Saya tersedar dari lamunan bila tiba-tiba van yang dipandu oleh Mat berbunyi bising semacam besi bergesel di bahagian roda belakang kiri dan berhenti dengan tiba-tiba. Kawan-kawan lain pun yang tadinya berdengkur mula menanyakan sebab apa dan kenapa. Saya tengok jam di tangan sudah pukul 2.00 pagi. Tiba-tiba Mat berkata "Abang Din, brek van rosak. Dah tidak ada brek langsung". Saya turun dari van dan pasang lampu gas yang memang kami bawa dari mulakan program ini lagi beberapa hari lalu. Kami pergi seramai 7 orang dengan menyewa van pandu sendiri.
Saya ambil Jek dan buka roda. Aduih... brek pad dan besi serta springnya sudah lenyet dan tertanggal dari tempatnya. Minyak brek pula bocor kering. Saya buang semua yang menghalang roda bari berpusing kerana kami terpaksa teruskan perjalanan sebab pagi esoknya salah seorang kawan yang bersama kami akan bekerja jam lapan pagi. Kami terpaksa teruskan juga perjalanan pulang walau pun van sudah tiada brek langsung. Bila sudah dibesihkan roda dan dipasang kembali, Mat meminta saya yang pandu sebab dia tidak biasa memandu dengan kenderaan di dalam keadaan yang tidak mempunyai brek.
Sebenarnya kami dari Cameron Highland mendaki Gunung Berembun sempena Sambutan Ulang Tahun Kejayaan Everest 97'. Kami di sana selama 2 malam. Petang tadi setelah singgah di Ipoh rumah Mak Mertua saya sekejap, kami terus bertolak pulang ke Kota Bharu dan singgah makan malam di Lenggong. Ikan Patin Masak Asam Pedas. Setelah kenyang dan letih semuanya tertidur sehingga mendengkur di dalam van. Sebelum itu dari Cameron Highland saya yang pandu sebab semua kawan-kawan beralasan tidak biasa pandu van di kawasan berbukit dan jalan yang berbelit-belit (jalan lama tapah-cameron highland). Selepas makan malam di lenggong barulah saya berikan setering kepada Mat dan selepas itu saya pun separuh lena.
Bila Mat berhenti kerana brek rosak, barulah saya sedar rupanya kami semua baru melepasi Puncak Titiwangsa. Dari situ saya pula ambil alih pemanduan. Mula-mula tu saya pandu agak perlahan untuk membiasakan diri dengan kenderaan yang ketiadaan brek dan hanya menggunakan gear dan pedal minyak untuk brek. Tetapi sesudah agak lama dan berkeyakinan saya meneruskan pememanduan dengan kelajuan yang perlahan sedikit dari biasa. Semua kawan-kawan sudah lena dan mendengkur kembali termasuk Mat yang duduk di sebelah saya yang sedang memandu. Saya pun hairan, mereka cukup percayakan saya memandu dengan ketiadaan brek dan boleh lena serta berdengkur.
Tiba-tiba dari jauh di sebalik kabus nipis dengan pancaran lampu van, saya nampak satu lembaga menyerupai manusia tetapi tinggi dan besar seolah-olah setinggi 8 kaki. Saya terus pandu sambil perhatikan apakah makhluk itu sebenarnya. Tiba dalam jarak lebih kurang 50 meter, lembaga itu masih berdiri tegak di tengah-tengah jalan. Saya toleh kiri dan kanan semua orang berdengkur tidur mati. Saya terus pandu ke arah lembaga tersebut dan nekad sekiranya dia tidak lari saya akan rempuh dengan van. Bila tiba lebih dekat, saya dapati satu selekoh yang agak tajam. Saya turunkan gear dan lepaskan padel minyak untuk memperlahankan kelajuan, barulah saya pasti rupanya lembaga itu di tepi jalan selepas selekoh. satu papantanda amaran jalanraya yang berbentuk bulat macam kepala di atas dan di bawah kepala pula satu palang memanjang macam tangan di depa . Itulah rupanya hantu tinggi yang saya nampak! .
Saya ketawa sorang-sorang dengan kuat dan kawan-kawan tersedar serta bertanya "Kenapa Din?" Dalam gelak saya berkata "Kamu semua rugi, tadi aku tengok hantu tinggi tapi kamu semua tidur" Jadi semua orang bising kenapa saya tidak kejutkan mereka.
Kesimpulan saya ialah kerana letih dan mengantuk berserta dengan kabus dan silauan cahaya lampu, papan tanda pun akan menjadi hantu!
Kami tiba di Kota Bharu, rumah saya ketika azan subuh berkumandang. Kawan yang akan masuk kerja pagi ini dapat ke pejabat dengan hati yang lega. Kalau tidak dia pun tidak tahu apakah alasan yang akan dikatakan kepada Ketua Unitnya.
Salam Pakcik..
ReplyDeleteMmg kawasan selepas Puncak Titiwangsa tu berkabus tebal bila malam,tambahan pula dekat2 jam 2-3 pagi..kalu lalu kawasan tu saya mesti pandu dlm 30-40kmj je sbb hanya berpandu line putih..kalu line putih tu xde,masuk gaung lah gamaknya..titik2 hujan pun besar dari yg biasa
W'salam UXOP.
ReplyDeletePakcik pernah alami kabus yang cukup tebal sehingga tidak nampak langsung di kawasan itu selepas hujan.
Assalamu 'Alaikum!
ReplyDeleteItulah hebatnya pengalaman. Orang lain dapat syafa'at darinya. Kalau tak ada orang yg berpengalaman, saya fikir mungkin semua tidur tepi jalan tunggu siang.
Salam Dr.
ReplyDeletePerkara brek ini saya pernah alami dua kali sebelum itu. Pertama perjalanan dari Melaka balik ke Kelantan selepas mendaki Gunung Ledang. Kabel brek pecah. Juga di waktu malam. Saya terus pandu sehingga sampai ke Kota Bharu.
Kali kedua juga dari Cameron Highland pada Tahun Baru Cina. Tidak ada workshop yang buka. Saya drive turun Cameron Highland melalui Tapah ke Ipoh. Esonya baru saya baiki di Ipoh.
Pakdin, jalan raya Timur Barat ada kenangan yang tak saya lupakan, Kereta rosak tetiba lepas sempadan Perak Kelantan, di tanda 140km ke KB.
ReplyDeletePuncanya, tangan saya gatal buka cap raditor sebelum memulakan perjalanan dan tutup unproperly...
Air radiotor kering dan kami sangkut di hutan banat.
Pehtu tobat serik!
salam ayahanda.. suspen jer, ingatkan betul2 la hantu tinggi.. hehe.. mujur la ayahanda tak rempuh hantu tinggi tu, kann..
ReplyDeletep/s: cantik adik pakai tudung..
salam Abe Din,
ReplyDeletepengalaman mematangkan kita..menjadi panduan berguna jika dikongsi..sama2 dapat manafaat
Asslamualaikum Saudara,
ReplyDeleteKALAU BOLEH, elak sahaja memandu malam hari dan bila mengantuk.
Riskonya tinggi..menyeramkan.
bahaya tu, teknik penyamaran untuk melalaikan pemandu-pemandu di malam hari.
ReplyDeleteSalam sdr. Brahim.
ReplyDeleteHabis tu macam mana? Tapi dekat-dekat situ mungkin ada air aliran bukit.
Di kawasan itulah juga saya pernah cuba tolong keluarkan mangsa kemalangan yang tersepit. Perempuan drive berseorangan bertembung dengan Storm. Dia tersepit dah nyawa-nyawa ikan tapi malangnya saya gagal keluarkannya tanpa apa-apa alat hanya dengan kudrat.
Selepas bomba sampai dia dibawa ke hospital. Nasibnya saya tidak tahu.
W'salam anakanda nurdaniella.
ReplyDeleteBetul-betul nampak orang besar dan tinggi. Bila dah terlalu dekat barulah nampak yang ianya papan tanda. Memang niat ayahanda nak rempuh saja, baru padan muka nak menyakat sangat.
Ummm... baru terasa nak pakai tudung. Doakan supaya kekal begitu.
W'salam IndukYati.
ReplyDeleteBegitulah juga niat Abe Din bercerita tentang pengalaman ini. Mungkin kita tertipu oleh mata/pandangan dan mungkin juga akibatnya "kemalangan" kalau kita panik dan kecut.
Wa'alaikumussalam puan melayuangkat.
ReplyDeleteBenar sekali. Kalau boleh berjalanlah di siang hari. Malam memang banyak yang kita akan tertipu oleh minda, mata dan mungkin juga syaitan. Kenderaan rosak satu hal lagi.
Mak Su.
ReplyDeleteTak tahulah memang penyamaran tau mata dan minda kita sebenarnya yang keliru. Tmbahan pula masa tu mengantuk dan letih selepas mendaki gunung.