Tuesday, December 6, 2011

Kenapa Agaknya

Lebih 7,000 Orang Yang Berasal Dari Malaysia Kini Mendiami Australia Selatan

GEORGE TOWN: Lebih 7,000 orang yang berasal dari Malaysia kini bermastautin di Australia Selatan termasuk ibu negerinya Adelaide.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Hal Ehwal Pelbagai Kebudayaan, Kecemasan dan Polis Australia Selatan, Jennifer Rankine yang kini sedang dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang.

Beliau juga berkata, secara puratanya terdapat juga lebih kurang 2,000 hingga 3,000 pelajar Malaysia di Australia Selatan buat masa ini.

“Malah terdapat ahli perniagaan dan pakar-pakar perubatan dari Malaysia yang kini sedang berkhidmat di Australia Selatan dan kami sangat-sangat menghargai jasa dan juga sumbangan mereka kepada pembangunan negeri kami," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Komtar pada Isnin.

Jennifer juga berkata, ini adalah lawatannya yang pertama ke Malaysia dan beliau dapati negara ini sangat cantik dan mengujakan.

1 comments:

Anonymous said...

pasal apa melayu ada kat australia , burma dan

afrika selatan
-----------------------------------

arwah bapa saya di masa lampau bekerja dengan

gomen malaya. {Pada masa itu ianya merupan

gomen omputih . Dengan kata lain ia nya juaga

di sebut , BMA atau British Military Administration.



Jam tuh kalau mat melayu kerja gomen , mereka

pakai songkok . Bapa saya kelulusan junior cambridge-

sama dengan pmr kini. Jam tuh ada standardlah dan arwah belajor kat
victoria institution!


Kalau senior cambridge jadi d/o macam si

penulis/pejuang bangsa pak sako.

Bapa saya jadi kerani aje dengan

opis omputih.


Apabila dah bekerja agak lama , omputih

kalau dia ingat mat tuh bagus prestasinya

dia akan rekomen pergi jadi opiser

kat tempat /negara lain. Arwah bapa

dapatlah tawaran tapi arwah mak say tak

tinggalkan kolompoh nih pasal sayangkan

bapanya yang ditinggalkan isteri kerana

meninggal agak lama.


Jadi arwah selalulah cerita halnya bila family

menimpa kesusahan - agak bagaiman jika

keadaan famili jika dia mengambil

tugasan di australia atau afrika selatan.


Saya harap terurailah rahsia melayu

di perantauan!!

salam muharam semua


kkk