Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 20, 2011

Persaudaraan Islam Ala Mesir

Tentera Laut Mesir Halang Kapal Kargo Masuki Pelabuhan

EL-ARISH (Mesir): Sebuah kapal Tentera Laut Mesir yang lengkap bersenjata telah mengarahkan kapal kargo MV Finch, yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, meninggalkan kawasan menunggu di Pelabuhan El-Arish.

Sebelum itu, kapal tentera laut itu telah mengelilingi kapal bantuan kemanusiaan tersebut, yang telah tiga hari berada di kawasan menunggu diperairan tersebut untuk isyarat untuk berlabuh.

"Mereka menghalang kapal ini memasuki pelabuhan," kata wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan, seorang dari 12 penumpang dan krew MV Finch itu, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, Khamis.

Menurut Mohd Faizal, MV Finch pada masa kini telah diarah keluar dari kawasan menunggu itu sejauh kira-kira tiga batu nautikal.

Mohd Faizal turut melaporkan bahawa bekalan makanan dan air bersih di dalam kapal itu semakin kehabisan.

Beliau berkata kapal itu masih lagi menunggu untuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa Mesir untuk berlabuh.

"Pihak pelabuhan kata tunggu kebenaran untuk masuk yang kami pun tidak tahu bilakah masanya," katanya.

Semua 12 krew dan penumpang kapal itu sebelum ini telah cuba menembusi perairan Gaza yang dikepung Israel dalam usaha menyampaikan misi bantuankemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Kapal itu membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi memulihkan sistem pembentungan yang musnah di Gaza. - BERNAMA\mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa