Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 6, 2011

Mercun Dan Gajah Punya Hal

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA" Mountdweller ucapkan kepada semua teman bloggers dan semua pengunjung.

Sebenarnya dua tiga hari mountdweller menghilang ke Kuantan. Temankan isteri mesyuarat dan makan angin serta seafood.

Di bawah ini pula ialah gambar kemalangan yang menimpa seorang sahabat yang menggunakan mercun untuk menghalau sekumpulan gajah yang masuk ke kebunnya pada suatu malam.

Umur beliau lebih tua dari saya dan kami tinggal sekampung. Beliau ada kebun buah-buahan dan getah di Hulu Kelantan. Pada suatu malam ketika beliau di kebunnya, masuklah sekawan gajah. Jadi untuk menghalau gajahlah kononnya beliau mengambil dua biji mercun bola yang dikapuh menjadikan satu sumbu dan membakar sumbunya.

Bila sumbu dah nyala beliau baling mercun ke arah kumpulan gajah tetapi malang baginya kedua-dua mercun yang dibaling melekat kat tangannya sebab di tangannya ada sisa getah yang dipegang sebelumnya. Beliau terlupa!

Jadi..... 'gedebum!!'. Mercun meletup di dalam genggaman. Akibatbnya adalah sebagaimana gambar di bawah.





4 comments:

  1. Salam Aidil Adha buat Mountdweller sekeluarga.

    Kesian plak Pak Long tengok, kemalangan tu nampak macam masih baru lagi tuh...

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah dan Salam Aidiladha.
    Semoga diberkati Allah swt. Amat mengerikan membaca n3 ini. Semoga cepat sembuhnya.Amin.

    ReplyDelete
  3. ni kisah benar? huhu....seramnya, tu pasal akak tak benarkan langsong anak main mercun.

    lupa nak ucp selamat hari raya haji..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.... Selamat menyambut Aidul Adha buat saudara dan keluarga dari gua sekeluarga. Harap ikatan perjuangan kita yang belum selesai akan berterusan sehingga korbannya pemimpin yang korup.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa