Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 8, 2011

Peranan Masing-Masing Sebenarnya

Entahlah siapa yang menipu dan siapa pula yang tertipu. Adakah benar PAS menolak peranan Tunku Abdulrahman dan Dato' Onn di dalam kemerdekaan Malaya?

Bagiku tidaklah salah walau pun menjadi penjilat atau penentang bersenjata asalkan matlamat mahukan kemerdekaan itu menjadi kenyataan.

Mempergunakan apa saja kaedah adalah hak kita untuk mendapatan kembali hak nenek moyang dan membebaskan diri kita adalah wajar.

Akan tetapi tunduk kepada kehendak penjajah dengan kemerdekaan yang bersyarat itu adalah salah sekiranya tidak diperbaiki kemudian harinya (setelah kita bebas) adalah salah.

Tapi peluang siapakah yang lebih besar dan luas untuk menipu?

Ini Mahathir kata : PAS AKAN TERUS MENIPU RAKYAT

PAS mempamerkan gelagat sebenar perjuangan mereka berhubung isu kemerdekaan dan anggota keselamatan negara menerusi kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin Pas, mengikut kepercayaan mereka, menolak peranan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar dalam sejarah kemerdekaan negara.

"Kenyataan Mohamad Sabu itu, dia bercakap banyak, dan oleh itu, kita tahu apa yang terdapat di lubuk hati mereka, dan memang itu perjuangan sebenar mereka,".

Kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas juga menyifatkan Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya, yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950, sebagai wira atas alasan mangsa yang terbunuh adalah polis penjajah British.

Beliau berkata PAS sebelum ini memperjuangkan negara Islam, namun kemudian menggugurkannya, dan tindakan sama turut dilakukan berhubung hukum hudud.

"Rakyat harus tahu perjuangan sebenar PAS kerana kalau tidak, rakyat akan tertipu sepanjang masa," katanya.

Sumber - di sini

1 comment:

  1. Mamak Kutty sudah mula gabra. Lagi lama dia bernafas lagi banyak terlondeh kebajingannya. Nasihat saya kpd MK. Anda sepatutnya menghabiskan sisa2 hidup anda beribadat kepada Allah dan bertaubat nasohahlah atas kemungkaran2 yang telah anda lakukan sepanjang tempoh anda menjadi raja Malaysia. Moga2 Allah ampun dosa2 anda. Tapi jangan lupa harta2 rakyat yang anda n family rompak dulu kena pulangkan balik kpd rakyat. Jutaan rakyat akan tuntut di akhirat nanti. Ingat MK.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa