Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 4, 2016

Bukti video kesan pembalakan: Kali ini dengan bahasa apa pula Nik Amar nak jawab

Rakaman udara bukti penggondolan ‘tanah adat’ Orang Asli

  | December 4, 2016
FMT diberitahu lebih 80% aktiviti pembalakan dilakukan berhampiran penempatan Orang Asli dan menjejaskan kehidupan 13,000 rakyat di 17 pos
VIDEO INSIDE
GUA MUSANG: Rakaman udara yang meninjau kesan pembalakan di sekitar kawasan Hutan Simpan Kekal Balah di Gua Musang nampaknya tidak menyebelahi kerajaan Kelantan, yang mendakwa aktiviti dijalankan mengikut tatacara operasi standard.
FMT diberitahu lebih 80% aktiviti pembalakan dilakukan berhampiran penempatan Orang Asli. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) mendakwa skala pembalakan di kawasan terbabit memberi kesan kepada kira-kira 13,000 orang dan melibatkan 17 pos Orang Asli.
Video daripada Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) menunjukkan banyak bukit-bukau yang gondol, dengan pokok yang ditebang dilonggokkan di satu tempat.
Rakaman juga menunjukkan banyak laluan keluar masuk dibina ke kawasan pembalakan, yang terletak lebih 2 jam perjalanan dari bandar Gua Musang.
Orang Asli yang terkesan mendakwa aktiviti pembalakan sudah mencemari sumber kehidupan mereka.
Menurut seorang Orang Asli, Mohd Nasir Dollah, kawasan yang digondol itu dahulunya tempat Orang Asli bercucuk tanam. “Kawasan yang digondol juga dikatakan digunakan pihak berkepentingan untuk membina ladang rakyat.”
Kerajaan negeri bagaimanapun berkata pembalakan sudah dirundingkan dengan penghulu-penghulu di kawasan yang berkenaan, manakala pimpinan PAS mendakwa Orang Asli terbabit dihasut pihak tertentu.
Dakwaan itu dinafikan oleh Orang Asli dan badan bukan kerajaan.
Sejarah asal nenek moyang musnah
Pada Selasa lalu, 47 Orang Asli diberkas dalam usaha kerajaan negeri membuka laluan kepada pembalak berlesen memasuki kawasan yang dikatakan tanah adat mereka.
Jabatan perhutanan negeri berkata halangan Orang Asli menyebabkan pokok yang ditebang tetapi tidak dapat dikeluarkan mengalami “pereputan nilai”.
Tapi bagi penduduk yang ditemui FMT, aktiviti pembalakan sudah memusnahkan tempat keramat, seperti Gua Cha, yang menempatkan sejarah asal nenek moyang dan kubur keluarga mereka.
“Bila Orang Asli tuntut jawapan kami dikatakan ditipu dan tidak mempunyai bukti, sedangkan kebanyakan Orang Asli mengebumikan jenazah di merata tempat,” kata Nasir, yang membawa FMT melihat sendiri keadaan di Kampung Pos Gob dan Kuala Bering.
Terpaksa minum air berkelodak
Di lapangan, FMT mendapati air sungai di kawasan terkesan berkelodak, manakala ketiadaan pokok menyebabkan tanah menjadi longgar dan menimbus anak-anak sungai.
“Mereka kata mereka ikut SOP. SOP kata dalam jarak 5 rantai dari sungai tapi balak ditebang rapat ke sungai,” kata Nasir.
Menurut orang kampung, sumber air bagi lebih 17 desa terjejas angkara “pembalakan melampau”.
“Kami terpaksa minum dan mandi air berkelodak kerana tiada pilihan lain,” kata Nasir.
Sebelum ini, Timbalan menteri besar berkata pembalakan di Gua Musang itu daripada konsesi dalam Hutan Simpan Kekal Balah.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya boleh menghentikan pembalakan jika Putrajaya membayar royalti minyak mengikut perjanjian asal.

Mahathir buat kejutan lagi!!

Dr Mahathir makes surprise appearance at DAP conference

 and   | December 4, 2016
DAP lawmaker Lim Lip Eng tweets photo of former prime minister standing up when DAP anthem is played at party's national convention in Shah Alam this morning.
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) chairman Dr Mahathir Mohamad made a surprise appearance at the DAP National Conference today.
This is despite the party’s national organising secretary Anthony Loke Siew Fook’s earlier announcement that Mahathir along with his new political outfit would not be invited to the conference held at the Ideal Convention Centre, better known as IDCC, here.
According to Loke, this was because PPBM has yet to enter into a formal agreement with the opposition pact Pakatan Harapan (PH), whose leaders were all invited.
Also making an unexpected appearance was Bersih 2.0 chairperson Maria Chin Abdullah.
DAP secretary-general Lim Guan Eng in his speech this morning, said this was a positive sign, as it showed how “former enemies can turn into friends for the good of the country”.
Segambut MP Lim Lip Eng tweeted a photo of Mahathir standing up to the DAP anthem, with the accompanying message: “Tomorrow we are one day closer to the fall of MO1 (Malaysian Official One) regime.”
Mahathir’s PPBM intends to work with PH to defeat the Barisan Nasional government in the next general election.
However, with PPBM president Muhyiddin Yassin still having talks with PAS, there is uncertainty over alliances the new opposition party may form prior to the next general election.

PAS-UMNO tak perlu bergabung: Aku setuju kerana kedua-duanya akan untung sama-sama tolong, sama-sama kasi

PAS, Umno tak perlu bergabung untuk subur demokrasi
Nasrudin Hassan      Hari ini, 9:40 pagi      Hari ini, 9:55 pagi
ULASAN Pilihan raya umum ke-14 semakin hampir biarpun anak bulannya masih tidak diketahui bilakah ia bakal muncul. Namun tahun 2017 ini adalah tahun keempat bagi penggal pilihan raya ke-13. Berdasarkan petunjuk Perlembagaan Malaysia, tempoh penggal parlimen adalah lima tahun sejak mula bersidang.

Sidang Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13 bermula pada 24 Jun 2013 yang lalu. Ini bermakna ia akan berakhir pada 24 Jun 2018 (Ahad). Parlimen akan terbubar secara automatik pada 25 Jun 2018 (Isnin). Namun Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan parlimen lebih awal daripada tarikh tamat tempoh berasaskan nasihat perrdana menteri.

Kesimpulannya, kita kini berada dalam zon pilihan raya. Semua tumpuan parti politik terarah kepada persiapan menghadapi pilihan raya. PAS tentu sahaja telah mempersiapkan diri menghadapi pilihanraya umum ke 14 sejak hari pertama menerima keputusan pilihan raya umum yang lalu.

PAS sertai Umno?

Isu paling popular musim ini ialah apakah PAS akan menyertai Umno? Sementelah Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung turut menggamit perhatian rakyat mengenai isu ini.

Suka terlebih dahulu saya menjelaskan penggunaan terma atau perkataan yang digunakan dalam kenyataan atau persoalan yang berkait isu PAS dan Umno.

Apakah PAS akan bergabung dengan Umno? Apakah PAS mahu menyertai Umno? Adakah PAS boleh bekerjasama dengan Umno? Perkataan bergabung, menyertai, kerjasama dan sebagainya mesti diperjelaskan kepada umum, menepati sikap politik semasa dan dakwah yang didukung oleh PAS.

Pertama, wajar saya angkat kembali keputusan Majlis Syura Ulamak sebelum ini bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno dan tidak juga menyertai BN, sebaliknya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana sahaja pihak demi kepentingan Islam dan umatnya.

Kedua, jelas di sini ada perbezaan perkataan "bergabung" dan "menyertai" berbanding perkataan "kerjasama" yang digunakan oleh pihak PAS. Tentu sahaja "bergabung" dan "menyertai" adalah dua perkataan yang memberi maksud PAS menjadi salah satu parti komponen BN.

Pastinya keadaan sedemikian tidak boleh berlaku dan ia adalah polisi yang telah ditetapkan oleh PAS melalui penegasan Majlis Syura Ulamak bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno dan menyertai BN.

Ketiga, "kerjasama" pula membawa maksud keterbukaan PAS untuk berbincang, duduk semeja, berunding dan menganjurkan aktiviti atau tindakan bersama dalam apa jua isu yang melibatkan kepentingan Islam, bangsa dan negara.

Meskipun berbeza fahaman politik, namun atas nama kepentingan Islam, bangsa, rakyat dan negara, maka perbezaan itu boleh diketepikan sementara untuk menemukan titik persamaan yang memulangkan keuntungan kepada Islam dan masa depan negara.

Beginilah PAS berpolitik. Politiknya bersulamkan dakwah Islamiyah untuk menjulang keadilan Islam yang menjadi rahmat kepada sekelian alam. Beginilah PAS berdakwah. Dakwahnya tegak untuk memimpin politik dengan syariah dan akhlak Islami serta memacu politik matang dan sejahtera.

Semak dan imbang

PAS dan Umno tidak perlu bergabung supaya politik Malaysia subur dengan check and balance (semak dan imbang). Malah PAS akan terus memberi kritikan dan teguran membina kepada kerajaan yang diterajui oleh Umno agar tidak menyeleweng, rasuah dan menindas rakyat terbanyak.

PAS juga akan terus konsisten menentang sebarang bentuk kezaliman. Tiada kompromi padanya. Inilah politik PAS.

Namun tidak bermakna PAS, Umno dan lainnya mesti terus bercakaran dalam semua perkara sehingga merugikan Islam dan ummatnya. Sehingga timbul sifat benci membenci sesama ummat Islam, berkelahi jiran tetangga kerana berlainan parti, bertelagah suami isteri kerana bendera yang berbeza. Situasi begini tidak menyuburkan dakwah PAS.

Selayaknya halangan demikian ditiadakan agar PAS dapat bertemu dengan semua pihak yang bersedia menerima kehadhiran PAS dan tidak menentang perjuangannya. Inilah dakwah PAS. Inilah Penyelesaian Kita.

NASRUDIN HASSAN Ketua Penerangan PAS

* Penunggang senyum di atas pelana mengarah ke mana nak pergi, kuda senyum dapat dedak kualiti baik. Sama-sama untung kan?
Isu RM90juta bila nak saman?

Bila bergabung dan duduk sebumbung, tak ada peluanglah nak kacau daun!
Dan situasi beginilah yang diperlukan UMNO/BN untuk kekalkan kuasa. 

Sedari awal kalau korang ingat dari kata-kata Hadi seolah PAS tak rela kekuasaan UMNO/BN terlucut kerana takutkan 'hantu cina'

Himpunan solidariti Rohingya: Gabungan parti-parti poltik dan NGO 7,000 saja?

* Kehadiran 7,000 saja?
Ke mana perginya anggota pemuda dan ahli PAS yang cukup wala' itu?
Kemana perginya pemuda UMNO dan ahli UMNO yang kononnya cukup setia membela ketua dan agama itu?
Ke mana perginya pahlawan-pahlawan  dari NGO? Jamal kata dia pun boleh kumpulkan 300ribu
Keanggotaan UMNO melebihi 3juta dan PAS pula entah berapa juta yang tinggal, ke mana perginya mereka?

Najib, Hadi sertai himpunan solidariti Rohingya
Anne Muhammad      Hari ini, 10:05 pagi      Hari ini, 10:44 pagi
Kira-kira 7,000 orang berhimpun di perkarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi membantah penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Perhimpunan yang dinamakan Solidariti Ummah Rohingya itu penuh warna warni dengan dihadiri anggota PAS, Baju Merah dan masyarakat Rohingya yang menetap di negara ini.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Para peserta membawa sepanduk, antaranya berbunyi 'bebaskan Rohingya' dan 'Rohingya memerlukan suara anda untuk hapuskan pembersihan etnik'.

Najib dalam perhimpunan Agung Umno semalam mengesahkan kehadiran beliau dalam acara itu dan menegaskan perhimpunan tersebut bukan untuk menganggu hal ehwal Myanmar.

Ia berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia terhadap campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.

Abdul Hadi juga sebelum ini mengecam kezaiman ke atas etnik Rohingya dan menegaskan tanpa campurtangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Asean – tidak mustahil Myanmar akan mengalami nasib serupa seperti berlaku di Bosnia Hazegorvina.

Semalam, sekumpulan Sami Buddha membuat bantahan terhadap Najib di luar Kedutaan Malaysia di Myanmar atas pendirian Putrajaya mengenai isu Rohingya.

Menurut portal berita Rohingya Vision, kira-kira 30 sami melaungkan slogan menentang Najib di luar kedutaan itu kerana didakwa campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.

Kerajaan Myanmar menghadapi bantahan antarabangsa berikutan pembunuhan etnik Rohingya di negara itu. Ini berikutan serangan ke atas sebuah pos tentera Myanmar, yang telah dipersalahkan ke atas etnik Rohingya.

Myanmar tidak mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai rakyatnya.

Aku terlepas pandang: Najib bercakap seorang diri, memang seronok. debatlah!

DEBATLAH DENGAN MAHATHIR, NAJIB CAKAP SEORANG DIRI MEMANG SERONOK!
oleh Izmil Amri

Letih kita mendengar ucapan-ucapan di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Letih, menyampah, rasa nak muntah; semua ada. Festival tahunan ini memang pun itu tujuan dia, untuk bercakap merepek tentang UMNO secara ad nauseam – sampai rasa nak muntah.

Sejak hari pertama persidangan bermula, kita melihat bagaimana media arus perdana menghurung PWTC dan memuntahkan berita-berita tentang ucapan pembesar-pembesar parti Melayu itu. Keesokan harinya akhbar-akhbar milik UMNO memaparkan di muka depannya betapa gah dan hebatnya semangat yang ditiup antara empat dinding ibu pejabat UMNO.

Kemuncaknya esok, apabila Presiden United Malays National Organisation, atau lebih dikenali ramai sebagai suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor, akan sekali lagi naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan penggulungan dan memalu gong pelaung, menandakan bermulanya strategi UMNO menuju pilihan raya umum ke-14.

Tetapi kita janganlah terlalu berasa teruja dengan ucapan-ucapan UMNO ini. Bercakap seorang diri tanpa ada ruang yang terbuka untuk dicabar dan berdebat memang seronok. Langit pun boleh runtuh kalau ikut hati bercakap sendirian begitu. Tambah pula dengan tepukan gemuruh perwakilan yang kenyang dijamu […….]

Barang diingat. Datuk Seri Najib Razak adalah seorang yang akan melarikan diri daripada berdebat. Dia tidak berani. Bukan sekali dua kita telah menyaksikan ‘Malaysian Official 1’ ini melarikan diri dari gelanggang. Sudah baaaaaaaaanyak kali.

Terbaru pastinya kita masih ingat bagaimana beliau menghilangkan diri apabila Tun Dr Mahathir datang ke PWTC untuk bersoal jawab dengannya.

Najib Razak memang seronok bercakap seorang diri. Cuba kalau kita letak Mahathir di depan dia. Tak cukup tanah dia melarikan diri.

Melayu hilang kuasa

Dalam setahun, UMNO akan mengulang ayat ini beberapa kali. Tak perlu tunggu bersidang pun UMNO akan tetap bermain sentimen perkauman, kerana UMNO memang parti perkauman. Tanpa modal perkauman, apa lagi lah UMNO ada? Barangkali modal agama, setelah di-hijack modal politik angin syurga itu daripada PAS.

Sebenarnya kita semua sedia tahu, kalau UMNO melingkup, UMNO lah yang hilang kuasa.

UMNO berkuasa pun Melayu merana. Lihat sahaja bagaimana kita sehari-hari dicukai dan dipaksa bayar tol, selain harga barang keperluan yang naik tak turun-turun. Ini siapa punya kerja? Kalau bukan UMNO, siapa? DAP kah yang luluskan GST?

Sasterawan Negara, Pak A. Samad Said  telah berkali-kali mengingatkan:

“Kata-kata bahawa orang Melayu dan Islam kini sedang terancam sukar masuk otak saya…

“Sejak merdeka, Perdana Menteri semuanya Melayu, Timbalan PM semuanya Melayu, Menteri Dalam Negeri semuanya Melayu, malah Menteri Besar kebanyakannya Melayu.

“Ini tidak termasuk Raja-raja Melayu, tentera dan polis yang majoritinya orang Melayu.”

Otak yang boleh menerima dakwaan Melayu hilang kuasa jika UMNO melingkup adalah otak yang sarat disumbat dedak dan pembohongan sehingga tidak lagi mampu mempersoal, telan sahaja mentah-mentah. Kalau otak seluruh rakyat Malaysia demikian bengap, memang boleh lah UMNO kekal berkuasa sampai kiamat.

Sebab itu pentingnya perdebatan. Politik ialah seni memujuk keyakinan, dan ia tidak boleh sekadar ditelan seperti ular sawa menelan buaya. Akhirnya buaya koyak perut ular dan berlepas lari. Bodoh betul ular sawa itu.

Maka sekarang begini. Najib Razak dan konco-konconya boleh terus merepek sampai hari Sabtu. Tak apa, kita dengar habis-habis apa tawarannya untuk rakyat negara ini semuanya, bukan yang Melayu sahaja.

Hari Ahad, Parti Tindakan Demokratik pula bakal bersidang di Shah Alam. Kita tengok apa pula jawapan DAP terhadap tuduhan-tuduhan sehala dan syok sendiri oleh UMNO selama seminggu ini.

Kemudian rakyat boleh buat keputusan. Mahu memilih terus merana di bawah pemerintahan kleptokrat, atau memilih untuk membuka lembaran baru bersama para demokrat. - sumber


Surat terbuka Orang Asli selepas ditangkap: Ada jugakah yang tuduh orang lain yang tulis?

Surat terbuka Orang Asli selepas ditangkap bantah pembalakan
mk    -    2 Dis 2016, 4:52 petang
 
 
 
Sepucuk surat bertulisan tangan yang didakwa cetusan luahan Orang Asli di Kelantan selepas dirinya dibebaskan daripada penahanan selepas membuat sekatan menghalang pembalakan di Gua Musang, semalam sedang disebarkan di laman sosial, khususnya di Facebook.

Bagaimanapun, surat yang bertarikh 1 Disember itu tidak mempunyai nama.

Semalam 47 Orang Asli yang ditahan dalam operasi merobohkan sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai di hutan simpan Balah selepas tahanan reman antara dua dan tiga hari.
Surat luahan hati Orang Asli Kelantan selepas dibebaskan daripada penahanan atas sebab membuat sekatan jalan menghalang pembalakan di Gua Musang

1 Disember 2016
"Kamu marah bila kami panggil wilayah kami sebagai tanah adat. Tapi kamu tolak permohonan kami walau tanah TOL pun! Walau kami dah duduk situ zaman sebelum orang putih. Kubur kami usia ribu tahun.

Berikut transkrip penuh surat itu yang juga dimuat naik di laman Facebook PSM.

1 Disember 2016

"Kamu marah bila kami panggil wilayah kami sebagai tanah adat. Tapi kamu tolak permohonan kami walau tanah TOL pun!
Walau kami dah duduk situ zaman sebelum orang putih. Kubur kami usia ribu tahun.

Kalau kamu luluskan tol, kami panggil tanah kami tanah tol, lulus geran, kami panggil tanah kami bergeran! Kamu kata cadangan dah lulus. Belas tahun kami dengar alasan itu.

Kenapa tak warta? Kenapa tak buat? Guna alasan kampung lain yang luluskah?

Guna penghulu tanpa kampung yang dapat gaji kerajaankah?

Berpuluh lagi kampung kami susah sangatkah nak susun semula?

Wartakan, bagi geran. Kalau tuntutan kami tidak tepat, betulkanlah, berundinglah, takut jubah kotorkah?

Kamu suruh patuh undang-undang tapi undang-undang kamu yang buat. Undang-undang kamu lindungi siapa? Syarikat Singapurakah? Syarikat Taiwankah?

Jangan jual agama pada kami.

Tuhan kamu bukan Allah tapi kapitalisme.
Kamu yang tentukan siapa yang boleh tanam sayur siapa tak boleh, siapa boleh tebang pokok, siapa tak boleh.

Kalau potong tangan hudud pun, kamu yang tentukan siapa kena, siapa terlepas, siapa pencuri, siapa bukan?

Jangan bawa cerita nabi pada kami. Kenapa kamu tidak susah macam nabi?

Kamu susahkan orang lain pula. Cuba kamu hidup 24 jam di tempat kami. Minum air kami yang kamu kotorkan.

Buat susu bayi kamu guna sungai kami yang kamu cemarkan racun itu. Basuh baju keluarga kamu. Takut nyamuk, takut pacat, atau takut racun?

Korang bacalah komen-komen pengunjung di malaysiakini

DAP akan mengancam kedudukan Melayu: Najib “mengarut”?

Tak mungkin DAP boleh ancam Melayu, kata penganalisis

  | December 3, 2016
Prof Madya Dr Awang Azman Pawi berkata Melayu dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan parti pembangkang akan memastikan berlakunya semak dan imbang.
PETALING JAYA: Penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Pawi mendakwa “mengarut” untuk memikirkan yang DAP akan mengancam kedudukan orang Melayu di negara ini.
Profesor dari Universiti Malaya itu berkata setiap warganegara termasuk ahli politik perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan orang Melayu dilindungi undang-undang itu.
Beliau berkata pada masa ini DAP juga mempunyai beberapa wakil rakyat berbangsa Melayu, dan kemungkinan besar wakil itu tidak akan membenarkan kedudukan orang Melayu akan terjejas.
Katanya, meskipun DAP masih mahu menukar kedudukan orang Melayu, parti pembangkang lain tidak akan mungkin membenarkannya.
“Parti pembangkang lain seperti PKR, PAS dan Amanah, ada ramai ahli Melayu, mereka akan mengekalkan semak dan imbang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2016 yang DAP akan menghapuskan hak Bumiputera dan institusi khusus untuk orang Melayu, jika parti itu berkuasa.
Mengulas kenyataan itu, wakil rakyat DAP dari Pulau Pinang, Zairil Khir Johari mencabar mereka yang skeptikal terhadap DAP untuk melihat apa yang berlaku di negeri itu di bawah pemerintahan DAP.
“Beritahu kami institusi Melayu yang mana dipecahkan dan hak Melayu yang mana dimansuhkan.
“Selain program kebajikan untuk orang Melayu, kerajaan negeri Pulau Pinang beri tanah bernilai jutaan ringgit untuk membina kompleks mahkamah dan mendapatkan tanah milik bukan Melayu bagi tujuan meluaskan kawasan perkuburan orang Melayu.
“Sudah jelas orang Melayu dan Islam dilindungi di bawah kerajaan kami,” katanya.
Zairil berkata kenyataan Najib itu hanya tindakan orang “terdesak”.
“Dengan reputasi dan kredibiliti dia yang sudah hilang, ini saja cara untuk kekal berkuasa dengan menakut-nakutkan Melayu supaya takut dengan DAP,” katanya.
Sementara itu, Syerleena Abdul Rashid daripada DAP berkata 2016 sudah hampir berakhir dan rakyat Malaysia masih ditekan pelbagai isu termasuk ekonomi, kejatuhan nilai ringgi dan pengangguran serta kos sara hidup yang tinggi.
“Isu seperti ini yang sepatutnya dibawa dalam PAU tetapi tidak, dan ia membuktikan Umno terpisah daripada realiti dan tidak berminat membantu rakyat Malaysia,” katanya.


Rohingya: Kenapa PAS membisu di Parlimen?

“ Membisu di dalam Parlimen – beraksi aktif berdemonstrasi di luar ’’

1. Keputusan Kerajaan Malaysia dan pimpinan Barisan Nasional bersama  PAS untuk mengadakan himpunan besar-besaran pada 4 Disember 2016 tentang isu pembunuhan beramai-ramai Muslim Rohingya, walaupun pada prinsipnya baik, tetapi membingungkan. Adakah UMNO sebagai parti pemerintah hanya mampu sekadar berdemonstrasi? Adakah mereka lupa mereka kerajaan dan sebagai kerajaan mereka wajib melakukan lebih dari berdemonstrasi!

2. Isu pembunuhan kejam rakyat Islam Rohingya sudah lama berlaku dan Kerajaan Malaysia lesu dalam isu ini di atas berbagai alasan tidak munasabah.  Kenapa dan bagaimana mereka sekarang membuat keputusan untuk mengadakan himpunan ini agak menghairankan dan tidak konsisten dengan kenyataan dan juga pendirian kerajaan di Parlimen baru-baru ini.

3. Pada 24hb November 2016, saya sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah membawa usul di bawah 19 (a) untuk membahaskan isu pembunuhan orang Islam Rohingya di Myanmar.

Bagaimanapun, Speaker Dewan telah menolak usul tersebut atas alasan ia akan “mencampuri hal Negara lain”. Saya dan beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang telah menggesa ia dibenarkan kerana pentingnya dan seriusnya isu pembunuhan beramai-ramai Islam Rohingya yang melibatkan tentera Myanmar.  Dewan Mulia Parlimen adalah forum terbaik untuk membahas dengan teratur demi mendengar pendirian dan tindakan yang ingin  dicadangkan untuk diambil kerajaan dari ahli-ahli Parlimen Malaysia baik dari Kerajaan atau pembangkang.

4. Tidak sampai seminggu setelah usul yang di bawa di Parlimen ditolak, Kerajaan dan Perdana Menteri sendiri pula mencadangkan himpunan besar-besaran untuk membantah apa yang berlaku di Myanmar. Adakah mereka ikhlas dalam bantahan mereka ini? Sedangkan membahas usul mengutuk kezaliman ini di Parlimen adalah jauh lebih bermakna dan peluang ini telah pun dinafikan apabila  usul ditolak di Parlimen pada 24 November.

5. Adakah hanya setelah melihat kemarahan rakyat pada demonstrasi selepas solat Jumaat pada 25 November,  kerajaan baru membuat keputusan untuk melakukan sesuatu dan itu pun sekadar mengadakan himpunan pada 4 Disember?

Sedangkan sebelum pada itu cadangan untuk menarik diri dari perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Myanmar pun ditolak oleh Kabinet Malaysia. Ini amat menyedihkan dan memalukan kerana sementara seperti disahkan pegawai Bangsa-bangsa Bersatu di Myanmar, umat Islam di Myanmar dibunuh secara berterusan oleh tentera Myanmar, kita sanggup terus bersukan di padang bola.  Kita pernah tarik diri dari Sukan Olimpik di Moscow kerana serangan Russia ke atas Afghanistan pada tahun 1980’an. Maka kenapa kita tidak melakukan tindakan sama dalam kes Rohingya ini? Adakah demonstrasi ini sekadar bertujuan menunjuk kebersamaan dengan rakyat demi menutup hakikat bahawa kerajaan tidak bertindak?

6. Bagaimana pula dengan pendirian Malaysia kononnya yang menerajui ‘Global Movements of Moderates”, kumpulan sederhana,  kalau kita tidak membuat pendirian dengan kerajaan yang menunjukkan sikap extremis ke Agamaan dan perkauman dengan pembunuhan "genocide" beramai-ramai orang Islam melalui program pembersihan ethnik? Tidakkah peranan kerajaan semestinya demi mengerakkan semua yang bersama GMM ini supaya bertindak ke atas kerajaan Myanmar?

7. Apabila usul Rohingya ditolak di Parlimen pada pagi 24 November 2016 oleh Speaker Parlimen, YB Dr. Siti Mariah dan Raja Bahrin dari Amanah, YB Tian Chua dari PKR dan YB Kula Segaran, YB Charles Santiago dan YB Chin Tong dari DAP berucap membantah penolakan usul ini. Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen dari Barisan Nasional atau PAS berdiri untuk berucap menggesa usul ini di benarkan di dalam Dewan Parlimen yang mulia itu ! Tiba-tiba di luar Parlimen mereka ingin menjuarai isu ini? Sedangkan dalam Parlimen mereka diam.

Kenapa menyepi di dalam Dewan tetapi akan lantang bersuara di luar dewan? Adakah kerana himpunan di luar Dewan Parlimen akan di tonton oleh lebih ramai orang maka ia lebih penting dari perbahasan dalam Dewan parlimen? Sedangkan dalam Parlimen tindakan sebagai kerajaan boleh ditetapkan. Dan ini jauh lebih bermakna. Rakyat Malaysia ingin penjelasan.

8. Kami menuntut satu sessi Dewan Parlimen khas dengan segera untuk membahas isu pembunuhan Islam Rohingya. Kerajaan Malaysia perlu membuat pendirian yang tegas dan rasmi di Parlimen dan bukan di padang terbuka.

Kalau permintaan ini tidak dihiraukan maka rakyat akan membuat kesimpulan bahawa demonstrasi ini sebenarnya bukan bertujuan membantu Rohingya tetapi sekadar membantu UMNO dan PAS mengaut sokongan politik masyarakat Melayu.

Raja Bahrin Shah
Pengerusi
Biro Antarabangsa Amanah
1/12/2016

Ego Umno yang terakhir

Surat buat rakyat: Ego Umno yang terakhir
Posted on Saturday, December 03 @ 15:46:54 MYT by paktam
Oleh MAHDZIR IBRAHIM

Dari logik matematik, Umno/BN masih kekal memerintah adalah kerana hasil daripada sumbangan besar kerusi BN di Sabah dan Sarawak.Ini jawapan matematik yang semua orang tahu. Formula matematik ini juga dikira hampir mustahil untuk dilakukan apatah lagi dengan mengambil kira senario politik pembangkang ketika ini.

Maka logik matematik ini masih meletakkan pembangkang di tempat yang sama seperti sebelumnya.

Mungkin ada teori lain yang boleh menjadi faktor pembolehubah atas logik matematik tersebut. Teorinya barangkali harus merujuk kepada naratif politik itu sendiri.

Kekuatan Umno pada ketika ini adalah terletak pada ego dan hegemoninya, bukan semata-mata pada kekuatan sumber dana dan sumbangan BN di kerusi Sabah dan Sarawak.

Ego ini mewujudkan hagemoni Umno, ia mencipta imaginasi dan metos hingga komponen BN di Sabah dan Sarawak cukup takut, begitu juga dengan MCA, MIC dan Gerakan juga takut dan tunduk atas kemahuan Umno. Begitu jugalah dengan rakyat, malahan segelintir pemimpin pembangkang.

Selama ini, ego dan hegemoni Umno inilah yang membina politik perkauman dan sentimen keagamaan. Tekanan kepada semua pihak bermula dari ego Umno ini. Ianya tampak tidak berkesudahan.

Dari mana ego dan hegemoni Umno ini muncul?

Seperti yang saya katakan tadi, kita harus kembali kepada naratif sejarah politik Umno itu sendiri.

Sejarah politik Umno bermula di Johor. Umno di Johor sebelum 2013 tidak pernah terjejas sedikit pun dengan pengaruh pembangkang.

Di sinilah sejarah ego Umno muncul dan bertapak, bukan di negeri-negeri pantai timur atau Malaysia Timur hatta Utara. Dalam kempen pilihan raya 2013 lagi, slogan Johor adalah 'Tiang Seri' Umno menjadi azimat kempennya, semua orang percaya.

Semalam, wakil Umno Johor, Datuk Ayub Rahmat yang juga exco kerajaan negeri telah berucap dalam sesi perhimpunan agung Umno 2016 (PAU16) dengan terang memberi isyarat dalam beberapa ungkapannya.

Beliau mengatakan bahawa parti itulah yang sepatutnya berterima kasih kepada orang Melayu. Bukan orang Melayu yang terhutang budi dengan Umno. Umno yang terhutang budi dengan orang Melayu.

Ayub mengingatkan kepimpinan parti itu agar jangan sesekali lupa siapa di sebalik kejayaan Umno hari ini.

Ini adalah isyarat penting Umno Johor kepada pemimpin elitnya. Ia membuktikan bahawa ego ini wujud dari naratif sejarah penubuhan dan kekuatan Umno di Johor.

Malah, jika dilihat dengan hati-hati, Umno Johor ini lebih licik dan kemas kerjanya berbanding Umno di negeri-negeri lain. Kekuatan ini bersandarkan sejarah dan tradisi yang kuat. Bukan sekadar slogan semata-mata.

Justeru, jika ego ini dapat digugat, pastinya Umno akan bergoncang kuat. Ia boleh menjadi sebab berakhirnya ego dan hegemoni Umno yang mencengkam rakyat dan komponen BN.

Dengan kata lain, pembangkang mesti menang besar di Johor, ini boleh menjadi ‘pembolehubah’ yang berkesan.

Kemenangan pembangkang di Johor akan menandakan berakhirnya legasi kubu kuat Umno. Kita harus sedar bahawa kemenangan ke atas ego Umno ini adalah kemenangan moral yang cukup besar dan ia akan memberi nilai yang cukup signifikan ke atas lanskap politik negara.

Dengan berkuburnya ego Umno di Johor, maka kita akan dapat lihat kesan teori domino. Kesan domino ini akan melenyapkan hagemoni dan mitos Umno ke atas rakyat, parti di Sabah dan Sarawak termasuk rakan komponennya.

Tanpa Selangor, Pulau Pinang dan Johor, Umno ibarat sudah tiada kaki dan tangan, hanya tinggal badan yang pastinya sukar untuk mereka bergerak lagi.

Ketika ini, parti-parti di Sabah dan Sarawak tidak lagi memerlukan Umno kerana tidak ada apa lagi yang ingin dibimbangkan kerana ego dan hgeemoni Umno sudah tiada lagi.

Pada fasa inilah rundingan antara pakatan pembangkang di Semenanjung dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak dapat dijalankan untuk melicinkan peralihan kerajaan pusat.

Tanpa kemenangan pembangkang di Johor, ego dan hegemoni Umno akan terus hidup, ego dan hegemoni ini akan terus mencengkam rakyat dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.

Dan kerajaan Umno di Johor ketika ini sedang tersepit dan gagal menawarkan pilihan yang lebih baik kepada rakyat.

Justeru, perlu dijalankan usaha menewaskan ego Umno yang terakhir. 

* MAHDZIR IBRAHIM adalah pengarah biro pendidikan politik DAP Johor. 

Saturday, December 3, 2016

Solidariti Rohingya: Harakah takut nak sebut Najib?

Saturday, 3 December 2016
KENAPA NAMA NAJIB TAK DISEBUT?

Mengikut jadual, Najib Razak dan Hadi Awang akan berada sepentas dalam suatu himpunan solidariti berkaitan Rohingya di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, esok 4 Disember 2016.

Najib sendiri menyebut mengenai kehadiran beliau bersama Hadi itu semasa ucapan perasmian dan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir petang tadi.

Ternampak bahawa Presiden UMNO itu ingin benar menjadikan perhimpunan esok sebagai detik penting, bukan saja berkaitan Rohingya, tetapi juga untuk mesej sebelum tibanya tarikh pilihanraya.
Namun, dalam berita yang disiarkan dalam Harakahdaily, portal itu hanya menyebut mengenai kehadiran Hadi dalam program itu bersama NGO, tokoh politik dan pemimpin-pemimpin masyarakat sahaja.

Berita yang memetik kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man itu turut menyebut kehadiran Hadi sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia akan disertai sama oleh para mufti, kadi, imam dan pendakwah sebagai lambang kebersamaan dengan derita Rohingya.

Kenapa nama Najib tidak disebut langsung dalam berita itu?
Apakah Pas masih segan dan malu-malu untuk mengumumkan beradanya Hadi dan Najib di atas pentas yang sama esok, meskipun hanya berkaitan Rohingya?

Adakah hanya UMNO yang ghairah untuk melihat Najib sepentas dengan Hadi, tetapi Pas langsung tidak teruja dengannya?

Jika begitu, berapa ramai agaknya pemimpin  dan ahli Pas yang akan turut serta dalam himpunan itu? (SH 03/12/2016).

Posted by Shahbudin Husin at 19:50 

* Nih.......rasanya ramai dok tunggu bila lagi nak saman?

Slander! S’wak Report incurs PAS' wrath with 'RM90m from Najib' claim
mk - Updated 8 Aug 2016, 3:08 pm
PAS has criticised Sarawak Report over an article alleging that the Islamic party received RM90 million from Prime Minister Najib Abdul Razak.

"It cannot be ascertained what is the objective, apart from wanting to link PAS with Umno," PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man said today.

Describing the allegation as false and ill-intentioned, Tuan Ibrahim revealed that PAS would take legal action against Sarawak Report.

"The move to slander PAS will adversely affect the people's trust in all their previous reports," he added in a media statement.

Warning that the Almighty would punish those who indulged in slander, Tuan Ibrahim urged the people not to spread such news.

On Saturday, Sarawak Report published a comment piece claiming that Najib had wooed PAS away from the opposition coalition "in the normal way he woos – RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS in recent months (BN veterans would tell them they came cheap)."

The comment added: "To sugar matters further for PAS, Najib has gone on a crusade to show himself 'more holy than thou' on every PAS religious agenda, stirring up extremism in Malaysia and undermining civil law and institutions, without turning a single hair over the destabilising, divisive and dangerous consequences to his country and his own party."

Sarawak Report is operated by London-based Claire Rewcastle-Brown, whom Najib claims is part of the conspiracy to topple him from power.

The website has been instrumental in exposing the alleged abuses surrounding 1MDB and the RM2.6 billion in the prime minister’s personal bank accounts.

Najib has denied abusing public funds for personal gain. He has also been cleared of any wrongdoing by attorney-general Mohamed Apandi Ali.

However, the United States Department of Justice had recently initiated legal action to seize assets in the US which it claimed were procured with funds misappropriated from 1MDB.

Jadi, pelikkah kalau Jamal 'J' bersikap begitu?

Najib undang politik perkauman, dakwa ketua sekretariat Pakatan
02 Disember 2016 | MALAYSIA DATELINE
Saifudin Abdullah bela DAP yang menerima Perlembagaan Malaysia

Ketika mahu menjaga kepentingan Umno, Datuk Seri Najib Razak didakwa mengundang bencana perkauman di negara ini ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU-16) semalam.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa Najib membuat kesilapan besar dalam ucapannya semalam.

"Ia kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang perdana menteri," kata bekas timbalan menteri dalam pentadbiran Najib itu.

Pertama, katanya, Najib telah menuduh DAP tanpa fakta, iaitu seolah-olah DAP anti-Melayu/Islam.

"Sejak dalam Pakatan Rakyat, DAP bersama PKR dan PAS, bersetuju untuk menegakkan keluhuran Perlembagaan dan ia termasuklah kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

"Kini, DAP mengulangi komitmen yang sama dalam Pakatan Harapan, iaitu bersama PKR dan AMANAH. Ini terbukti dengan Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Harapan, pada 9 Januari 2016, di mana perkara-perkara yang sama itu diulangi.

"Kedua, DAP tidak dictate Pakatan Harapan. Dalam Pakatan Harapan, tiada parti yang dictate sesiapa, kerana kami mengamalkan kesaksamaan peranan dan kepimpinan kolektif.

"Contohnya, apabila DAP ingin mengadakan pilihan raya serta merta di Pulau Pinang, ia tidak dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, lalu DAP tidak jadi meneruskan cadangan tersebut," kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwaan paling bahaya Najib ialah membahagikan politik negara secara perkauman dengan memberi kata dua kepada rakyat, iaitu sama ada memilih DAP sebagai induk atau Umno sebagai induk.

Ini bermakna Najib sedang membina konfigurasi politik yang lebih ekstrim, iaitu model "dominan-Melayu/Bumiputera/Islam" lawan rakyat bukan Melayu/Bumiputera/Islam, katanya.

Beliau mendakwa ia juga bermakna yang Najib mengharapkan akan wujud keadaan di mana kerajaan akan dibentuk oleh "dominan-Melayu/Bumiputera/Islam" manakala rakyat yang terdiri daripada kaum/agama yang lain.

"Ini adalah model politik yang dibayangkan oleh Najib," katanya sambil mendakwa model politik itu adalah "politik perkauman yang paling teruk yang pernah dibayangkan oleh seorang perdana menteri Malaysia".

Kata Saifuddin model itu "amat berbahaya dan amat bertentangan dengan semangat masyarakat Malaysia yang majmuk".

Beliau mendakwa, ia boleh mengundang bencana perkauman yang buruk dan rakyat perlu menolak bencana baru yang hendak dibawa oleh Najib itu.