Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 21, 2011

Naik Pun Kena Beli Juga

Kenaikan Harga Ron95: Rakyat Diminta Tunggu Pengumuman Kerajaan

BERA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Yaakob meminta rakyat menunggu pengumuman rasmi kerajaan berhubung penyelarasan harga minyak, yang akan dibuat tidak lama lagi.

Beliau berkata rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa harga RON95 akan naik dalam masa terdekat.

"Saya sentiasa maklumkan bahawa rasionalisasi subsidi akan kita buat pada hujung bulan ini, atau awal bulan depan, jadi jangan nak tuduh kerajaan itu ini sebab kita belum lagi naikkan apa-apa harga.

"Jadi, saya minta rakyat tunggu dulu, kalau nak kata kerajaan tidak bertanggungjawab dari segi jaga kepentingan rakyat, sekarang ini subsidi untuk seluruh bahan petrol dan makanan meningkat sampai RM20.58 bilion kita tanggung, jadi macam mana boleh kata kerajaan tak ambil berat," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Ismail Sabri juga meminta pihak berkenaan agar menghentikan semua pembohongan dan spekulasi berhubung kenaikan harga minyak kerana ia jelasbermotifkan politik.

Beliau berkata perkara itu turut disebarkan di laman sosial seperti Facebook iaitu kononnya kerajaan akan menaikkan harga RON95 sebanyak 30 sen selepas pukul 12 malam tadi, dan ia mencetuskan kekecohan di kalangan orang ramai.

"Janganlah kita percaya spekulasi itu, sabar dulu dan tunggu hingga Jun nanti, di mana kalau ada kenaikan harga, baru kita boleh beri komen dansebagainya, dan setakat ini, perkara itu masih dalam tindakan," katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan mengambil kira semua faktor, termasuk kadar inflasi dan beban rakyat, ketika mengkaji rasionalisasi subsidi penyelarasan harga minyak.

"Kita masih tengok dari segi pro dan kontra, namun saya tidak boleh beri jaminan bahawa harga minyak akan kekal selamanya, kerana bukan kuasa saya untuk beri jaminan seperti itu," katanya. - mStar

6 comments:

  1. engkau menteri tadak kuasa,,,apa punya menteri,,baik jd jkkk je,,,

    ReplyDelete
  2. sebenarnya naik atau turun bukan masalah besar cuma parti politik yg suka memperbesar2kan...kadang2 terfikir minyak cuma naik 20 ke 30 sen jer tapi dah bising2...kereta yg berpuluh ribu yg di beli mampu pula...kalau tak mampu jgn pakai kereta ...mudah cerita ..kan bang...

    ReplyDelete
  3. penaik pi laa biaq sampai 5 hengget seliter pun tak paa.......
    tak dak masalah punya.......
    rakyat mehsia tetap sokong umngok....
    pak mat boleh jual tempe.....
    mak ngah boleh juai sabut.....
    apa nak heran......
    cukong tak cukup lagi subsidi tu......
    depa nak suruh rasionalise pulak....
    lepaih nie biaq rakyat makan pasiaq...........
    baru laa tanah tak runtuh lagi......

    tok sah dok tunggu pro n con laa......
    yg nak penaik bukan rakyat......
    amboiiiiii nak tengok respons dulu.....
    bila masa yg hangpa prihatin nie.......

    kah kah kah
    kah kah kah.........

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Ada benarnya kata saudara

    ReplyDelete
  5. daddyzkool

    Pada saya tak ada salahnya rakyat merungut. Yang kereta berpuluh ribu tu, minyak mahal tidak ada masalah bagi mereka tetapi yang menjadi masalah yang berkereta harga atas sikit dari ratusan.

    Harga barang juga akan menyusul naik. Bahkan sekarang juga sudah menjadi masalah kepada pengguna yang berpendapatan kecil dan berkeluarga besar.

    ReplyDelete
  6. awang liku

    Pandangan saudara ada benarnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa