Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 28, 2014

Tahniah Ziana Bertudung: Aiman Membimbing Ibunya Ke Jalan Yang Lurus

Anak Ziana Zain mahu ibunya berhijab
JAN 28, 2014 HARAKAHDAILY





KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon popular Ziana Zain, 46 (gambar) mendedahkan anak sulungnya Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor ada memintanya memakai hijab serta menutup aurat. 

Jelas Ziana, Aiman malah turut berpesan kepadanya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, dia perlu memakai hijab sebagai tanda menghormati status sekolah anaknya itu. "Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; '... bila Mama nak pakai tudung’? "Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. 

Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. 

Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita. "Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. 

Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,” kongsi Ziana perihal anak sulungnya itu kepada Gua.com.my. 

Dalam masa yang sama, Ziana juga turut berkongsi tentang pengalamannya beberapa kali berada di sekolah anaknya. Jelasnya, ramai juga rakan-rakan anaknya yang seronok bertemu dengannya. 

“Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam,” cerita Ziana lagi. 

Biarpun beberapa kali sudah ditegur oleh anaknya tentang berhijab dan memakai menutup aurat, Ziana tidak pernah memarahi anaknya itu. 

Malah dia bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti.

GST haram, Harussani Songsang Dan Sesat?

Dewan Ulama PAS: GST haram
Zefry Dahalan | January 28, 2014
Kerajaan perlu cari cara lain untuk dapatkan pendapatan negara.
SEREMBAN : Isu Goods Services Tax (GST) berterusan apabila Dewan Ulama PAS menyifatkan tindakan kerajaan yang bakal mengutip cukai GST adalah haram.
Bercakap dalam Wacana Liqa’ Fikri PAS Negeri Sembilan di Seremban malam kelmarin, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata kerajaan perlu cari cara lain untuk dapatkan pendapatan negara.
“GST haram. Mengikut Islam cukai hanya boleh diambil dari rakyat yang mampu sahaja. Tetapi sistem GST, kerajaan mengutip cukai dari semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Ini tidak adil.
“Cukai hanya dibenarkan dalam Islam setelah negara sudah tidak ada sumber pendapatan lain.
“Malah bila ada sumber pendapatan baru, maka secara otomatik pungutan cukai sebelum itu terbatal.
“Justeru itu kerajaan perlu cari cara lain untuk dapatkan duit (pendapatan negara).,” kata beliau.
Khairuddin juga berkata umat Islam hanya wajib bayar zakat sahaja.
“Umat Islam hanya wajib bayar zakat sahaja, dan itu pun hanya mereka yang mampu sahaja.
“Walau bagaimanapun zakat tidak boleh dikutip melainkan keadaan memerlukannya,” jelas Khairuddin.
Menjawab soalan seorang peserta wacana, Khairuddin berkata berdemo merupakan sunat dan digalakkan serta mendapat pahala.
“Hadis Nabi berkata sebaik-baik jihad ialah berkata benar kepada pemerintah yang zalim,” katanya.
Apabila diminta mengulas tentang kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kenyataan ‘dihalalkan darah golongan bughah’ mengaitkan dengan peserta bantah kenaikan harga barang pada Perhimpunan TURUN pada 31 Disember lepas; Khairuddin menyifatkan kenyataan Harussani itu songsang dan sesat.
Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Khairi Zainuddin.

Persepsi Cina - UMNO Biadap: Kenapa?

Nampaknya ini dijuruskan terhadap UMNO Pulau Pinang tetapi kenapa UMNO pusat menjadi bisu?

China Press: UMNO biadap!!!
Akhbar China Press

Perkara: Tidak mungkin BN dapat tawan kembali Pulau Pinang?


Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 26 Januari 2014 (Ahad)

Tajuk:

Jangan Berkhayal Mahu Rampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Penulis: Jiang Hu

Walaupun waktu PRU akan datang masih jauh lagi, maklumat dari rakyat jelata terutama sekali di negeri Pulau Pinang, mereka bertanggapan jika BN mahu rampas kembali kerajaan Pulau Pinang umpama perpatah Cina pokok jejulang boleh berbunga yang memberi maksud tidak mungkin berlaku.

Kenapa diumpama begitu? Lebih jelas lagi bahawa sikap UMNO Pulau Pinang berlaku kasar dan ganas, sering timbulkan isu isu fanatik yang tidak menghiraukan perasaan kaum lain, yang pertama mereka adakan kempen tunjuk perasaan kerana isu sayur kangkung perdana menteri, hari ini pula melarang jual daging babi secara terbuka.

UMNO dengan terang dan jelas minta masyarakat berbilang kaum menghormati perasaan orang orang Muslim, seballiknya UMNO sendiri tidak hiraukan sensitiviti kaum lain, jawapannya dengan mudah telah terungkai.

Kembali kepada isu, UMNO Pulau Pinang anggap perbuatan mereka itu akan mendapat sokongan orang orang Melayu dan orang orang Muslim, pastinya UMNO telah membuat kesilapan besar. Penulis ada ramai rakan rakan Muslim, penulis tanya pada mereka apa pandangan mereka terhadap tindakan UMNO Pulau Pinang, mereka kata ini semata mata taktik dalam politik, mereka tidak akan hiraukan UMNO, apa yang mereka lebih prihatin ialah isu demokrasi, contohnya bagaimana pihak kerajaan mampu selesaikan isu kenaikan harga barang yang mengundang tekanan hidup rakyat, serta kebocoran kebocoran rasuah yang menghabiskan wang simpanan negara, perkara perkara seperti ini yang mereka lebih mendapat perihatin, jika ada sesiapa yang boleh selesaikan masalah ini, mereka akan sokong orang orang itu.

UMNO Pulau Pinang biadab

Lebih lebih lagi UMNO Pulau Pinang pandai tunjuk biadab, sedangkan kepimpinan UMNO Pusat biarkan sahaja ia berlaku, ini menunjukkan UMNO Pusat berdiam diri membenarkan ia berlaku, pada masa yang sama apabila UMNO memonopoli BN, ahli ahli komponen BN yang lain menjadi lemah, terutama sekali MCA dan Gerakan, yang semakin mempercepatkan lagi masyarakat Cina hilang kepercayaan kepada mereka.

Dengan itu tidak semestinya orang Melayu dan orang Muslim sokong UMNO, sedangkan orang Cina sendiri sangat bencikan MCA dan Gerakan kerana ikut telunjuk UMNO, orang orang Cina sendiri tidak sokong parti Cina, amat susah untuk BN rampas kembali negeri Pulau Pinang.

Note: nama saintifik Pokok jejulang: Aconitum carmichaeli Debx

Terjemahan:
Rohana Chin Abdullah

Pergelutan PKR Selangor: Mencari Untung Atau Bala?

Yang menjolok selalunya tidak dapat menyambut buah yang jatuh itu
Kata orang-orang tua dahulu, yang menjolok buah yang ranum, tidak akan mendapat apa-apa. Buah yang dijolok itu akan jatuh dan akan disambut oleh orang lain. Itu sebabnya di dalam politik ramai yang mengambil jalan tengah dan berdiam diri dan tidak mahu melakukan jolokan itu.

Mereka hanya akan duduk di tepian menunggu buah yang dijolok itu jatuh dan jika ada kesempatan akan menyambutnya tanpa berbuat apa-apa. itulah cara dan kaedah Najib naik dahulu. Beliau akan galakan orang lain menjolok dan akan menyambut buah-buah yang jatuh itu. Penjolok-penjolok buah itu ada yang masuk penjara dan ada yang terbiar begitu sahaja sampai ke hari ini.

PKR sedang menjolok buah yang sedang masak ranum untuk digugurkan. Anwar sendiri sedang menjoloknya dan terlupa yang akan menerima dan menyambut buah yang jatuh itu akan dilakukan oleh orang lain.

Ramai dikeliling beliau akan duduk rapat dengan beliau agar buah yang jatuh itu akan jatuh ke tangan mereka. Khalid sudah dipersepsikan sebagai buah yang akan jatuh itu. Anwar telah membiarkan Azmin menjolok Khalid sejak beberapa tahun dahulu dan apabila Khalid sudah hampir jatuh maka Anwar datang membawa bakul untuk mengutip buah yang bertaburan jatuh nanti kerana jolokan Azmin itu.

Najib dalam keadaan tertekan sehinggakan beliau begitu terbuka untuk berbincang dengan Anwar dan Kit Siang diatas nama kerajaan perpaduan.  Saya telah menulis sedikit dalam beberapa posting yag lepas yang selera Kit Siang dan Anwar sebenarnya tiada bezanya.

Mereka mahu berkuasa di Putrajaya dan itu bukannya satu kesalahan. Dalam politik semuanya boleh berlaku. Yang nampak kuat perjuangannya rupa-rupanya selera mereka tidak ada bezanya dengan pihak yang selalu dikritiknya. Itu pun tidak salah. Maka berlakulah babak-babak lakonan yang licik dan kini pasarana untuk penyatuan itu diasaskan kepada masalah dalaman yang berlaku di Selangor.

Kini Anwar akan bertanding di kerusi DUN di Kajang dan tindakan ini telah menghasil berbagai-bagai spekulasi politik yang agak meliar. Tidak kita sebut spekulasi yang banyak itu, kerana spekulasi yang paling hampir kepada isu sekarang ialah Anwar boleh menjadi Menteri Besar Selangor. Tindakan ‘check and balanace’ yang dilakukan oleh Anwar di antara Azmin dengan Khalid selama ini sudah membuahkan hasil. Anwar akan menjadi MB Selangor jika di terima oleh undang-undang tubuh negeri itu.

Anwar mahukan kekuatan untuk bertemu dengan Najib yang hampir keputusan nafas politiknya. Najib telah dispekulasikan akan bertemu dengan Anwar untuk menggubah lagu yang bertajuk ‘kerajaan perpaduan’ dan jika ini terlangsung selepas ini kita akan mendengar lagu itu berkumandang di mana-mana.

Ini juga merupakan kes yang menjolok tidak dapat menyambut buah yang gugur itu. Pihak Dr Mahathir telah melakukan jolokan terhadap buah Najib. Hasilnya Mahathir sudah menjadi ‘common enemy’ bagi kedua-dua orang pemimpin yang saling berperang di antara satu dengan lain dahulu. Najib dan Anwar yang berseteru begitu lama, sekarang sudah hampir untuk bersatu akan berhadapan dengan musuh yang sama, iaitu pengaruh dan orang-orang Dr Mahathir.

Anwar masih tidak lupa yang beliau mempunyai banyak isu yang ‘outstanding’ dengan Mahathir. Begitu juga sebaliknya Mahathir mempunyai banyak isu ‘outstanding’ dengan Anwar. Anwar ada DAP khususnya LKS bersama beliau kerana Anwar tahu yang LKS ini juga bukan kurang seleranya untuk bersama-sama berkuasa dan mereka telah berkompromi dan melupakan perbezaan yang hakiki di antara mereka.

‘Formulanya tidak begitu sesuai sekarang ini’ kata seorang yang agak berpengaruh yang telah berjumpa dengan saya untuk minum petang semalam. Jelas si polan ini adalah orang yang rasional dan katanya, jika PKR Selangor sudah berpecah, maka jawatan MB Selangor itu sepatutnya diberikan kepada PAS. PAS mempunyai Dr Rani yang tidak kurang baiknya dan jika tidak ada pemimpin yang sesuai dikalangan ADUN-ADUN nya, PAS mempunyai Khalid Samad yang boleh turun ke Dewan Undangan Negeri untuk menggantikan PKR yang sedang bergolak itu,

Permainan politik akan menghasilkan berbagai-bagai plot dalam lakonan masing-masing. Di Selangor Khalid dan Azmin sudah pasti menjadi mangsa permainan ketua-ketua parti dalam Pakatan itu. Apa yang akan terjadi kepada Azmin dan rakan-rakan rapat dengan beliau di Dewan Legislatif Parlimen itu tiada siapa yang boleh mengolahnya. Azmin hanya mempunyai dua pilihan, samada untuk terus bertindak menuntut keadilan terhadap beliau atau bertindak melakukan sesuatu yang ‘unorthodox’ terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat.

Bagi Khalid yang tidak mempunyai kemahiran bermain politik yang begitu rumit yang kadangkala zalim itu, boleh berehat dan melakukan kerja yang beliau mahir iaitu membina ‘empire korporat beliau’. “In actuality, Azmin will be the sole loser resulting from his unreliable mentor in PKR” kata seorang rakan yang hampir dengan kedua-dua pemimpin ini.

Di peringkat Persekutuan kita akan melihat begaimana Najib dan Mahathir melakonkan plot politik masing-masing. Pendeknya tiada siapa yang mendahulukan rakyat. Kesemua mereka ini mendahulukan perut masing-masing yang jauh kehadapan.

Mereka ini kata seorang rakan. “they are bunch of PJK’s, which he means ‘perut jauh ke depan”.

Tingkah Politik Anwar: Terkejutkah?

Dalam politik memang selalu ada kejutan
Perkara yang  dianggap mustahil pun boleh berlaku

Samalah juga dengan ura-ura/khabar angin Anwar akan kembali ke pangkuan UMNO
Mustahilkah di dalam sepak terajang politik?

Gerakan Anwar kejutkan PKR, Pakatan
Edmund Bon: Kajang voters should punish #PKR by voting any candidate but PKR's.

Wan Saiful Wan Jan: Stupid excuse "@KEADILAN: Kenyataan media CC Lee, mantan ADUN Kajang yang telah letak jawatan petang tadi (semalam).

Pengumuman pengunduran wakil rakyat Kajang semalam menggemparkan banyak pihak, termasuk pemimpin kanan dalam PKR, dan menjadikan mereka semua sangat serba salah.

Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali.

Kumpulan Azmin sendiri, yang digambarkan sangat ghairah ingin mengambil tampuk kekuasaan di Selangor, dikhabarkan terperanjat dengan gerakan mengejut semalam.

Tindakan ini bertujuan "menyelesaikan" persaingan antara PKR Selangor, yang diketuai Azmin, dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Walaupun PKR negeri masih utuh di belakang Azmin, mereka tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak pengumuman pengunduran CC Lee, bekas pemimpin Gerakan yang dikaitkan dengan Azmin.

Difahamkan, keputusan itu belum mendapat persetujuan PKR Selangor yang masih berusaha untuk menentukan perjalanan parti dalam krisis terbaru ini.

PKR negeri dikatakan mengambil strategi berbeza untuk menangani kemelut ini -- strategi akibat tidak menduga langkah mendadak pasukan Anwar.

DAP, PAS tunggu & lihat

Gerakan mengejut pasukan Anwar, disertai beberapa pemimpin kanan dan muda PKR termasuk Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, dapat dijayakan susulan pertemuan ketua pembangkang itu dengan Khalid pada hujung minggu dan Lee semalam.

Pasukan Anwar juga cuba memberikan gambaran kepada beberapa pemimpin PKR bahawa proses biasa parti tidak sesuai untuk gerakan ini.

Malah, lebih elok jika diuruskan oleh pasukan kecil mereka. Sama ada pasukan ini berjaya dalam misinya akan dapat dinilai mulai hari ini.

Jika pasukan Azmin terkejut dengan gerakan pantas kumpulan Anwar, rakan-rakan Pakatan Rakyat juga belum tentu bersetuju dengan percubaan PKR itu.

Yakni, percubaan untuk mengundurkan Khalid dengan menggantikan calon baru (bukan Azmin) melalui satu pilihan raya kecil DUN Kajang.

Akibat tiada sokongan awal DAP dan PAS sebelum peletakan jawatan Lee, dua parti ini tidak menyatakan sokongan segera semalam selepas pengunduran Lee.

Kedua-dua parti masih mengambil sikap "tunggu dan lihat" tindakan lanjut PKR.

Sikap ini diambil dipercayai akibat pemimpin-pemimpin kanan mereka tidak dirujuk lebih awal oleh PKR.

Mereka dikatakan tidak selesa dengan gerakan pasukan Anwar yang tidak merundingi mereka sebelum keputusan besar itu.

Persetujuan malam tadi

Sekiranya dua rakan Pakatan menyatakan sokongan pada gerakan menggemparkan Anwar ini, persetujuan ini baru dicapai malam tadi atau pagi ini.

Pasukan Anwar dikatakan giat menyusun strategi malam tadi untuk mendapatkan sokongan bulat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

(Setakat artikel ini ditulis, sikap kedua-dua parti itu terhadap projek Anwar ini masih belum jelas)

Sementara itu, pagi ini, pasukan Anwar dijadual mengadakan beberapa siri pertemuan saat akhir, termasuk dengan Khalid dan Azmin, sebelum pengumuman rasmi yang dijadualkan jam 11 pagi.

Pengumuman ini dijangka menyentuh rancangan pengunduran Khalid dalam tempoh sebulan dua ini.

Ia juga akan menjawab teka-teki siapakah calon DUN Kajang -- yang disebut-sebut mahu diangkat sebagai menteri besar baru -- sama ada Anwar sendiri atau seorang tokoh lain.

Namun, semua ini tergantung sejauh mana Khalid bersetuju dengan pelan permainan pasukan Anwar dan bagaimana pula sikap Azmin dalam rencana Anwar yang menggemparkan ini.

Setakat malam tadi, sikap tokoh nombor dua dalam PKR masih belum jelas -- sama ada bersama pasukan Anwar atau mengambil jalan lain.

Gerakan Azmin selanjutnya bergantung pada siri pertemuan pagi ini dan pengumuman penting selepasnya.

Jika Khalid degil...

Khalid sendiri belum menunjukkan sikap yang jelas, sama ada mahu mengikut sahaja arahan ketua umum atau membantah.

Sikap ini dapat dilihat jika beliau sendiri hadir di mesyuarat pagi ini dan menyuarakan isi hatinya.

Jadi, sidang media Anwar berhubung isu-isu Selangor pagi ini akan mendedahkan sedikit bagaimana pintar (atau, tidak) pasukan Anwar.

Pasukan Anwar ini, nanti, akan menentukan kepintaran mereka sama ada berjaya mengatasi kemelut di Selangor atau menambahkan lagi kerumitan sedia ada.

Langkah bijak atau langkah dungu akan terlihat mulai hari ini, menjelang pilihan raya kecil DUN Kajang dan juga dukungan istana.

Proses panjang ini, seperti diingatkan Khalid semalam, tidak mudah tanpa konsensus Pakatan dan restu istana.

Tugas ini tentunya lebih rumit daripada meyakinkan peguam Edmund Bon dan Wan Saiful Wan Jan, ketua kumpulan pemikir IDEAS.

Malah, apabila diketahui Anwar akan mengadakan sidang media berhubung isu-isu Selangor, Wan Saiful dengan sinis mengtuit: I thought Azmin heads PKR Selangor?

Jika Pakatan dan istana di belakang pasukan Anwar, apa akan jadi jika Khalid berdegil?


FATHI ARIS OMAR bertugas sebagai seorang editor kanan di Malaysiakini.

Fenomena Anih: 'Awan kuda' Di KK

'Awan kuda' muncul di KK
mk - 9:27AM Jan 28, 2014
Kedatangan Tahun Baru Cina setiap tahun membawa makna yang besar bagi masyarakat Tionghua seluruh negara.

Namun di Kota Kinabalu tahun ini, ia adalah sesuatu yang unik berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila seorang jurugambar secara tidak sengaja berjaya mengambil gambar awan berbentuk seakan-akan seekor kuda.

Jurugambar tersebut, Jimmy Omar, berada di puncak Bukit Padang sekitar jam 6.59 pagi semalam ketika terpandang imej awan tersebut.

Menyedari akan keunikan tersebut, beliau yang kebetulan membawa kamera dengan sepantas kilat mengabadikan detik tersebut.

Kelihatan dalam gambar adalah bentuk awan yang menyerupai seekor kuda yang sedang berlari dengan Gunung Kinabalu sebagai latar belakang.

Dalam ruang Facebook beliau Jimmy menafikan penggunaan sebarang aplikasi komputer seperti Photoshop atau penggunaan sebarang kesan khas dan menegaskan ia adalah gambar asli.

Malahan beliau turut mengakui sebagai bertuah kerana dapat menangkap gambar imej tersebut.

Setakat berita ini ditulis, gambar ini telah mendapat 469 ‘likes’ serta dikongsi sebanyak 263 kali hanya beberapa jam selepas gambar ini disiarkan.

Manakala kebanyakan pengunjung rata-rata turut memberikan komen serupa melihat bentuk awan tersebut seperti seekor kuda.

Imej kuda di langit ini adalah sesuatu yang unik dan ianya mungkin berlaku secara kebetulan.

Bagaimanapun, ia adalah suatu kebetulan yang amat bermakna kepada masyarakat Cina kerana mereka akan menyambut Tahun Kuda dalam Tahun Baru Cina yang menjelang tiba.

TINGKATKAN KEUPAYAAN KAPAL PERANG KITA

Dengan KD Jebat yang mengalami kerosakan akibat perlanggaran tempoh hari. KD Lekiu dan kapal2 lain dalam TLDM mengisi kekosongan tersebut.  Kami di MMP mendoakan kesemua warga TLDM selamat berjuang demi mempertahankan segenap inci keselamatan dan Kedaulatan wilayah laut Malaysia.

Nak tulis macam mana lagi ini adalah penulisan yang entah berapa kali (hari ni dua post pergh) ...oleh ikansadinmknorang
TINGKATKAN KEUPAYAAN KAPAL PERANG KITA!!!!

JAMES SHOAL menjadi isu sekali lagi...dan seperti biasa kami tak nak tunjuk jari tuding siapa yang bersalah...

apa yang perlu dilakukan sekarang adalah....

1.menaik taraf keupayaan tempur NGPV Kedah class....lengkapkan kapal2 perang ini dengan persenjataan anti kapal permukaan dan persenjataan anti pesawat yang bersesuaian bersama2 penderia2 elektronik berkaitan...

2.percepatkan proses baik pulih KD JEBAT dan proses naik taraf KD LEKIU....

3.tangguhkan dahulu turun taraf kapal2 korvet kelas Laksamana...atau lebih baik naik taraf persenjataan yg sudah obsolete kepada yang lebih berkemampuan memberikan fatal blow kalau tidak bloody nose kepada mana2 ancaman murka...

4.jika perlu dan ada pencalonan sesuai bagi kapal perang terpakai utk sekurangnya bertindak sebagai stop gap bagi mengisi kekosongan yg akan dipenuhi SGPV-LCS kelak...

ini adalah keperluan yang mendesak dan perlu dilakukan..dan seboleh-bolehnya diselesaikan dalam masa terdekat...

buat masa sekarang kita tahu angkatan udara kita mempunyai keupayaan untuk berhadapan dengan mana2 ancaman murka yg datang dari laut...anda boleh lihat sendiri keupayaan pesawat juang kita....

dan tidak lupa angkatan kapal selam kita yg terus menerus beroperasi dan siaga sepanjang masa...

maka adalah amat baik jika sekiranya 4 perkara yg saya sebutkan diatas boleh dilaksanakan bagi mengekang kekurangan yang dihadapi RMN pada masa sekarang...

tolak dahulu perbezaan politik dan isu2 dalaman yg tak menguntungkan kita...utamakan kedaulatan negara kerna kalau dok sibuk bergaduh sesama sendiri nanti lagi mudah musuh mengambil kesempatan keatas kita....

-sadinia-

p/s - amat berbesar hati jika ada teman2 pengunjung yang share kepada kepala2 pemimpin politik berkenaan post ini...tak kira la pembangkang ke pemerintah ke...kurang2 kalau ada usul di parlimen utk adakan sejumlah dana untuk RMN...dan akan menang 2/3...lagi pun ini adalah berkenaan kedaulatan negara....bukan pasal politik kepartian yang dangkal...ketepikan dulu soal perbezaan fahaman politik...

semua terlibat...yang memerintah dan yang membangkang dan kita sendiri rakyat biasa...kita tunjukkan sokongan kepada pasukan keselamatan kita terutamanya TLDM...defence is limitless and it cross all political faction
Gambar Hiasan Saje tulis kecil supaya panik hahahahahaah

TLDM dan TUDM bersedia dan memantau sebarang kegiatan Tentera Laut China di perairan negara. Seperti kita tau lokasi tersebut tidak jauh dari pengkalan2 TLDM dan merupakan lokasi rondaan rutin TLDM dan TUDM. Kita kena yakin dengan kemampuan TLDM dan berdoa ada orang tu cerah hatinya dan meluluskan bajet yang bersesuaian supaya selepas ni kita bukan hanya boleh memantau malah melakukan tindakan yang lebih keatas pencerobohan seperti ini. 
Sekain

GaGaK

Batal Debat: Ini Respon Khalid

Respon Ringkas Debat Yang Dibatalkan
Saya dimaklumkan lewat malam tadi oleh pihak penganjur iaitu Sinar Harian bahawa debat saya dengan Noh Omar telah dibatalkan atas sebab tertentu. Saya sampaikan berita pembatalan ini kepada sahabat-sahabat saya dan ramai yang berkata "seperti dijangka". Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa pihak di sebelah sana tidak yakin dengan kebolehan Noh berhujjah secara ilmiah.
Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan (kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'. Mengapa mereka lepaskan peluang ini? 

Mungkin kerana mereka pun sudah tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh. Ianya hanya satu ijtihad yang tidak berasaskan kefahaman yang tepat terhadap masalah murtad ummat Islam di negara ini. Punca sebenar murtad ialah kejahilan agama dan kelemahan kepimpinan pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mampu menzahirkan kehebatan dan kebenaran Islam.

Tidak mengapa, jika diizinkan Allah lain kalilah pula. Tetapi untuk santapan dan 'sentapan' hari ini, saya kongsikan gambar laman web kedutaan Arab Saudi yang jelas terpapar gambar bendera negara tersebut. Sila lihat terjemahan rasmi kalimah syahadah yang di buat oleh mereka. Bila agaknya PERKASA dan JATI bercadang untuk buat demo di hadapan kedutaan Arab Saudi pula? Ajar mereka bahasa Arab yang betul dan perbetulkan terjemahan mereka!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Pasangan Malaysia Dihukum Sebelum Disabitkan Kesalahan?

Sweden, bebaskan mereka?

Berapa lama lagi Khalid dapat bertahan?

Zabidi Saidi | January 27, 2014
Tetapi PAS tidak dapat sokongan DAP. Maka kerusi Menteri Besar kekal di tangan PKR.
PETALING JAYA: Satu demi satu isu meletus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua pada bulan Mei 2013. Selepas Pakatan mempertahankan negeri Selangor, sudah ada ura-ura orang lain yang jadi Menteri Besar bukannya Khalid Ibrahim
PAS dan DAP menang 15 kerusi manakala PKR dapat 14 kerusi sahaja pada PRU ke 13. Dari segi hak, sepatutnya ADUN PAS atau ADUN DAP yang jadi Menteri Besar. Tetapi oleh kerana perlembagaan negeri Selangor tidak membenarkan orang Cina menjadi Menteri Besar, maka kerusi itu sepatutnya disandang oleh ADUN PAS.
Tetapi PAS tidak dapat sokongan DAP. Maka kerusi Menteri Besar kekal di tangan PKR. PAS dan DAP sokong jika jawatan itu terus disandang Khalid Ibrahim memandangkan beliau sudah menguruskan negeri itu dengan cemerlang dari tahun 2008-2013.
Selangor mempunyai rezab sebanyak RM2.3 bilion di bawah Khalid. Maka Khalid terus menjadi Menteri Besar Selangor walaupun ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut mengidam jawatan tersebut.
Kalau PKR mengamalkan konsep parti menguasai kerajaan, Azmin yang sepatutnya jadi Menteri Besar dan bukannya Khalid. Azmin adalah Pengerusi PKR Selangor sedangkan Khalid tiada jawatan dalam Perhubungan PKR Selangor. Malah di peringkat bahagian dan cawangan pun Khalid tiada jawatan.
Azmin memang tidak ngam dengan Khalid kerana Khalid uruskan negeri secara korporat. Sebagai orang politik PR Azmin lain berbanding dengan PR Khalid apabila berurusan dengan orang ramai.
Sebab itu ada usaha untuk menamatkan perebutan jawatan Menteri Besar di antara Khalid dengan Azmin dengan mengadakan pilihanraya kecil untuk membolehkan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Orang luar perlu diketengahkan sebagai Menteri Besar supaya kedua-duanya tidak berkecil hati.
Sanggupkah Anwar menjadi menteri besar kerana selama ini beliau mengidam jawatan Perdana Menteri? Berapa lama lagi Khalid dapat bertahan kerana desakan kepada beliau untuk meletakkan jawatan begitu kuat.
Jika beliau enggan meletakkan jawatan, adakah beliau akan dipecat dari parti? Khalid dikatakan menimbulkan kemarahan Anwar kerana tiga isu.
Isu pertama, isu kenaikan gaji ADUN Selangor serta gaji Menteri Besar dan Exco yang naik berkali ganda. Isu kedua, persetujuan Khalid menyerahkan hak kerajaan negeri kepada kerajaan pusat mengenai pengurusan bekalan air serta isu pemecatan Azmin daripada ahli lembaga pengarah PKNS.
Walaupun Khalid menafikan terlibat memecat Azmin, tetapi selaku Pengerusi PKNS beliau yang patut bertanggungjawab. Atau adakah bekas Pengurus Besar, Othman Omar yang sedang disiasat yang sengaja melaga-lagakan di antara Khalid dengan Azmin?
Sementara itu pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu digantikan dengan individu lain.
Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kedudukan Abdul Khalid sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini.
“Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan supaya beliau digantikan,” katanya.
Beliau mengulas desas-desus wujud desakan kuat daripada kepemimpinan PKR khususnya di negeri ini yang mahu Abdul Khalid digantikan daripada terus memegang jawatan Menteri Besar.
Desakan itu dikatakan berkait rapat dengan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Abdul Khalid di negeri ini.
Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014.
Selain itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri.
Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti.
“Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri,” ujarnya.

Monday, January 27, 2014

Video: 'Pro-Mursi Tembak Jatuh Heli Tentera Mesir

"Pro-Morsi" Down Military Aircraft, Killing 5 Officers, in Sinai 25-1-14

Letak Jawatan Kerana Beri Laluan Untuk Anwar: Betul Ker Teka-Teki Ni?

Kajang rep quits to pave way for Anwar?

FMT Staff| January 27, 2014
The plan to replace Selangor MB with Anwar gains momentum with Kajang rep stepping down.
PETALING JAYA: PKR’s Kajang state rep Lee Chin Cheh has resigned from the post with immediate effect, announced Selangor legislative assembly speaker Hannah Yeoh today.

She said Lee, a first-time state rep, submitted his resignation letter to the state assembly this morning. She added that he had not given reasons for his resignation.

Party sources told FMT that Lee’s resignation will now enable PKR de facto leader Anwar Ibrahim to contest in the ensuing by-election, and become the new Selangor Menteri Besar if he wins the by-election.

This is the party’s plan to solve the long-standing power struggle between incumbent MB Khalid Ibrahim and his nemesis Azmin Ali, who is the state PKR chief.

While no PKR leader had confirmed the plan, the fact that Lee tendered his resignation showed that the plan was well underway.

Sources told FMT that senior leaders in the party have agreed to it. PAS is also said to have approved Anwar as the new MB.

However the question remains if the Selangor Sultan would approve it.

Khalid’s office meanwhile told FMT earlier that he was not resigning from his post.
Lee, 43, could not be contacted for comment at press time.

Also read:
Khalid is not resigning, MB’s office says again
Anwar as the Selangor MB?

Adun Kajang lepaskan jawatan

Speaker DUN sahkan Adun Kajang letak jawatan

Nasib Baik Ditemui Insan Berhati Mulia

Merayau di Chow Kit tanpa arah
Oleh Mohd Fauzi Abdullah

Raub: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan melarikan diri dari rumah dengan ditemani bapa saudaranya berusia 16 tahun kerana takut dimarahi selepas mengetahui gurunya akan memaklumkan kesalahan disiplin yang dilakukan di sekolah kepada ibu bapanya, didapati bersembunyi di sebuah bilik sewa seorang lelaki yang menumpangkan mereka sepanjang lima hari berada di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Muhammad Alif Nazmi Zalmi dan Muhammad Aidil Ahmad, yang juga pelajar tingkatan dua dan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gali, di sini, ditemui selamat selepas pemuda berusia 28 tahun itu menghantar mereka ke pondok polis di Chow Kit, Kuala Lumpur, pagi semalam.

Lelaki itu bertindak demikian selepas membaca berita mengenai kehilangan remaja terbabit yang disiarkan Harian Metro, kelmarin.

Difahamkan, sepanjang berada di Kuala Lumpur sejak melarikan diri dari rumah di Kampung Pintu Padang, di sini, Selasa lalu, dua bersaudara terbabit tidak keluar dari bilik sewa berkenaan dan memaklumkan kepada pemuda yang bekerja sebagai juruteknik itu bahawa mereka datang ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.

Menceritakan kejadian itu, ibu kepada Muhammad Alif, Nor Hayazi Shahdan, 39, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anggota polis kira-kira jam 12 tengah hari semalam yang memaklumkan anak kedua dan sepupunya itu berada di pondok polis di Chow Kit.

Katanya, mendengarkan perkara itu, dia dan suaminya, Zalmi Bahudin, 42, bergegas ke Kuala Lumpur untuk mengambil remaja terbabit.

“Setibanya di sana, kami dimaklumkan seorang lelaki menghantar anak dan sepupu saya ke pondok polis Chow Kit apabila mengetahui remaja yang ditumpangkan itu sebenarnya lari dari rumah selepas dia terbaca berita itu di Harian Metro.

“Saya tidak sempat bertemu lelaki itu kerana difahamkan dia terus ke tempat kerja selepas menghantar Muhammad Alif dan Muhammad Aidil ke pondok polis pagi tadi (semalam).

“Saya berterima kasih atas keprihatinan dan budinya yang menumpangkan anak serta sepupu saya di bilik sewanya sepanjang berada di Kuala Lumpur dan jika tidak, saya tidak tahu apa yang akan terjadi kepada mereka,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, Muhammad Alif memberitahu dia melarikan diri kerana takut dimarahi akibat kesalahan yang dilakukannya di sekolah, namun kami sekeluarga ingin melupakan perkara itu.

Nor Hayazi berkata, anaknya itu juga memaklumkan ketika tiba di Kuala Lumpur pada Selasa lalu, mereka merayau-rayau di sekitar Chow Kit sehingga tengah malam tanpa arah tujuan sebelum terserempak dengan lelaki terbabit yang kemudian mempelawa mereka tinggal di bilik sewanya berhampiran Chow Kit.

“Namun, selepas terbaca laporan di Harian Metro kelmarin, baru dia tahu yang anak dan sepupu saya itu sebenarnya lari dari rumah menyebabkan pemuda itu mengambil keputusan menyerahkan mereka kepada polis,” katanya.

“Syukur, kini semuanya selamat dan saya berharap kejadian ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Sabtu lalu, akhbar ini melaporkan panik mengetahui guru akan memaklumkan kesalahan disiplin dilakukan di sekolah kepada ibu bapanya, seorang remaja berusia 14 tahun nekad melarikan diri dari rumah dengan memberikan alasan pergi bermain bola sepak bersama rakan dalam kejadian di Kampung Padang Pintu, pada Selasa lalu.

Kiihh...kihh...Kah...Kaahh... ..Noh Otak Udang Nak Sekolahkan Khalid!

Dah konfirm batal
Barulah kokok berderai-derai
Tapi sayang ekor berbau tahi!

Tapi siapakah yang melobi dan bertempik supaya debat itu tak jadi?

Noh tetap ke Karangkraf, rasa dipermain-mainkan
Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kesal debat mengenai polemik kalimah Allah dibatalkan.

Beliau meluahkan rasa kesal gagal membetulkan kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dan mahu penganjur memberi penjelasan kerana seolah-olah dipermainkan.
"Saya merasa kesal dengan pembatalan debat yang telah dirancang. Inilah masanya untuk saya 'sekolahkan' Khalid Samad yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam isu kalimah Allah.

“Saya tetap ke Karangkraf hari ini untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka kerana saya rasa seolah-olah dipermainkan oleh pihak penganjur," tulis beliau di laman Twitter hari ini.

Awal pagi ini, penganjur debat, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd mengumumkan pembatalan debat tersebut.

Laman Sinar Online memetik Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan saat akhir itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.

Abd Jalil berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.
Sementara itu Khalid (kanan) membalas dalam blog beliau bahawa pembatalan debat itu "sudah dijangka" dan beliau tidak berminat membuat sebarang andaian.

"Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan (kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'.

“Mengapa mereka lepaskan peluang ini? Mungkin kerana mereka pun sudah tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh," tulis beliau di laman blog.


Korang Agak Menteri Mana Yang 'Tongong' Tu?

'Tongong' - Tolol+Bengong

Kabinet mahu tindakan tegas terhadap lawak kangkung, tetapi jaminan internet gagalkan
JANUARY 27, 2014
OLEH JAHABAR SADIQ, PENGARANG
BBC melaporkan kontroversi kangkung dan komen Datuk Seri Najib Razak yang berkata orang ramai harus bersyukur apabila harga sayur turun

Di kemuncak kontroversi kangkung minggu lepas beberapa menteri menggesa agar tindakan tegas diambil untuk menghentikan komen negatif di alam siber terhadap perdana menteri, akan tetapi Rang Jaminan Malaysia untuk internet menghentikan mereka.
The Malaysian Insider difahamkan beberapa menteri berhujah, Putrajaya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat lawak di internet terhadap komen Datuk Seri Najib Razak kerana mengatakan orang ramai seharusnya bersyukur apabila harga sayur turun dan tidak hanya menyalahkan kerajaan apabila berlaku kenaikan harga barang.
"Sesetengah menteri mahukan tindakan terhadap mereka yang membuat lawak akan tetapi tiada undang-undang yang boleh menghalang perbuatan tersebut," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
"Menteri-menteri berkenaan diberitahu Rang Jaminan Malaysia untuk Multimedia Super Corridor (MSC) menghalang penapisan," tambah beliau.
"Lebih baik suruh sahaja kerajaan tutup Facebook, Twitter dan media sosial lain kalau nak hentikan lawak dan jenaka daripada tersebar," kata sumber itu lagi.
Difahamkan, menteri-menteri berkenaan berhenti berhujah apabila dicabar menandatangani keputusan Kabinet secara kolektif untuk menggantung jaminan dibuat perdana menteri pada 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sehingga kini, Rang Jaminan itu kekal untuk memastikan tidak terdapat sekatan di internet," tambah sumber itu lagi.
Terdapat spekulasi elemen dalam kerajaan mencuba untuk menyekat laporan BBC dalam isu kangkung apabila sesetengah pengguna internet Malaysia mengadu gagal untuk mengakses laporan BBC tersebut, sehingga timbulnya pertuduhan berlakunya sekatan internet.
Pengguna internet jalur lebar Telekom Malaysia mengatakan mereka mengalami kesukaran membaca laporan “#BBCtrending: Be careful what you say about spinach” dan video YouTube ucapan Najib yang diremix.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyelia industri komunikasi di negara ini menafikan menyekat akses laporan itu walaupun mempunyai kuasa melakukannya terhadap kandungan dibantah seperti pornografi mengikut Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 hanya membenarkan sekatan terhadap laman sesawang sekiranya benar-benar perlu dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan.
Pada 2009, The Malaysian Insider melaporkan Putrajaya mengkaji kemungkinan meletakkan penapis untuk menghalang kandungan yang tidak sesuai menerusi laman sesawang, sebagaimana dilakukan China dengan menghasilkan perisian khas “Green Dam”.
Alasan untuk melakukan sekatan adalah untuk mempertahankan keharmonian kaum dalam negara. Akan tetapi, penapis internet itu tidak pernah dipasang.
Akan tetapi Dr Mahathir mengakui Jun lalu melakukan kesilapan semasa masih berkuasa kerana memberi jaminan tidak akan menyekat internet, ia ekoran keputusan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang menyaksikan pembangkang menang lebih banyak kerusi.
Menurut bekas perdana menteri itu, beliau kini terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan penuh internet semasa mengetuai MSC pada 1996.
“Ketika saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan menyekat internet.
“Saya beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas… tapi kini saya terpaksa berfikir dua kali,” katanya.
Najib pernah berikrar sebelum ini beliau tidak akan melakukan sekatan internet dan juga meminda undang-undang penerbitan yang sebelum ini memerlukan pembaharuan permit setiap tahun. – 27 Januari, 2014.