Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 25, 2009

Nasib Yang Sendiri Tempah

Alhamdulillah malam ini agak tenang dan releks. Kalau sebelum ini sebenarnya sudah beberapa minggu melalui hari-hari yang meletihkan dan menyebabkan otak menjadi lesu. Kerana kelesuan fizikal menyebabkan kebekuan otak di waktu malam, saya agak lama tidak updatekan blog. Maaf saya pohon kepada semua yang berkunjung.

Malam yang agak santai ini saya ambil kesempatan untuk buatkan satu entry yang berkisar tentang kehidupan keluarga saya sendiri. Saya fikir adalah tidak salah membuka pekung keluarga sendiri untuk memberikan peringatan pada diri saya sendiri khasnya dan amnya kepada semua taulan yang ingin mengambil iktibar daripada kisah ini.

Pada zaman itu Ayah saya di anggap Perantau di kalangan keluarga Ibu saya yang agak berada walau pun jarak kampung Ayah dan kampung keluarga Ibu hayalah sekitar 20km. Perkahwinan Ayah dan Ibu tidak disenangi oleh kebanyakan ahli keluarga di sebelah Ibu walau pun mendapat restu dari Datuk. Selepas perkahwinan mereka, kehidupan Ibu dan Ayah tetap senang hasil usaha mereka berdua.

Ditakdirkan Allah, Ibu meninggal semasa umur saya baru menjangkau setahun setengah. Tinggallah kami berempat, dua orang abang dan seorang kakak dan saya yang bungsu di jagai Ayah tanpa dipedulikan oleh keluarga sebelah Ibu saya kecuali Datuk yang cukup menyayangi saya. Pada masa dahulu sebagai seorang Penghulu dan Orang Raja, Datuk mempunyai banyak harta. Pada masa inilah Datuk mewasiatkan pembahagian hartanya. Semasa Datuk masih sihat hartanya yang bernilai jutaan dibahagikan kepada saya, kakak dan abang-abang dan juga Emak Saudara saya (adik kepada Ibu saya) dengan hanya wasiat mulut (verbal) tetapi bersaksi. Saksi inilah yang memberitahu kami kemudiannya.

Tidak lama kemudian Datuk meninggal dunia. Seingat saya semasa saya berumur empat atau lima tahun. Arwah Datuk hanya mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Ibu saya yang sulung dan Ibu saudara saya yang mempunyai tiga anak laki-laki. Setelah Datuk meninggal, semua wasiat Datuk telah diketepikan oleh Ibu saudara dan suaminya. Kononnya kami tidak berhak menerima harta pusaka Datuk kerana Ibu kami meninggal lebih dahulu dari Datuk. Jadi semua harta Arwah Datuk dibolot oleh mereka suami isteri. Berputih matalah kami adik beradik.

Apabila selesai urusan pemindahan pusaka Arwah Datuk, mulalah mereka sekeluarga lupakan dunia. Enjoy dan berjudi anak beranak sehinggakan anaknya yang berumur enam tahun pun sudah pandai main Poker!. Itulah asuhan mereka kepada ahli keluarganya yang mendapat harta yang gugur dari langit. Kesemua anak-anaknya tidak pernah pedulikan pelajaran. Kami pula tidak pernah pedulikan mereka tetapi tidaklah sampai berkelahi dan tidak bertegur sapa. Cuma pada tahap kamu dengan hal kamu dan aku dengan hal aku. Masing-masing layan hal sendiri-sendiri.

Bila kedua-dua abang sudah bekerja, berkahwin dan berpindah. Kakak juga berkahwin dan berpindah. Arwah Ayah ikut sama berpindah dengan membeli tanah dan membina rumah di tempat lain. Jadi kerana keadaan itu kami agak lama terputus hubungan dengan keluarga Ibu Saudara dan keluarganya.

Setelah lama masa berlalu, saya juga sudah berumah tangga dan tinggal berasingan dengan Ayah tinggal bersama saya. Setelah Ayah meninggal, pada satu masa saya berkunjung ke kampung Ibu Saudara dan mendapat berita yang cukup memeranjatkan. Ibu Saudara dan keluarganya sudah papa kedana kerana judi dan enjoy. Sekarang tinggal dengan membina pondok menumpang di tanah orang. Dalam masa saya merisik dan menanyakan hal Ibu Saudara kepada orang-orang di kedai, saya ternampak susuk Ibu Saudara dan saya terus menemuinya dan bertanya khabar. Dia bukannya bertanya balik tentang kami sekeluarga tetapi meminta saya belikan daging lembu untuknya. Katanya lama sudah dia tidak menjamah daging. Saya pun belikan sekilo daging yang memang ada jual di situ, hulurkan padanya bersama sedikit wang dan saya terus memandu pulang dengan hati yang kesal.

Berselang beberapa tahun saya mendapat berita dari Abang Sulung saya yang Suami Ibu Saudara sudah meninggal dunia dan Ibu Saudara saya itu pula sedang sakit tetapi tidak lagi tinggal di kampung itu. Keluarga mereka berpindah ke Kampung Fikri di Terengganu setelah mendapat tanah lot pemberian kerajaan. Saya, Abang dan Isteri terus ke sana mencari rumahnya. Memang dia sakit dan tidak ada duit untuk ke Hospital di Batu Rakit katanya. Saya dan Abang membawanya ke klinik di batu Rakit. Setelah mendapat rawatan dan ubat saya hantar dia pulang. Sebelum kami pulang saya tinggalkan nombor telefon saya dan berpesan kepada anak dan menatunya jika sekiranya Ibunya masih tidak sihat atau bertambah sakit tolong telefon saya atau abang.

Setelah tiga minggu tidak ada apa-apa berita, kami sekali lagi ke rumahnya. Sesampai di rumahnya saya dapati rumahnya sunyi dan lengang. Sedang kami tertanya-tanya sesama sendiri, keluarlah menatunya dan berkata "Datang tengok bekas ajerlah, tuannya dah tak ada" Saya bertanya balik "Mak Ucu ke mana?". Dia jawab dengan selamba "Dah seminggu mati!". Cubalah bayangkan bagaimana perasaan saya dan abang!. Dalam hati saya berkata " Di hadapan aku ini, orang ke apa?" Kami tidak berkata apa-apa. Kami naik ke rumahnya sekejap, tinggalkan sedikit wang belanja tahlil dan kami pulang. Memang tidak ada gunanya kami bercakap dan berbicara dengan manusia yang tidak ada akal dan perasaan. Mungkin itulah kadho' Allah kepada arwah suami isteri.

Daripada kehidupan yang kaya raya akhirnya mati di dalam miskin dan papa kedana dengan kehidupan yang merana.


21 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Semoga sihat hendaknya, lama tak update blog.

    Lumrah kehidupan, manusia selalu buta dengan harta dan RM. Ada otak dan akal, pandai2lah menilaikannya.

    Dalam setiap keluarga pasti ada kisah sebegini, sebagai iktibar dan ujian.

    Wallahuallam...

    ReplyDelete
  2. Salam MountDweller,
    Bagus sikap saudara dan abang-abang serta kakak. Menepati sabda Rasulullah yang bermaksud: "Berbuat-baik lah kepada yang berbuat-baik kepada kamu; dan usah jahati kepada yang berbuat jahat kepada kamu".
    Saya juga mempunyai pengalaman pahit dengan sedara-mara semasa ayah+ibu menyekolahkan saya. Bila saya lulus universiti, semua mengaku sedara....
    Saya tetap bersikap lebih baik terhadap mereka.
    Tahniah kerana anda semua bersikap sebagai seorang muslim yang berakhlaq mulia.

    ReplyDelete
  3. W'salam anakanda Isa.

    Memang agak lama blog tak update. Sibuk di siang hari keletihan pada malamnya.

    Selalu juga mendengar kisah sebegini cuma keadaan dan perebutan yang berlainan cara. Harta punya pasal manusia hilang kewarasan. Hilang haluan di kala mengharungi ujian Allah.

    ReplyDelete
  4. W'salam Dr.

    Adat manusia, yang miskin dihina dan yang kaya ditatang walau pun punca kekayaannya diragui. Alhamdulillah Dr. berjaya di dalam hidup walau waktu belajar di dalam kepayahan.

    Pada kami sekeluarga bergegang kepada hak. Kalau ditakdirkan menjadi hak kita maka kita akan mendapatnya dengan izin Allah dan begitulah sebaliknya. Walau mengikut wasiatnya (pemberian semasa hidup) adalah menjadi hak kami, namun kami terima takdir Allah yang mengatakan itu bukan hak kamu. Itulah keadilan Allah.

    Oleh kerana itulah kami tidak berkecil hati dan berdendam. Kami layan keluarganya seadanya sebagaimana ahli keluarga juga. Kami tidak pun kedana dan berlapar kerananya. Allah kurniakan kebahagian.

    ReplyDelete
  5. Salam Rajyat Kelantan.

    Terima kasih di atas ziarah saudara. Saya juga selalu ke blog Rakyat Kelantan yang sarat dengan maklumat. Terima kasih di atas info.

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan,
    Takziah dan bersabar.

    ReplyDelete
  7. salam ayahanda, terkadang bila kenangkan pasal kekayaan ni, takut jugak.. takut nanti jadi lupa daratan.. rasanya biarlah kita bersederhana saja, kann..

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Apabila pembahagian harta pusaka di lakukan tidak mengikut hukum maka tunggulah kepapaan akan menyerang diri yang tidak beramanah, apabila di sebut sebagai harta pusaka maka ia adalah masalah agama, maka sesiapa yang melanggar hukum beragama maka tunggulah kemusnahan

    ReplyDelete
  9. laaa, alamak! sungguh, sungguh tiada sayang

    ReplyDelete
  10. W'salam Pak Karamu.

    Memang banyak saya menerima nasihat tentang pembahagian harta pusaka dan juga tentang menunaikan wasiat.

    Betul Pak, kemusnahan akan berlaku pada bila-bila masa saja. Kemusnahan akan berlaku sama ada dari segi fizikal atau harta itu sendiri atau pun kemusnahan rohani.

    ReplyDelete
  11. W'salam Tuan wartamaya.

    Terima kasih. Walau pun arwah telah merampas hak kami namun kasih sebagai anak saudara kepada ibu saudara tetap ada. Lebih-lebih lagi kami tidak bergaduh dan saya dan abang juga memang berhubung dengannya walau pun tidak seakrabnya.

    ReplyDelete
  12. W'salam anakanda nurdaniella.

    Betul tu. Rasulallah menasihatkan umatnya supaya bersederhana di dalam segala hal. Tetapi adalah lebih baik mempunyai harta yang banyak sekiranya mampu ditadbirkan dengan baik, bersedekah dan menggunakan ke arah kebaikan dan kebajikan mengikut suruhan Allah.

    ReplyDelete
  13. Mak Su.

    Itulah manusia, menantu pun jadi hantu. Harta jadi petaka.

    ReplyDelete
  14. mr edz.

    Ya begitu kitaran hidup kita di dunia.

    ReplyDelete
  15. Salam Pakcik..
    Harap Pakcik sekeluarga sihat sejahtera & gembira...

    Org tua-tua dulu nk dptkan tanah kena usaha sehingga keluar peluh jantan..tapi anak2 sekarang cukup mudah menjualnya sekelip mata..

    Kekdang takut juga dengan org2 Islam sekarang ni yg mendahulukan kesenangan dunia dari akhirat..berlumba-lumba nak maju supaya dgn duit maka senang nak majukan Islam..padahal mereka lupa Islam itu bukan pada harta benda tapi pada keyakinan dan keimanan kepada Yang Maha Esa..

    Selalu nya bila duit banyak maka nafsu & syaitan berbondong-bondong datang menjerat manusia..manusia mudah lalai bila perut kenyang..

    ReplyDelete
  16. walau cerita keluarga ia penuh tragis & byk iktibar untuk kami semua pembaca untuk manjadi insan yg lebih prihatin kpd byk hal etc. bersikap amanah pada wasiat & tidak tamak harta & tidak merampas hak orang lain, redha bila ditimpa musibah, bersyukur & qanaah dgn apa yg ada, juga kepentingan hubungan keluarga & saudara. Terima kasih Tuan punya blog, ia sememang cerita riwayat hidup/pengalaman yg bernilai untuk dihayati & diambil pedoman & mengenal sempadannya.

    ReplyDelete
  17. W'salam UXOP.

    Terima kasih di atas doa UXOP untuk Pakcik sekeluarga dan begitulah juga bagi diri UXOP dan Ibu Bapa.

    Itulah kelemahan manusia. Akan cepat tenggelam di dalam kemewahan dan lupa diri dan Tuhan. Bersorak gembiralah segala setan dan iblis kerana misi mereka berjaya.

    Sekarang sebenarnya tidak ramai yang menilai penat jerih orang tua mengumpul harta. Bila dah jadi hak mereka akan terjual dengan sewenang-wenangnya. Ahkirnya papa kedana.

    ReplyDelete
  18. Hanz.

    Itulah tujuan saya membuat posting ini. Di samping mengingatkan diri sendiri boleh juga menjadi tauladan kepada orang lain juga.

    Saya tidak merasa kesal atau marah kerana mengambil hak saya dan adik beradik tetapi agak kesal dengan kesudahan hidup ibu saudara saya dan keluarganya.

    ReplyDelete
  19. My family all tÒ»e time say that I am kÑ–lling my time here at net,
    except I know I am getting knowledge eѵerү day by reading thes fastidіօus articles.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa