Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 3, 2017

Salahkah apa yang Irwan katakan ini?

Kementerian: Irwan tidak pernah kata miskin kerana malas

  | November 2, 2017
Kementerian Kewangan berkata Irwan hanya menekankan sifat positif jika mahu berjaya dalam perniagaan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menafikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata kemiskinan di Malaysia disebabkan kemalasan.
Kementerian berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang bertanyakan sama ada pandangan Irwan itu merupakan pendirian sebenar kerajaan Barisan Nasional.
“Irwan menyempurnakan Majlis Perasmian 1Malaysia Entrepreneur (1MET) Graduation Day 2017 di Dewan Utama Kompleks Perbendaharaan pada 27 September 2017.
“Di dalam perasmian tersebut, Irwan tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kemiskinan di Malaysia adalah disebabkan kemalasan.
“Sebaliknya, beliau telah menekankan kepada peserta 1MET agar mengamalkan sifat positif supaya boleh terus berdaya tahan dan maju dalam perniagaan.
“Para peserta juga disarankan supaya merebut peluang perniagaan yang begitu banyak di negara ini,” kata jawapan itu.
Pada September, dilaporkan Irwan berkata rakyat tempatan perlu lebih makmur dari pekerja asing di negara ini, yang dalam kalangan mereka menjalankan perniagaan di sini, dan jika rakyat tempatan yang miskin, ini kerana mereka tidak cukup berusaha.

* Kalau pun betul Irwan kata 'miskin kerana malas', aku rasa tak salah sebab pada hemat aku, tak semua yang miskin tu sudah cukup kental berusaha untuk manaikkan taraf hidup mereka kalau dibandingkan dengan pendatang seperti Bangla, Indon dan Myanmar

2 comments:

  1. cakap tu memang ada kebenarannya...tapi tak semua kerana malas...mungkin tiada sumber untuk memajukan diri,bukan semua org terdedah kepada peluang untuk maju.kurang pengetahuan dan pengalaman,kurang modal,kurang upaya dari fizikal dan sebagainnya....tak boleh dicop semua org miskin itu disebabkan malas...setiap orng tidak punya peluang dan rezeki yang sama dalam...ada yg miskin dan ada yang kaya...itulah hikmah Allah menjadikan sedemikian rupa ,supaya yg kaya dan berkemampuan membantu yang miskin dan lemah.

    ReplyDelete
  2. Regards for helping out, wonderful information.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa