saya. Sama-samalah kita renung dan berubah.

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Di kota Bharu selalu hujan di sbelah petang dan di tengahari panas terik tetapi tidaklah berjerebu. Alhamdulillah setakat hari ini.

    Ha.. tentang kenduri ni nampaknya kita sama. Jarang makan di rumah tetapi terpaksa juga berhati-hati, maklumlah kita dah melangkaui 50 tahun dan hidangan semuanya daging dan ayam.

    Bab godaan Iblis ni puan kita tidak boleh lari tetapi kita perlu kenal. Sedangkan Rasulallah lagikan dicubanya.

    Terima kasih di atas peringatan puan. Semoga puan sentiasa dirahmatiNya.

    ReplyDelete
  13. Betul uncle

    Makin hari, ucapan terima kasih dan memohon maaf terlalu sukar untuk kita ucapkan terutama pada mereka yang selalu dekat dengan kita...

    sebaliknya kita mudah mengucapkannya pada mereka yang jauh dan yang dipandang ada kedudukan..

    Moga kita sedar ..

    ReplyDelete
  14. Anakanda Rashid.

    Kita sebagai bapa/bakal bapa adalah pendidik anak-anak dan isteri. Berbudi, berhemah dan berkatkanlah dengan "terima kasih" dan "maaf" semoga anak-anak terdidik dengan begitu.

    ReplyDelete
  15. Salam Pakcik..
    Terima kasih untuk peringatan kpd kami yg muda2 ni..
    Sikap rendah diri & tawadduk amat2 disukai Allah..

    ReplyDelete
  16. W'salam UXOP.

    Berlemah lembut di dalam tutur kata, memohon maaf sekiranya terkhilaf dan berterima ksih kepada yang berbudi adalah satu perilaku yang murni dan dikehendaki Allah. Insya Allah kita akan hidup di dalam keberkatan.

    ReplyDelete
  17. hmm... sah dah perasaan atau sifat 'takut dan kedekut' satu penyakit jiwa kebanyakan manusia..aku pun mungkin tak terkecuali lagi. Ia 1 penyakit berangkai, sama naik & jelas bahaya kepada iman & takwa kita. Moga kita dapat kikis hingga haus penyakit keji ni drp jiwa atau hati kita.

    about thanksgiving & forgiving, 2 hard words to say kalo kita mmg dah berpenyakit 'takut & kedekut'.. Kecuali dlm keadaan kita hipokrit kita boleh lagi lafaz "terima kasih" tanpa ikhlas dan "minta maaf" seperti berlakon, juga tanpa ikhlas. In contrast bila kita betul-betul ikhlas nak berterima kasih atau meminta maaf drp seseorang, kita dah tak kisah sesiapa lagi (tak malu dah kot berteriak cam budak kecik pun tak pa) asal kita dapat redho orang tu & Dia.

    ReplyDelete
  18. Hanz_Azdi.

    Betul tu kita manusia memangnya sebati dengan dua sifat itu.

    Sama-samalah kita baiki diri semoga kita akan sentiasa di dalam keredhoanNya di samping menyental dosa-dosa kita terhadap sesama manusia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa