Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 4, 2018

Isu letak jawatan: Ini jawapan Mahfuz...

Diminta letak jawatan ini jawapan Mahfuz...
MUHAMMAD SHAMSUL  ABD GHANI  -  2 JANUARI 2018
Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan bahawa beliau mengambil maklum sebarang 'serangan' ke atasnya selepas beliau keluar daripada Pas.

Ini termasuklah kenyataan daripada pemimpin Pas yang meminta agar beliau melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena.

Katanya, beliau hanya tersenyum tatkala mengetahui mengenai perkhabaran tersebut.

"Saya tunggu lagi apa orang nak kata, biar diorang keluar habis.

"Saya senyum sahaja baca surat khabar hari-hari," katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, mengulangi kenyataan beliau semalam, Mahfuz berkata beliau akan mengulas semua isu berkaitan pengundurannya daripada Pas dalam masa lima hari daripada sekarang.

"Seminggu selepas ini saya akan isytiharkan semua perkara," katanya lagi.

Sinar Harian hari ini melaporkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyarankan agar Mahfuz melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen  selepas menghantar surat pemberhentian menjadi ahli Pas kelmarin kerana dibimbangi pendapatannya sebagai wakil rakyat adalah haram.

Takiyuddin berkata, ini memandangkan bekas Naib Presiden Pas itu masih terikat dengan baiah atau lafaz sumpah sebagai calon Pas.

Malah menurutnya, jika Mahfuz melanggar baiah itu, beliau juga berdepan laknat ALLAH SWT dan seluruh umat Islam.

[ARTIKEL BERKAITAN:Mahfuz perlu letak jawatan, dikhuatiri gaji haram ]

3 comments:

  1. This is my first time go to see at here and i am actually pleassant to read all at single
    place.

    ReplyDelete
  2. Hi! I could have sworn I've been to this website before but
    after reading through some of the post I realized it's
    new to me. Anyhow, I'm definitely happy I found it and I'll be book-marking and checking
    back often!

    ReplyDelete
  3. You really make it seem so easy with your presentation but I find this
    topic to be actually something which I think I would never
    understand. It seems too complicated and extremely broad for me.
    I'm looking forward for your next post, I will try to get the hang of
    it!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa