Bekas askar dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah
Aidila Razak
10:28AM Nov 20, 2011
10:28AM Nov 20, 2011
Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".
Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.
"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.
Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.
But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.
Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.
"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.
Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.
"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita,” rintihnya lagi.
sumber - mk
'Pengantara pertahanan punca gejala rasuah'
SKK Kuek & Nigel Aw
7:33PM Nov 20, 2011
7:33PM Nov 20, 2011
Keperluan syarat yang mewajibkan syarikat-syarikat asing menubuhkan usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan di Malaysia untuk penjualan kelengkapan pertahanan tentera mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk rasuah, menurut seorang pakar antarabangsa mengenai ketelusan perolehan pertahanan.
Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual, pengarah program, pertahanan dan keselamatan, Transparency International UK (TI-UK) Mark Pyman berkata sistem seumpama itu bukan tidak diamalkan di seluruh dunia tetapi ia "penuh dengan bahaya".
"Ia bukan satu yang kompetitif, jadi sangat mudah bagi penetapan harga dimanipulasikan. Amat senang bagi tawaran itu digunakan sebagai mekanisme untuk pembayaran rasuah atau mendapatkan pengaruh," kata Pyman, yang merupakan bekas ketua pegawai kewangan firma gergasi minyak dan gas antarabangsa, Shell.
Beliau merujuk kepada keadaan di mana perjanjian itu boleh menyebabkan harga sebenar perolehan menjadi terlalu besar dengan usahsama bersama syarikat tempatan itu menubuhkan syarikat pseudo untuk meraih jumlah komisen yang besar.
Senario ini, dapat dilihat terutamanya di Malaysia. Antara, yang paling terkenal adalah perolehan dua kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan menerusi kontrak RM7.3 bilion dengan firma DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol.
Ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak kerana syarikat perundingan tempatan, iaitu Perimekar yang ditubuhkan hanya sejurus sebelum perjanjian itu, didakwa menerima 30 juta euro (RM500 juta) dalam bentuk komisen.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan mempertahankan bayaran itu dan menegaskan bahawa ia adalah bayaran bagi urusan 'penyelarasan dan perkhidmatan sokongan.

Kata saya : Semuanya membawa malapetaka dan jahanam. Duit rakyat jahanam, anggota dan nyawa tentera jahanam dan peralatan yang tidak menepati piawaian juga akan cepat jahanam.
Bukan apa kerana perut sanggup jahanamkan segala-galanya. Yang risau tu anak aku juga seorang tentera.
Prihatin Dengan Nasib Askar Macam Kami Ni, Terasa Terbela Nasib Kami. Tapi Apakah Niat Yang Disebaliknya, Harap-harap Biarlah Ikhlas Hendaknya, Bukan Ada Niat Apa-apa Yang Tersirat Dan Tersurat. Walau Apa-pun Isunya Kami Tetap Berterima Kasih Kepada Kerajaan Yang Banyak Membantu Dan Mengambil Berat Lebih Kepada Kami. Apa Lagi Yang Kami Mahukan? Hanya Kebajikan Kami Terbela. Syukur Alhamdulillah, Nasib Kami Semua Sudah DiBela. Askar Macam Kami Tidak Pernah Alpa Daripada Mata Kerajaan Dan Menteri Yang Memimpinnya. Jangan Kerana Isu Yang DiGembar-gemburkan Tanpa Fakta Dan Bukti Yang Kukuh Dan Hanya Cakap-cakap Dan Bual-bual Kosong, Kita Semua Yang Bernama Askar Terpengaruh, Mana Mungkin Sumpah Dan Taat Setia Yang Telah Kita Ikrarkan Di Ingkari Sebegitu Mudah. Biarpun Kita DiHina, Biarpun Kita Dicaci, Biarpun Peluru Menembusi Tubuh, Biarpun Nyawa DiPertaruhkan..Untuk Kita Ingkar Kepada Sumpah Taat Setia Kita..TIDAK SESEKALI TIDAK..Sejauh Mana Kebenaran Yang DiNyatakn Oleh Penulis Tersebut? Apakah Ini Propaganda Yang Cuba DiManipulasikan Oleh Sesetengah Golongan Berkepentingan Dalam Politik? Ingat TemanKu, Jiwa Kita Bukan Untuk DiBeli Dan Digadaikan, Maruah Dan Nyawa Yang Kita Pertaruhkan..Hanya Untuk Negara Yang Kita Sayangkan..Kita Bukan Untuk DiPolitikkan..Kita Askar..Berjuang Untuk Mempertahankan Negara Tanah Tumpahnya Darah Yang Kita Korbankan..wassalam
ReplyDeleteanon 3:38,
ReplyDeletehang ni mentah jika dibanding dengan yang berbicara. tak salah hang nak pertahankan kebenaran kerana itu tuntutan agama, tapi bukan, pada masa yang sama, menjunjung perasuah2 yang berpeleseran bersama keluarga setiap tahun di luar negara sedangkan anggota2 tentera menghadapi kesukaran dan ancaman terhadap diri mereka menyabung nyawa mempertahankan negara atau memperjudikan nyawa demi pengkianat negara dan bangsa?
hang pernah naik anak babi tak? pet pet pet, nak lepas templar park pun tak larat, kereta perisai beb!!! kalau hang tak kenai anak babi, hang jangan duk buang masa persia2kan pengorbanan saudara2 hang yang terdahulu, boleh fahamkan?
hanya kerana terasa diri terbela maka kita nak pejamkan mata pelaku2 rasuah pihak atasan. itu selfish namanya. bukti dan fakta dah ada. kerja polis la nak siasat benda tu. tapi polis malaysia ni bertuankan menteri dlm negeri. berani ke dorang nak siasat. kalau siasat pun mana boleh pergi. kes altantuya dan enjin pesawat dah cukup sbg contoh.
ReplyDeletekesimpulannya, susah nak cari tentera yg benar2 bertugas krn ALLAH. smua bertugas krn arahan pihak atasan. sumpah taat setia kpd manusia melebihi taat setia kpd tuhan.
hrp2 kalau PR menang nanti bagilah tugas menteri dlm negeri kpd PAS. tukar sikit konsep komando. disamping ketahanan mental kena gak bagi konsep taqwa. tidak takut kpd siapa pun melainkan ALLAH.
taat setia membuta tuli itulah konsep tentera sekarang.
ReplyDelete