Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 2, 2018

Gunakan modal agama untuk menegakkan kebatilan

PAS DAN AGAMA

Agama bukan senjata untuk disandiwarakan, bukan untuk dipolitikkan, bukan untuk digunakan untuk kepentingan pemimpin agama atau politik, dan lebih-lebih lagi bukan untuk orang agama sendiri gunakannya sebagai senjata politik demi kepentingan mereka.

Hari ini jelas pemimpin-pemimpin PAS secaran terang-terangan menggunakan modal agama untuk menegakkan kebatilan.

Masih segar di ingatan kita, ucapan dari Presiden PAS Hadi Awang sewaktu kempen PRU 13 “... PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama (Pakatan Rakyat pada waktu itu)adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.”

Namun hari ini Hadi Awang berkata “...bahawa parti yang diterajuinya itu bersedia untuk menjadi pendokong kuat kepada Umno sekiranya parti tonggak BN itu mentadbir negara dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.”

Bagaimana seseorang yang kuat  agamanya mampu berubah sekelip mata dengan menyatakan sokongan secara terbuka?

Jika ingin mentadbir negara ini dengan adil dan saksama rujuk dan khatamkan Piagam Madinah. Kembalilah pada ajaran Rasulullah (saw) dan bukannya perjuangan sesat yang membolehkan baiah sehingga menceraikan isteri jika tidak sehaluan dengan prinsip parti.

Lihat bagaimana Rasullullah (saw) memimpin,

Masyarakat Islam, Yahudi dan Nasrani yang mendiami bumi Madinah disatukan melalui piagam yang cukup penting dengan situasi dan keperluan mereka iaitu Piagam Madinah yang menghendaki setiap individu menjadikan keamanan dan kesejahteraan negara sebagai keutamaan.

Setiap anggota masyarakat tidak kira agama, bangsa mahupun kaum haruslah sentiasa menjadikan kestabilan dan keamanan negara sebagai satu keutamaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Inilah yang menjadi antara inti pati kandungan Piagam Madinah yang digariskan oleh Rasulullah (saw).

Mahathir Mohd Rais
Ketua Bahagian PPBM Segambut
Ketua Biro Keselamatan Pemuda PPBM

2 comments:

  1. Really when someone doesn't be aware of afterward
    its up to other users that they will assist, so here it occurs.

    ReplyDelete
  2. wonderful points altogether, you simply won a new reader.
    What might you recommend about your put up that you just made some
    days ago? Any certain?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa